Posts

Showing posts from 2011

New Year...New Me..? Perlu ke ada azam?

Selalu bila tiba tahun baru semua orang set kan azam. Azam tahun baru nak itu..nak ini..nak berubah la..nak jadi kaya la.. Percaya atau tidak aku tak pernah ada azam..Mungkin sebab tu aku sentiasa jadi AKU and never change.hahahaha Entah la..orang berpusu-pusu nak cari azam tahun baru..aku tak pernah terfikir pun nak cari azam. May be bagi aku azam tu tak penting. Tp bagi sesetengah orang, azam tu penentu kepada perjalanan hidup bagi tahun berikutnya. Im organized in some matter, tapi bab azam-azam ni i dont really put my self in it. Sebabnya, dalam banyak2 azam korang, berapa kali je azam korang menjadi kenyataan. Aku rasa orang letakkan azam tahun baru sebab dah jadi trend. Semua orang ada azam jadi kita pun perlu ada azam. Perlu ke? Aku ni boleh dikatakan jenis orang yang main redah je. Tak payah berazam2 bagai cuma set kan goal saja. Apa nak jadi..jadi la.. Sebab bila kita kata Azam Tahun Baru, perkara tu bunyi seperti sesuatu yang besar. Bila tak tercapai kita ak

Tk ada persiapan langsungg..

Ill be going to Kelantan on 13 Januari tapi apa pun aku tak buat. Malas nak pk sebenarnya. Rumah pun cari gitu2 je.. Hari ni hari last aku keje.. Rasa cam malas je nak p keje . Aku mintak bos jangan bagi assignment. Aku kata ari ni aku nak post cantik je. Ingat petang jap g aku nak p jalan TAR beli barang skit. Pastu aku nak g jalan Kenangan nak tengok baju. Need to buy more baju SOPAN so that aku tak jadi alien kat sana.. Now pukul 11.30 but still aku masih di depan computer umah mak aku. Baju keje pun tak tukar lagi. Hati ni membuak2 kata nak p shopping!! Hahahaha..mentang2 baru dapat duit backdated..Yang penting aku nak p beli HP dulu..

Aku berjaya!!!

Setelah berbulan2 berat badan aku statik tanpa ada penurunan, tadi aku timbang berat aku turun 2kg!! Semua ni gara2 susah ati sebab nak kena  Kelantan..hahahaha..Sebenarnya gabungan dengan diet tak makan malam dengan sit up yang aku buat setiap pagi dan sebelum tido. Baru sebulan dua ni aku aku berani buat sit up sebab sebelum ni risau bekas czer dulu. And of coz..deretan jamu2 yang aku bedal..Yeah!!

Serbu bangunan tak siap..

Semalam sepatutnya aku tak ada assignment. Aku pun baik la tido ingat nak masuk opis lambat tak pun rasa cam nak EL je. Ye la aku pun dah nak blah dah dari opis kosmo KL ni. Tup2 opis call plak Suh aku buat tinjauan kat tapak Pangsapuri Ukay Bistari yang terbengkalai. Katanya pasal story front page pasal pemilik pecah zink n rampas kunci. Nak baca klik sini Suh plak aku cari management. Ni yang letih skit sebab kena g membabi buta yang kita tak tau orang nak layan kita ke tak. So aku pun gerak la dengan foto g sana. Sampai2 aku nampak bangla je ada. Cuak gak aku nak tangkap gambar pastu nak cari opis management. Dengan berani nye aku masuk je celah2 zink tu tanya kat bangla2 yang semua pandang aku macam nak makan. Ish kalau aku kena qeqah kat sini naya je. Kelantan ke mana apa ke mana. Sib baik ada kontraktor Melayu tu datang tanya aku. Ye la terkejut la tengok pompuan tetiba ada dalam construction site kan. Sib baik dia ok pastu tunjuk aku pintu ke bilik management. S

Tips mengorat Wartawan..

Walaupun aku dah kawin tapi aku nak gak masukkan tips ni dalam blog aku. Ari ni ramai sangat kengkawan aku share article ni  dari blog asal  berbahasa Inggeris kat FB dorang..Seronok plak aku baca tips2 tu..hahahaha.. Memang susah sebenarnya nak dating ngan wartawan ni..perlu cekal jiwa dan raga sebab wartawan ni bukan species biasa..hahahaha..rare skit kami ni.. Gamaknya macam mana la laki aku tu berbinikan wartawan yang selalu perasa diri muda lagi..hahaha ni adalah article dia urnalists are a completely different breed than the rest of the population, so you should know exactly what you’re getting into before making a move on one. Here’s some tips to help you decide if you can handle being with these females: 1. Female journalists are ballsy . We’re not afraid to tell it like it is because it’s our job. Honesty is the number one characteristic of a talented and successful writer, therefore, that straightforwardness will be projected to you every day. If we don’t like

Nenek india dan bantuannya..

