Posts

Showing posts from September, 2015

Kurus cara sihat...

Image
Sebelum ini aku menurunkan berat dengan cara konvensional iaitu dengan berdiet dan bersenam. Namun, selepas husband aku join 4Life, dia suruhlah isteri dia ni cuba dua product ni.. Nutrastart dn Tea 4life. Aku dah lama amalkan produk ni sejak bertugas di Kelantan lagi. Kira dah nak dekat dua tahun juga la. Ok la nak cerita skit la pasal poduct ni. Aku ni bukan jenis suka promote-promote barang ni..tapi lepas aku amalkan sendiri, why not aku plak bagi orang try keberkesanannya. Sebenarnya, pengambilan makanan tambahan Nutrastart dan Tea 4life ni sememangnya untuk menurunkan berat badan tapi bagi aku, pengambilan Nutrastart ni adalah semata untuk mengekalkan perut aku kenyang sebab terlalu sibuk kerja di Biro Kelantan dahulu sampai kekadang tak sempat makan on time. Untuk menurunkan berat badan, pengguna dinasihatkan mengambil dua serving sehari iaitu pagi sebelum sarapan dan juga petang atau malam. Tapi aku cuma amik pagi je. Sebab kebiasaannya pagi ni la aku akan sibuk n tak sem

Beli mesin Jahit lurus dan jahit tepi..

Image
Semalam pergi beli mesin jahit lurus n mesin jahit tepi halus jenama Brother. Tengok ramai sangat beli mesin tu so kita ni pun beli la jugak kan..berangan-berangan nak jahit baju sendiri..hahaha..tk tau la jadi ke tak baju ni ha..jangan hangat2 taik ayam sudah la..banyak ni melabur..hahahaha..

Hari terakhir

Hari terakhir jaga opah..malam ni mama sampai dr Lombok..mmg opah menguji kesabaran betul hari ni..macam2 dimintaknya..dari atas tilam..dia boleh p golek ke tilam bawah..aku ni dh la tak larat nak angkat..dah boleh golek kat bawah..mintak plak kita angkat dia naik atas..sebelum tu aku nak mintak asben aku angkat..kudrat laki kan..lain..bila time aku dia mintak angkat..mana mau nye.. Tapi nak buat macam mana Opah kita kan..dulu kecik2 pun dia penah gak bela aku berbulan2 time cuti sekolah. Skng ni dh tua n nanyuk tak bermakna kita kena abaikan. Masa ayah kecik2 dulu..opah tak pernah bela seorng pun anak2 dia sebab dia bercerai dengan suami (tok aku) n suami ambil semua anak2..4 org semuanya..ayah n adik beradik dibela oleh mak tiri..katanya..time tu opah berpisah dengan anak bongsunya (mak su) masih bayi n masih menyusu.. Hari ni aku ada membebel skit kat opah. tetiba dia kata.."Ye la..aku skng dh terbaring..orang semua tak suka"...terus aku suruh opah istifar..ingat t

Hari keempat jaga opah

Image
Hari ni opah xbanyak ragam..cuma ari ni aku ada extra tugasan..siram pokok bunga mama!!

Hari Kedua Jaga Opah

Image
Hari kedua ni agak mencabar wei..opah mula nak buat perangai.. Hari ni ada pembantu Indonesia datang bersih rumah..balik je pembantu..dlm kul 7 lbh..boleh plak opah bantai nangis..seram wei..marah kat tali yang ada kat seluar dia..suh aku potong..beria2 suh potong..aku dh mcm nak hilang sabar dah. .dia nak nangis cam budak kecik.. Aku pun duk la tepi tilam tu dok tanya kena dia benci sangat kat tali tu..sambil tu duk siap gaul bubur dia ngan ikan goreng..Sekali..rupanya opah lapar la..hahahaha..patut buat perangai..aku pun suap la..dia dengan girang makan..banyak plak tu.. Lepas makan..dia nampak aku pegamg tipon..nak amik tipon aku..terus aku bukak gambar mama n ayah kat lombok atas bot..senyum dia..lama tenung..dua kali mintak nak tgk gambar 'ain' n 'mail'..nak menitik air mata aku..rindu gamaknya anak n menantu dh dua hari tak de.. Lepas aku melayan perasaan sedih dan bergenang air mata, guess what? dia marah balik kat tali tu..hahahahhaa...tali tu memang p

Hari Pertama jaga opah..

Image
Hari ni hari pertama Kak J kena jaga opah..sebab mama n ayah pergi Lombok dengan adik2..Rahmat n Sofia..Mula2 risau gak sebab 4 hari nak tinggal berdua je ngan opah..tapi mujur pagi tadi pembantu Indonesia mama gajikan tuk datang setiap pagi bantu2 sebelum dia g keje..so siap la opah mandi pagi ni dengan jaya.. Ok..Kak J survive the first part..hahaha..mandi pagi..selepas2 ni xtau la mcm mana plak.. Tapi sedih la..baru kul 9 pagi..Opah dh tanya.. 'Ain mana? xbalik lagi ke?'..sedih je opah cari menantu dia..Kak J tipu dh pepagi tadi kata mama keluar kejap..hmm..lps ni xtau nak bagi alasan apa..padan muka..Tipu lagi org tua tu..hahaha *Kak J sertakan gambar mama n ayah kat Airport pagi tadi..cilok kat IG Rahmat..hahaha

Opah

Image
Salam Pengenalan...Ini opah Kak J..Opah dah tua..opah dah nyanyuk..opah dah tak boleh bangun.. Opah dah banyak lupa..rasanya dah lebih tiga tahun ayah amik opah tinggal sekali..sejak dua minggu lepas..opah dh tak boleh bangun..so menjadikan dia terbaring saja dan memerlukan orang lain uruskan dia.. Aku kategorikan Mak aku sebagai menantu yang baik..cuci berak semua mama buat..dia anggap Opah macam mak kandung dia.. Aku sedih tgk opah sekarang..dulu dia wanita yang kuat..hidup sendiri..bercerai dengan suami..tapi skng dia tak mampu buat apa2..hanya terbaring dan mengharapkan ada la yang suapkan dia makan..tapi aku lagi sedih lihat keadaan mama..mama dah tua..mama seorang yang berbadan besar..setiap hari mandikan n cuci berak mertua dia..dka sakit gaout..darah tinggi..tapi apakan daya.. Mama..andai kata satu hari mama jadi seperti opah..angah akan usahakan juga supaya mama dijaga oleh anak2 perempuan mama dn bukannya menantu..harap nanti suami2 kami mengizinkan. Amin