Posts

Showing posts from 2010

Anak anugerah tuhan....

Baru-baru ini aku mendengar pengakuan seorang teman yang baru menggugurkan anak ekoran masih tidak bersedia untuk menerima anak kedua. Anak pertama baru mencecah satu tahun dan alasannya dia melahirkan anak pertama melalui pembedahan oleh itu dia tak boleh mengandung dalam masa terdekat. Ceritanya kepada aku, dia telah membaca satu artikel dalam majalah bahawa durasi paling selamat untuk mengandung sekiranya dibedah untuk kelahiran pertama adalah dua tahun.Tapi sejujurnya, aku selalu dengar doc bagi masa setahun paling kurang untuk mengandung jika dibedah. Dan setahu aku tidak pula pernah aku dengar org meninggal kerana terlalu awal mengandung. Mak cik aku mengandung selepas 3 atau 4 bulan selepas kelahiran anak pertama yang lahir melalui pembedahan. Selamat jer..Kawan aku kat opis tu pun hidup je sampai skrg. Mungkin peratus kematian terlalu sedikit.  Bagi aku ajal maut tu kat tangan tuhan kan. Kalau tuhan kata kita nak mati tertelan kuih koci pun boleh mati. Kenapa jika tak nak b

Citer mengandung lagi...hahahaha

Mungkin sebab aku pegnant so aku citer pasal orang pegnant je..hehehehehe..kisah2 yang aku tulis ni boleh buat  teladan kepada ibu2, bakal ibu2 atau sesiapa sahaja. Ini kisah pemakaian baju ketika mengandung. Aku ni bukan la orang yang tutup aurat sangat atau alim. Aku pun free hair tapi bila kita dah kawin, dah ada anak, ada  adab yang kita kena jaga. Mungkin apa yang aku tulis kat sini ni untuk diri aku jugak. Wanita pregnant skrg tak macam org dulu (mak aku la yang cakap). Dulu ada gaun pegnant yang warna semua lasam2 jer..skang ni macam2 fesyen ada..org dah tak pakai dah warna lasam2. Dulu mak aku kata org malu nak tunjuk perut, orang sekarang ni lagi nak tunjuk2...hahaha..aku pun tak paham maksud mak aku. Tapi skrang ni aku tengok ramai org yang refuse untuk beli atau pakai baju pregnant. Kalau aku, aku suka sangat pakai baju pregnant sebab bg aku pregnant itu indah. Ada tu sampai dah nak berbojol-bojol dah. Aku akui aku ni sedikit konservatif dalam sesetengah hal. Selalu nye

Kisah Puasa si ibu mengandung...

Image
Hari ni dah masuk hari 12 hari berpuasa. Cepat je rasa masa berlalu dan alhamdullilah setakat ni aku masih gagah berpuasa walau pregnant 4 bulan. Tuhan bagi aku kekuatan tuk berpuasa dalam jadul harian aku yang hectic dengan urusan anak, rumah, kedai dan juga keje. Kat sini aku nak cerita mengenai kisah2 ibu mengandung yang berpuasa yang ada disekeliling aku. Kandungan aku berusia 2 bulan Tidak dinafikan ibu mengandung dibolehkan untuk berbuka puasa tetapi janganlah jadikan ia alasan untuk berbuka. Jika seorang ibu memberi alasan tidak mahu berpuasa kerana gusar bayi dalam kandungannya tidak menerima zat yang secukupnya  alasan itu tidak boleh diterima. Ini kerana Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Fatimah Najla Mohd Jaafar memberitahu dalam satu artikel yang aku baca bahawa janin mendapat nutrisi daripada zat yang tersimpan di dalam lemak dan hati. Masalah biasa yang para ibu adalah gastrik, kembung dan refluxdan. Keadaan ini menyukarkan para ibu untu

Anugerah!!!

Image
Naib Canselor UPM Prof. Tan Sri Dr. Nik Mustapha R.Adullah bersama pemenang Anugerah Media UPM 2010 dari Kumpulan Utusan dari kiri Ashriq Fahmy Ahmad, Hassan Mohd Noor, Junhairi Alyasa dan Julia Ismail, pada majlis Anugerah Media UPM 2010, di UPM Serdang  (gambar oleh SAIFUL BAAHARI ASHARI) Dah dekat sebulan aku tak update. Setiap kali aku nak menulis blog aku ada banyak hal. Maklumlah busineswomen..hahaha..nak jual perfume la..nak jual kuih raya la..nak amik baju kotor member2 la..macam2..kalau kat rumah memang aku tak sentuh la komputer tuk mengadap nak menulis. Setakat update FB je. Motif aku tulis ari ni sebab aku baru menang anugerah..hahahaha!!!! So aku nak tayang kat korang...hahahahah..gelak lagi jahat... Alkisah..aku genap 5 tahun berkhidmat kat utusan pada 1 Ogos ari tu. Ini lah kali pertama aku menang anugerah..hahahaha..kawan2 aku lain dah berguni2 menang anugerah bagai2 aku baru nak menang. Itu pun anugerah penghargaan koporat UPM..hahahaha..walaupun kengkawan kata a

Fasa baru dalam kehidupan sebagai usahawan...