Ari ni aku nak cerita pasal bantuan menjelang musim pilihan raya...Tak dinafikan time-time gini  banyak la calon2 politik menghulurkan bantuan sama ada untuk memenangi undi bagi pihak parti mahupun untuk pemerintahan tertinggi parti nampak usaha mereka dan dicalonkan bertanding untuk pilihanraya akan datang. Peristiwa yang aku boleh anggap agak lucu ni dah lama dah sebenarnya berlaku. Dalam bulan lepas tapi la ni baru aku terfikir nak kongsi kat sini. Satu hari aku menghadi PC di Biro Aduan Awam mengenai 30 orang warga tua, oku dan ibu tunggal kaum India tak dapat bantuan dari JKM. Sebenarnya dorang dapat bantuan tu tapi tak lebih RM150 je tapi tiba2 bulan 10 bantuan tu kena potong kepada RM30 hengget je. Jadi kuar la Kosmo satu hari. Nak jadi kan cerita banyak la pihak yang nak membantu lepas tu. Masa dok interview tu, ada satu makcik ni..pangkat nenek mengeluarkan kata2 yang semua orang terkedu sebenarnya. YB tu tak terkeluar kata2. Aku serious nak gelak. Nenek India:    Kas

Pelacur Remaja..

Image
Kelmarin ada serbuan dibuat oleh polis di kelab malam di Damansara Perdana. Dalam serbuan tu dorang dapat tangkap remaja bawah umur jadi GRO. Baru je habis SPM dah jadi GRO. Mungkin sebab nak duit banyak dengan jalan pintas. Ramai  je budak2 baru lepas SPM ni bekerja selalunya di kedai-kedai kecil atau fast food. Tapi yang depa ni canggih skit p keje jadi GRO. Memang kita tak boleh agak sebenarnya budak lepas sekolah nak jadi GRO. kalau nak baca klik sini Tapi dalam pengalaman aku, pelacur remaja ni dah lama sebenarnya wujud dalam masyarakat kita. Masa dulu time rempit-rempit ni popular pun dah ramai dah golongan2 gini. Mulanya sebagai Bohsia. Habuan dorang, abang2 motor ni bawak dorang jalan2..makan..tak pun beli la baju selai dua..Bangga tu kalau budak2 sekolah dapat tonggek belakang abang2 motor ni. tapi geng2 bohsia ni banyak kat kawasan yang pendalaman skit. Kalau kat kawasan bandar2 ni, budak2 sekolah fokus kepada abang-abang yang ada kereta. Ikut la sana-sini. Dapat l

Pulmonary tuberculosis

Hari ni aku g jumpa doctor clinic yang buat xray bibik. Ari tu dia call je aku tak berapa faham apa yang dia explain. Hari ni dia tunjukkan aku xray tu dan terangkan ngan terperinci. Bibik ada Pulmonary tuberculosis iaitu TB atau kita lebih senang panggil batuk kering. Ini bermakna dia tak boleh buat permit keje pembantu rumah. Aku susah hati bila fikir pasal ni. Tak tau macam mana kalau dia tau yang dia kena balik dan tak boleh keje kat sini. Berdasarkan xray doktor tak leh tau sama ada dia active TB sbb yang tu dia kena buat ujian darah bagai. Dia kata walaupun suspek TB dia tetap kena hantar balik. Dorang tak benarkan dia duk kat sini. Kesian kat bibik..

Pelajar IPT dipolitikkan..

Semalam aku pergi perhimpunan aman pelajar IPT depan Kementerian Pengajian Tinggi Putrajaya. Ramai jugaklah. Tujuan sebenar perhimpunan tu sebagai menunjukkan sokongan mereka pada PM. Satu lagi sebagai tanda protes kepada  tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) menurunkan  bendera tertera gambar Perdana Menteri di Pusat Dagangan  Dunia Putra (PWTC) baru-baru ni. Tujuan dorang nak hantar dua memorandum. Yang pertama bg kat  Setiausaha  Politik Menteri Pengajian Tinggi Mohammad Khairi Abdul  Malik and yang kedua dorang nak bagi kat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II ,  Datuk Saifuddin Abdullah. Kononnya Tim Menteri menyokong tindakan SSM ngan Bebas sebab dia hadir ke PWTC untuk menerima memorandum dari mereka walhal time tu dia dah beredar pun. Tak tau menahu pun puak2 tu turunkan gambar tu. Yang bestnya Tim Menteri tak ada pun kat KPT Putrajaya tu sebab ada function kat JB tapi dorang dok laung2 suh Saifuddin turun. Kat sini a

Kata Mereka..

