Posts

Showing posts from August, 2010

Kisah Puasa si ibu mengandung...

Image
Hari ni dah masuk hari 12 hari berpuasa. Cepat je rasa masa berlalu dan alhamdullilah setakat ni aku masih gagah berpuasa walau pregnant 4 bulan. Tuhan bagi aku kekuatan tuk berpuasa dalam jadul harian aku yang hectic dengan urusan anak, rumah, kedai dan juga keje. Kat sini aku nak cerita mengenai kisah2 ibu mengandung yang berpuasa yang ada disekeliling aku. Kandungan aku berusia 2 bulan Tidak dinafikan ibu mengandung dibolehkan untuk berbuka puasa tetapi janganlah jadikan ia alasan untuk berbuka. Jika seorang ibu memberi alasan tidak mahu berpuasa kerana gusar bayi dalam kandungannya tidak menerima zat yang secukupnya  alasan itu tidak boleh diterima. Ini kerana Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Fatimah Najla Mohd Jaafar memberitahu dalam satu artikel yang aku baca bahawa janin mendapat nutrisi daripada zat yang tersimpan di dalam lemak dan hati. Masalah biasa yang para ibu adalah gastrik, kembung dan refluxdan. Keadaan ini menyukarkan para ibu untu

Anugerah!!!

Image
Naib Canselor UPM Prof. Tan Sri Dr. Nik Mustapha R.Adullah bersama pemenang Anugerah Media UPM 2010 dari Kumpulan Utusan dari kiri Ashriq Fahmy Ahmad, Hassan Mohd Noor, Junhairi Alyasa dan Julia Ismail, pada majlis Anugerah Media UPM 2010, di UPM Serdang  (gambar oleh SAIFUL BAAHARI ASHARI) Dah dekat sebulan aku tak update. Setiap kali aku nak menulis blog aku ada banyak hal. Maklumlah busineswomen..hahaha..nak jual perfume la..nak jual kuih raya la..nak amik baju kotor member2 la..macam2..kalau kat rumah memang aku tak sentuh la komputer tuk mengadap nak menulis. Setakat update FB je. Motif aku tulis ari ni sebab aku baru menang anugerah..hahahaha!!!! So aku nak tayang kat korang...hahahahah..gelak lagi jahat... Alkisah..aku genap 5 tahun berkhidmat kat utusan pada 1 Ogos ari tu. Ini lah kali pertama aku menang anugerah..hahahaha..kawan2 aku lain dah berguni2 menang anugerah bagai2 aku baru nak menang. Itu pun anugerah penghargaan koporat UPM..hahahaha..walaupun kengkawan kata a