Lorong gelap itu Lurus di hadapan ku Debu berterbangan. Lutsinar di mataku. Gengamlah tanganku wahai teman, Eratkan jemari kita biar bersatu, Kita atur langkah satu persatu, Susunkan agar ia teratur. Tapi kita makin jauh, Dipisahkan kata mereka, Mungkin itu yang mereka mahu, Semua bertukar menjadi air mata. Dan bibir mereka dihiasi gelak tawa. Kekuatan datang dan pergi, Namun hanya kau penyeri, Lakaran kasih tetap bertaut, Seluas hamparan birunya laut. Aku  tak perlukan kata mereka Untuk katakan tidak. Aku tak perlukan kata mereka Untuk kata-kata nista. Aku tak perlukan kata mereka Untuk menjatuhkan, Hanya kamu, For a shoulder to cry on...

Dugaan penutup 2011...

Penghujung tahun 2011 merupakan my biggest mental breakdown.. Krem urat tengkuk dibuatnya.. Lama2 mati strok je aku ni nanti. Lepas dikejutkan dengan berita aku nak kena transfer Kelantan, aku dapat call plak semalam dari klinik mengatakan medical check up  bibik tak lulus coz katanya ada penyakit and mungkin permit kerja dia tak lulus. Nak nangis je aku rasa. macam mana aku nak g Kelantan. Mana aku nak tinggalkan anak2 aku. Kalau bibik tak der sapa nak tolong mak aku jaga anak2 aku. Block otak aku semalam memikirkan apa yang patut aku buat. Aku terpaksa tukar my plan. Aku terpaksa memikirkan kemungkinan aku perlu  membawa anak aku yang kecik tu kemudian mencari pengasuh di Kelantan. Supaya mak aku jaga Addam je. Tak la susah sangat. Dia pun tak banyak kerenah. Ramai kata kenapa tak bagi laki aku je jaga anak2..but seriously i dont thnk he can. I felt like crying out loud. And the sad thng is i dont get all the support i need.. ;-(

Kena Block!!! Bagus!!

Ari ni aku dapat tau blog aku dah kena block ngan opis. So aku tak leh view blog aku tapi hanya boleh hantar entri. So pada yang baca kalau ada salah apa2 malam skit la baru aku leh betulkan..Bagus betul..Yang heran blog orang lain boleh plak aku view tp blog aku sendiri tak leh plak view...Tepuk tangan skit!! Horey!!

Pas, Umno bersatu?

Image
Aku duk sibuk surf internet pagi2 ahad ni aku terbaca satu berita yang dah lama dah. Tahun 2010 mengenai kenyataan Tan Sri Harussani Zakaria mengenai harapan dia melihat Umno dan Pas bersatu demi perpaduan Umat Islam dan Melayu. Menarik sebab aku pun selalu jugak terfikir kalau dua2 parti ni bersatu maka kuat la bangsa Melayu di negara ini. Memang pendapat masing-masing bercanggah, Pas cara Pas dan Umno cara Umno tapi aku suka kenyataan Tan Sri, iaitu sekiranya umat Islam hanya setakat berbeza pendapat, ia merupakan rahmat kerana perbezaan itu boleh membawa kepada kemajuan. Bagus kan kalau kedua2 nya bergabung. Kekuatan kedua2 pasti boleh memperkukuhkan kedudukan umat Islam di Malaysia. Umno yang telah lama memerintah negara mempunyai pengalaman dan juga kelebihan dari segi selok belok pemerintahan di samping jaringan dengan negara dunia. Manakala Pas pula boleh membantu membimbing dari segi keagamaan agar setiap urusan berlandaskan agama Islam yang diredhai Allah. Bayangkan hasil

Semut berterbangan!!!

Image
Hari ni aku keje pagi. Masuk kul 8 pgi. Di hari Ahad!! Orang kata bangla je keje ari ahad aku aku la bangla tu..hahaha..kulit je cerah skit. Keluar je rumah aku tengok bangak semut depan pintu rumah. Semut besar2 plak tu. Terfikir aku nak suruh hubby letak ubat semut nanti depan pintu supaya semua tak masuk umah. Bila aku nak turun je tangga, aku banyak benda kerumun aku. Kecik-kecik je benda yang terbang2 ni. Bila makin bawah aku turun aku nampak semut2 kat dinding tu terbang kat aku. Dorang ada sayap!! Dorang kerumun jugak lampu2 macam kelkatu. Terkejut aku..Semut ada sayap?!! tapi tak sampai seminit aku teringat rencana yang pernah aku tulis beberapa tahun lepas. Sebenarnya  article ini  pasal anai-anai. Tapi masa aku interview Pensyarah Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Ahmad Said Sajap, dia bagi tahu aku kelkatu yang selalunya mengerumun lampu2 neon malam2 adalah anai-anai. Kelkatu adalah anai-anai yang keluar untuk membiak. Mereka akan terbang me

Kau jadi ke nak Pergi Kelantan??

Selepas aku dapat surat transfer, soalan yang aku sering dapat adalah 1. " Habis tu kau pergi ke Kelantan tu?" 2. "Jadi ke pergi Kelantan?" 3. "Nak ke J tu g Kelantan" (J adalah panggilan aku kat opis) Aku sebenarnya tak tau nak jawab apa. Yang tanya tu pun reporter jugak.They suppose to know better Kalau aku tak nak pergi maknanya aku berenti je la keje. Kenapa tak tanya je " J jadi ke ko berenti keje?". Senang citer, nak tak nak aku kena pergi unless aku buat decision benti keje secara drastik. Kadang2 aku rasa soalan dorang tu macam menyeronokkan bagi dorang. Some peeps laugh when they ask me that question. Semua ingat aku tak nak pergi sebab KELANTAN..kononnya aku nanti tak leh survive di sana coz of the tudung and dressing issue. The fact is its not that i dont want to go, its just i have responsibility back here in KL. Tons of it.. Paling utama anak2 aku. Aku cerewet when it comes to my kids. Semua mengenai mereka aku buat sendir

Perlukan anda berkecil hati sedangkan orang lain terlebih dahulu terasa hati?

Image
Hari ni aku nak cerita mengenai tradisi menghadiri majlis2 yang diadakan oleh teman2 atau jiran2. mak aku selalu kata, mama and ayah kena pegi kenduri2 yang kawan2 dia buat sebab takut nanti kenduri dia orang tak nak datang. Disebabkan amalam mama and ayah, kenduri aku and kakak terlalu ramai orang menghadiri dan sangat meriah. Rakan2 dia membantu seperti mereka tu saudara kami sendiri. Sampai tengah malam mereka masih ada di rumah kami membantu walaupun parent aku tinggal di teres kawasan bandar dan bukannya kampung. Walhal tak banyak pun yang perlu dorang  tolong sebab makanan semua katering. Sebenarnya, betul apa yang mak aku cakap tu. Kekadang kita tengok orang yang buat kenduri gah tapi end up tak ramai pun orang datang. Kad edar 1,000 keping tapi yang datang sedikit je. Mama aku kata itu la sebabnya kita perlu bergaul dengan orang dan prihatin mengenai acara dan majlis yang mereka adakan. Ok la, sudah mengenai kenduri, sekarang ni aku nak cerita mengenai kes2 terasa hati ni.

Assgment hado!!

Hari ni aku nak citer skit pasal keje aku. Hari ni aku kena g Royale Bintang Hotel ada la seminar/majlis penutupan. Ada menteri datang. Hari ni aku sorang je reporter. Paper lain tak der. So masa menteri berucap aku duk la terkial2 ngan jurugambar sebab tak tau ujung pangkal. Press release pun tak der.\ So lepas habis function, media person dia datang approach aku. Ajak g makan dulu sebab katanya Menteri ada discussion. Aku cakap tak pe la tak payah la buat PC sebab aku sorang je lagi pun aku dapat point dari speech dia tadi. Pastu dia kata Datuk Menteri dah tau. Hmm tak leh buat apa la so aku ngan foto pun termanggu lagi la menunggu. Bila tiba waktu aku nak jumpa, sampai depan pintu dorang boleh plak kata Menteri  tak nak jumpa sebab nanti PM akan lancar benda ni so biarlah PM bagi statement. Pulak!! Ok fine..tak per lagi senang keje aku. Aku pun blah. Dah bayar parking, aku dapat call. Mamat PR tu call aku tanya dah kuar dari hotel ke belum. Aku kata la belum tapi tiket dah ba

Perlu bersedia jiwa dan raga!! Kelantan...here i come!!!

Image
Semalam aku sedih sebab dapat surat kena transfer..tapi ari ni jadi macam syok plak nak g sana. Maybe i will stay in kelantan sampai election pastu pikir la cari keje lain ke apa. Skang aku kena pk pasal rumah sewa ni..mana nak cari. Dah la sedara mara tak ada kat kelantan. Hmm..tak tau la macam mana. Anyone nak offer rumah untuk di sewa??!!

Transfer ke Kelantan wei!!

Ari ni aku dapat berita yang tak tau la berita sedih ke berita gembira. Aku dapat surat pertukaran ke biro Kelantan. Kalau aku bujang aku tak kisah...ni macam mana aku nak tinggal anak2 aku yang kecik ni..bapak dia dah tentu tak leh jaga dorang sebab sibuk ngan kedai.. Aku sampai opis kul 4 tadi aku baca la surat tu., Nk kata terkejut ke, seronok ke..entah la..Apa pun aku buat surat mohon penangguhan setahun sementara tunggu anak2 aku besar skit..harap permohonan aku berjaya. Amin..kengkawan doakan ai jugak ek...Takmo g kelantan!! Wa!!!

Apa bakti kita pada negara?

Skang ni terasa dah bahang pilihanraya. Dah makin ramai penulis-penulis alam maya ni yang mencoretkan sesuatu mengenai politik. Ada yang mengutuk n ada yang memuji. Aku sejujurnya muak dengan orang yang terlampau2 mengutuk ni sebab kadang2 bagi aku 70 peratus yang mengutuk ni tak tahu hujung pangkal apa yang diperkatakan dan hanya mengikut kutukan-kutukan yang dilemparkan atas rasa amarah yang ditanamkan oleh sesetengah pihak. Beberapa seketika dahulu semasa Perhimpunan Bersih yang lepas, satu klip video hangat diperkatakan iaitu klip Pakcik Sogo. Boleh google Pakcik Sogo ni mesti jumpa punya. Dalam klip tu pakcik yang kita nampak macam tak siuman boleh mengeluarkan komen2 yang sungguh tak disangka2. Menceritakan mengenai perjuangan kemerdekaan dulu. Yang paling aku suka adalah kata2 dia yang tak mungkin dapat aku lupakan iaitu JANGAN TANYA APA BAKTI NEGARA PADA KAU  TAPI TANYALA APA BAKTI KAU PADA NEGARA Kepada mereka yang mengeluarkan kata-kata nista menentang sesiapa

Ibu Susuan..

Image
Hari ni aku baca entri salah seorang blogger mengenai seorang ibu muda yang enggan menyusukan anak dia so aku terasa nak tulis sedikit mengenai aku. Aku menyusukan kedua-dua anak aku tak la lama sangat. Masa Addam sampai 3 bulan je tapi masa Rizqy lama sikit and aku stop pun sebab susu dah tak banyak ditambah plak aku terlalu sibuk sampai menggangu rutin mengepam di opis. Aku bersalin 2 bulan selepas kakak aku. Walaupun anak kami beza dua bulan je tapi Rizqy dan Qaseh berbeza tahun kelahiran. Qaseh tahun 2010 and Rizqy plak tahun 2011. Selepas kakak aku melahirkan Qaseh dia tak dapat menyusukan anak dia sebab she's not producing any milk. Masa aku bersalin mak aku ada suggest suh aku breastfeedkan Qaseh tapi aku ngan kakak aku tak berapa nak ye la anak kami lain jantina takut nanti bercinta plak dah tak leh kawin..hahahaha..bila kami cakap cam tu mak aku bising la ye la tak kan kami tak nak salasilah keluarga berkembang, tapi kalau dah nanti dorang bercinta dah nak kawin lari ke

Susu Formula mengandungi Gula?!!

Image
Oleh JULIA ISMAIL julia.ismail@kosmo.com.my KUALA LUMPUR - Seorang pakar pemakanan menasihatkan golongan ibu supaya tidak ragu-ragu memberi anak mereka susu formula sedia ada yang didakwa mengandungi kandungan gula berlebihan. Dr. Barakatun Nisak Mohd. Yusof yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Beliau berkata, kandungan gula tambahan dalam susu - susu formula sedia ada masih terkawal dan mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan. "Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga membenarkan kanak-kanak mengambil 10 peratus gula daripada jumlah pemakanan mereka sehari iaitu lebih kurang tujuh sudu kecil gula,'' katanya kepada Kosmo! semalam. Beliau diminta mengulas kebimbangan dalam kalangan ibu-ibu hari ini mengenai dakwaan yang tersebar dalam blog di Internet bahawa kira-kira 70 peratus kandungan tambahan susu formula terkenal di

Answer from Dr hanan..

Few days ago i've asked a question to  Dr Hannan  about my dear friend Maria who suffering from brain cancer and i got the reply. Sedih sebenarnya untuk mengetahui the fact that we going to lose her soon. Sebelum ni i've told my friends something similar to what Dr. hannan wrote in his blog, but all of them marah me. So this is what the DOCTOR explained to me... dear julia i felt sorry for ur friend to be diagnosed with brain cancer , some said - it would be the end of the world some said " my life is over " off all cancer , brain cancer would be considered as the most fearful as it could easily effect our mind , emotion , feeling , rational thinking... all those stuff that u need to get thru ur life in order u mentioned that ur friend is already at the stage ll it's still an early stage but we both not sure about the severity of her condition right usually at stage ll a patient could still have an active daily life but the symptom o

Risau anak kurus?

Image
Post aku yang ini adalah sambungan kepada post aku sebelum ni iaitu Anak Tak Nak Makan . Aku selalu dengar mak-mak menyatakan rasa risau bila anak2 mereka kurus dan bayi kecil daripada bayi seusia. Dorang selalu tanya "susu apa ko bagi anak ko sampai tembam macam ni". Sebenarnya tak semestinya anak tembam itu bermakna dia sihat. Jangan la kita sumbat anak kita dengan pelbagai makanan nak bagi anak gemok. Dah jadi trend kalau orang kat Malaysia kalau nampak baby tembam je akan cakap "Comelnya baby ni..tembam sungguh. Apa ko bagi dia makan? Aku pun nak bagi anak aku susu sama ngan anak ko la... Tapi bila nampak budak yang berumur 3 tahun ke atas yang tembam macam ni pulak dorang cakap. "Ni mak bapak dia la ni. Tak kawal makan anak2 dah obes. Nanti bila besar banyak penyakit baru tau.." Macam tu pulak cakapnya..Sebenarnya kurus atau gemuk ni tak menentukan tahap kesihatan seseorang. Tak semestinya kalau anak kita kurus dia tak sihat. Apa yang penting, kita

Mati kau kuman!!!!

Tadi balik je dari opis aku terus ke meja makan umah mak aku. Sebab dia masak jantung masak lemak cili api ngan kerang. Tengah aku makan dengan penuh seleranya aku dengar "Mati kau kuman!! Hambik ko padan muka!!! Terkejut aku. Pandang kiri kanan rupa-rupanya mak aku tengah curah air panas dalam sinki dia..hahahahaha..tergelak besar aku...

Anak tak nak makan?

Image
Aku selalu dengar kawan2 kat opis merungut anak-anak tak nak makan. Dah jenuh dah paksa anak2 makan tapi last2 endup tak berjaya. Dulu aku selalu menyalahkan mak-mak bila anak2 tak nak makan. Aku selalu assume anak2 tak nak makan sebab mak malas. Tapi bila aku jadi mak kepada dua anak baru aku tau macam mana anak2 tak nak makan and betapa risaunya kita sebagai emak. Pengalaman aku : Masa Addam aku tak ada masalah dengan dia sebab dia sentiasa ada selera makan. Tapi bila dia masuk setahun setengah dia susah sangat nak makan dan terlalu banyak minum susu. Rizqy plak dari baby dia tak berapa nak makan. Nasihat aku: Bila perkara macam ni jadi (anak-anak kurang makan tp banyak minum susu, Anak memilih makan, anak kurang makan) parent jangan putus asa. Teruskan usaha untuk memastikan anak2 makan dengan apa cara sekali pun. Jadi la kreatif. Walaupun berjaya bagi dia makan sikit, itu sudah mencukupi daripada dia tak makan langsung. Jangan terus kata "malas dah nak  masak. Bukan dia n

Politik merubah semua...Do we have a choice?

Image
Perhimpunan Umno baru je lepas. Sejujurnya aku tak suka sangat bila time pilihan raya dah nak dekat ni. -Satunya sebab cuti kompom akan dibekukan and extra working hour needed. - Bahang and permainan politik ni buat aku muak -Terpaksa berhadapan dengan permainan politik yang pelbagai Bukan apa bila kita berada di satu posisi yang dapat melihat semua pihak dan mengetahui a bit more than others kita akan rasa its better for us to be nutral about evrythng. Orang kata mengundi tu adalah tanggungjawab kepada negara. Dulu aku selalu tertanya2 apa penting nya undi ni? Nak bagi Umno menang? Ke nak bagi BN menang? Tapi bila aku semakin dewasa aku makin faham apa makna tanggungjawab. Untuk kita tentukan who rule the country. And no doubt im a government surporter. Tapi tolong jangan kata sebab aku kerja di bawah naungan Utusan Melayu bermakna aku orang kerajaan. I get that alot. Sampai orang tak nak kawan ngan aku sebab majikan aku Utusan Melayu Berhad!.. What is that about? An

Kedai Ikan 1Malaysia

Image
Hari ni aku ditugaskan untuk buat tinjauan hari pertama pembukaan Kedai Ikan 1Malaysia yang terletak di Centrum Setiawangsa. Aku sampai lambat dalam pukul 10 pagi and orang dah kurang dah but still beratur panjang jugaklah orang. Sampai kat sana aku jumpa pemilik kedai ni Datuk Jamal. Muda lagi orangnya. Dia juga pemilik Restoran Ikan Bakar Sekinchan dan Ketua Pegawai Eksekutif IBM Automobiles Sdn Bhd. Menurut Datuk Jamal, pukul 6.30 pagi lagi orang dah serbu kedai. Pack gila sampai kul 8 pagi. 15 orang pekerja dia tak menang tangan sampai sistem yang dorang guna tergendala. Pada pemerhatian aku ari ni kelam kabut skit la maklum la baru bukak sehari. Segala kekurang tu biasa la. Lagi pun tak sangka sambutan dia macam tu kan. Aku tengok harga2 dia memang murah. Aku buat perbandingan harga kedai ni dengan harga pasaran di KL dan Selangor memang banyak beza. Sumber aku dapat dari laman web Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Bayangkan dorang peruntukkan 7,000 kg tuk jual tapi dalam masa

Wartawan masuk neraka pulak...

Arini kisah aku sama dengan entri yang aku tulis sebelum ni (  klik ini  ) cuma harini apa yang aku dengar and terima lebih teruk dan menyedihkan. Kisahnya begini. Aku mendapat tugasan untuk pergi ke satu sidang media tengah hari tadi. Seperti biasa aku ngan reporter Utusan, Maisarah naik satu keta. Al maklum si Maisarah ni pregnant 8 bulan lebih dah tak larat nak bawak keta so dia tumpang aku. Sampai kat PC tu kami terlewat sikit so PR dia kata Tan Sri tunggu korang je. Bila kami masuk Tan Sri terus tanya siapa dari Utusan and siapa dari Kosmo? Kami pun angkat la tangan sorang2. Bila duduk seperti biasa kami keluarkan la buku dan pen nak salin PC tu pasal apa. Biarlah aku tak tulis pihak mana yang buat PC tu. Lepas dari tu aku rasa selama dua jam tu adalah azab untuk kami tapi yang lebih terkena tempiasnya adalah Maisarah. Kesian dia. Rupa-rupanya Tan Sri ni nak marah pasal satu story yang Utusan ni buat. Aku tak kisah la sebab memang la dalam story tu ada kesalahan skit tapi sal

Mom, Wife, Worker, Bos - not an easy task..

Image
Seperti tajuk di atas, (macam surat rasmi plak) aku rasa tugas sebagai ibu, isteri, bos dan pekerja dalam satu masa bukan tugas yang mudah. Im struggling every single day.. Serius ni bukan main2.. Dulu aku tengok orang je skang aku rasa sendiri. Bukan aku merungut cuma mahu berkongsi my hectic life every day. Skang aku dah ada dua anak. Nak menguruskan dua anak, si bapak, rumah dan tugas sebagai wartawan..plus kedai dobi aku lagi...fuh...pening wei..But now aku kurang sikit sebab husband aku dah berenti keje and uruskan kedai fulltime. So aku dah tak payah dah nak pergi kedai every singgle morning or rush back from work with 2kids ke kedai tuk tengok progress kedai. Dulu itu la rutin aku. Sampai aku amik keputusan tinggal kat kedai aku. Hampir setahun rumah aku terbiar je. Aku balik amik barang je. Memang ramai orang suh aku sewakan tp sayang la. Rumah kita kan, dengan barang2 yang berlambak tu nak campak mana kan. Pagi2 aku akan bangun tukarkan pamper anak2. Pastu siapkan barang2

Bela hantu ke pompuan ni?

Image
Ni citer pasal pompuan kuat makan. Berat dia 48 kg je beb, tinggi 5 kaki 5inci tapi bila dia makan, nauzubillah...hahahahaha.. Sonya Thomas atau digelar 'The Black Widow' ni adalah juara makan. Yang best nya orang yang dikalahkan tu adalah lelaki. Terbaru dia kalahkan semua lawan dia dengan makan ayam turki seberat 2 kg dalam masa 10 minit je dalam pertandingan Wild Turkey 81 Eating World Championship, yang diadakan Times Square, New York, semalam. Dia ni memang pencipta rekod makan paling banyak. Sebelum ni dia boleh makan 183 kepak ayam dalam masa 12 minit yang memecahkan rekodnya sendiri pada September lepas. ONE BIG APPETITE: SONYA THOMAS'S EATING RECORDS Asparagus - 5.75lbs deep fried in 10 minutes Burgers - 7 3/4 pounders in 10 minutes Cheesecakes - 11lbs in 9 minutes. Chicken nuggets - 80 in 5 minutes Chicken wings - 183 in 12 minutes Crabcakes - 46 3oz cakes in 10 minutes Eggs - 65 hard boiled in 6 minutes, 40 seconds Fruitcakes - 4lbs, 14oz in 1

Kena penjara sebab dirogol?

Image
Hari ni aku baca kisah seorang gadis di Afganistan ditawarkan peluang untuk bebas dari hukuman penjara sekiranya dia mahu berkawin dengan lelaki yang merogolnya. Cam berbelit je kan kalau baca. Asal plak dia mangsa rogol, tp dia plak kena penjara. Gulnaz berusia 19 tahun ketika dia di hukum penjara 12 tahun di atas tuduhan melakukan seks sebelum berkahwin walaupun hakikatnya dia sebenarnya telag dirogol. Lelaki tersebut adalah suami kepada saudara wanitanya yang kebetulan berasa di rumahnya sewaktu ibunya keluar untuk ke hospital. Yang kesiannya dia cuma menyembunyikan kisah tersebut kerana wanita yang telah melakukan hubungan seks walaupun dia sebenarnya dirogol dipandang hina dan dianggar mencemar maruah keluarga dan negara. Dia seimpan rahsia tersebut sehingga dia menunjukkan tanda2 morning sickness. Orang bukan kesian kat dia malah hukum plak dia atas kesalahan seks sebelum kawin. Apa dah. maybe dorang tak der istilahh rogol kot kat negara dorang. Apa2 semua pompuan yang salah

Habatussauda...Percubaan aku mencari best medication

Image
Mak Ngah aku baru balik dari Mekah last week. Aku ada pesan kat dia tuk belikan aku Habatussauda  atau jintan hitam atau nama saintifiknya Nigella Sativa atau Black Cumin, sebab nak buat ubat tuk diri sendiri dan jugak keluarga. Habatussauda ni adalah sejenis herba berasal dari Arab yang sangat mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit. Aku saja la nak bagi kat anak2 aku dan juga alternatif kepada ubat2tan hospital. Bukan aku tak yakin ngan ubat2 spital ni cuma aku tau kalau terlebih amik ubat2 ni tak baik tuk kesihatan. Aku pun kalau dah teruk sangat sakit baru amik pain killer ke atau anak2 aku kalau dah kronik sangat demam, selsema atau batuk baru aku bagi ubat klinik. Ini lah rupa habatussauda (gambar google) Semalam aku letak tujuh biji Habatussauda dalam susu Rizqy dan dalam daging masak lada hitam yang aku buat tuk dinner. Kalau kat restoran Arab pun, Habatussauda ni merupakan salah satu bahan masakan mereka. Nama pun jintan hitam, ia boleh jadi penambah rasa dan aroma

Rezeki wartawan haram?

Hari ni aku keje malam. So seperti biasa tugas aku angkat call kat opis Kosmo ni. Ari ni sumpah aku sakit kepala maybe gara2 tengkuk aku yang terkehel. Tepat pukul 7 ptg aku dapat call dari seorang makcik yang tak puas hati dengan story Kosmo pg 2 mengenai tunjuk perasaan kat Mesir. Dia kata story tu tak tepat. Katanya anak dia pun belajar kat Mesir tapi kenapa tulis 10,000 pelajar Malaysia di Mesir bimbang keselamatan. And dia kata kat Mesir aman je cuma kawasan situ je berbalah. Anak dia selamat je. Kenapa nak kena hebatkan cerita sampai macam tu.. Aku seperti biasa bila ada caller macam tu aku diam je.. Tapi bukan takat tu je, dia suruh aku hold pastu pas kat laki dia. Tak sempat kata apa2 lagi laki dia terus kata kat aku "masyaallah'. Pastu dok tazkirah aku panjang lebar. Dia kata kenapa Kosmo! tak call Wisma Putra dulu untuk pastikan perkara tu. Katanya, faham la surat khabar ni nak pulisiti murahan and story yang buat orang baca. Tapi biarlah rezeki itu halal dan dibe

Pembedahan besarkan...!!!

Image
Hari aku bukak http://www.dailymail.uk.co/ and terbaca berita ni. Pasal satu transgender/pondan ni inject cement, super glue and tyre sealant kat bontot so call 'pelanggan' dia sebab nak ada shape curvy katanya. Apa yang aku tertarik adalah gambar dia memang lawak. Bontot dia tak hengat..Dia rasa cantik ke bila jadi rupa cam gitu ha.. Kononnya pondan ni dah buat dulu dah pakai simen tu la gamaknya..hahahaha..tpi yang jadi customer dia tu memang bongok tul la..   Oneal Ron Morris Dalam dailymail dorang cerita trend untuk membesarkan bontot di negara barat dah meningkat sampai banyak yang memilih doktor-doktor tak bertauliah buatkan sebab nak murah. Jadinya ada yang mati and ada complication yang bagai2.. Dunia..dunia Nak baca lebih lanjuat di   http://www.dailymail.co.uk/news/article-2063538/Fake-doctor-Oneal-Ron-Morris-boosted-womans-home-implant.html#ixzz1eDgxsx3O Bukan tu je..belek punya belek aku terbaca plak pasal artis omputih Chloe Sims