Minggu ini adalah minggu kedua aku membuka kedai dobi aku. Memang penuh dengan cabaran. Perniagaan aku tertangguh dari bulan Mac dan akhirnya bulan Julai baru beroperasi. Memang banyak dugaan yang aku n suami terpaksa tempuhi. Tambahan pula aku sememangnya tak ada langsung pengalaman dalam perniagaan. Maklumla, aku belajar bidang komunikasi, kerja pun dalam bidang kewartawaan. Tiba-tiba tup tup aku nak bukak kedai plak. tapi aku nasib baik sebab aku ada seorang suami yang sangat supportive dan juga keluarga yang sentiasa menjadi tongkat setiap kali aku hampir tersungkur. Kalau tak ada sokongan dan nasihat daripada dorang tak tau lah aku berjaya atau tidak merealisasikan kedai ni. Minggu pertama aku bukak dari hari Isnin sampai jumaat tak ada customer langsung. Adik aku sampai frust sebab dia yang jaga kedai dari pagi hingga petang. Yang ada cuma dua kawan aku yang hantar kat opis. Tapi bila ari sabtu first walkin customer dia hantar tuala. timbang tak sampai 1 Kg. So tak tau nak char

Kisah mata lebam...

Kisah yang aku nak cerita ni memang akan menjadi sejarah dalam hidup aku, hubby n adik aku...sumpah sampai mati akan aku gelakkan..hahahahaha... Cerita dia macam ni..semalam kami bertiga on the way ke kedai dobi aku dengan membawa tangga naik wira. Memang dah macam pekerja kontrak dah sebab aku ngan ayang (adik aku) kena bersempit. Laki aku bawak keta. Nak jadikan cerita ada keta polis Evo ni lalu sebelah kitorng. Dengan peraknya aku ngan ayang memandang sampbil mengutuk.."ala bangga la tu dapat bawak evo polis2 muda ni..lama juga kami sejalan dengan keta polis tu. Agaknya sebab kami terlalu memandang tiga org polis muda ni, dorang tahan keta. Polis tu suh laki aku keluar keta. Di amiknya IC n lesen..Aku tau dah polis2 ni mesti nak poww laki aku ni. Tapi memang kami tak buat salah pun. Aku nampak la laki aku gelak2 ngan polis tu. Aku pun keluar la keta nak dengar apa yang tak kena ngan polis tu. Macam ni dialognya.. Polis: Ko nak g mana ni? Laki aku: Nak g kedai kat damansara d

Menambah ahli keluarga..

Aku tak tau nak tulis pasal apa..Aku tersangat mengantuk wlau pun jam baru pukul 2 tgh. Just nak tulis pendek dan ringkas..family aku akan bertambah..Addam akan dapat kawan..Mak Long a.k.a kak yong dah pregnant 3 bulan setengah. Pastukan..Addam bukan sahaja dapat sorang kawan tau..dia kan dapat dua kawan sebab dalam peyot mummy pun ada baby!! huhuhu..aku pun pregnant sebulan setengah..hahahaha..ngada-ngadakan..kihkihkih..dah..sekian sahaja berita..kuikuikui..

Aku Wartawan..

Pejam celik..pejam celik dah hampir lima tahun aku bergelar seorang wartawan akhbar. Bila orang tanya kerja apa, n aku jawab wartawan..mesti orang akan diam sekejap lepas tu macam2 soalan keluar kat mulut dorang. Seronok tak..mesti tak ada masa..susah..macam2 lagi la..Tapi im enjoying my job so much. Kerja aku sangat menarik dan terlalu dekat dengan jiwa aku. Tension tu biasa la..kerja mana tak tension kan. Bagi orang yang sangat aktif dan suka kerja luar..bidang kewartawanan sangat sesuai dengan aku. I luv writing..mulut bising..banyak soalan..sesuai ngan aku kerja ni..hahahaha. Bagi aku, menjadi wartawan bukan lah sukar seperti yang ramai anggap. Kerja aku tak ada punch card. Jika assignment sebelum pukul 12tgh aku boleh gerak terus dari rumah. Kalau selepas 12 tgh aku perlu masuk ofis dulu. Kemudian selepas assignmnt masuk opis taip story. Mula2 memang susah sebab rasa semua yang org cakap aku nak tulis..tapi lama kelamaan masa interview kita dah tau apa yang hendak ditulis. Dan ak

Malindo..

Image
Hari ni aku rasa nak tulis sesuatu yang serius. AKu pernah menulis topik ini satu ketika dulu dalam salah satu siaran Kosmo. Mengenai hubungan Malaysia dan Indonesia. Tajuk article aku time tu Jangan Biar Berpanjangan. Kiranya nukilan aku mengenai perbalahan antara dua negara serumpun ini yang tak pernah ada penghujungnya. Sebelum ni memang aku tak tahu menahu pasal ni. Tapi bila aku memilih untuk menulis topik ini ekoran kejadian buluh runcing waktu itu, research telah menemukan aku banyak info termasuk kajian yang dilakukan oleh pensyarah-pensyarah tempatan. Daripada yang aku perolehi untuk bahan tulisan ku, segalanya bermula akibat kebencian Indonesia kepada Malaysia. Kemarahan Indonesia terhadap Malaysia bukanlah perkara baru. Malah, insiden-insiden seperti tunjuk perasaan dan membakar Jalur Gemilang sudahpun berlaku sejak puluhan tahun lalu. Paling terpahat dalam jiwa penduduk Malaysia adalah kempen Ganyang Malaysia yang dilancarkan oleh Presiden Sukarno pada tahun 1963 keran

Jangan hidup dalam penafian..

Jangan sesekali kita merasakan bahawa setiap yang terjadi adalah berpunca daripada perbuatan orang yang mungkin berdengki atau iri hati. Pernah atau tidak kita bertanya pada diri sendiri, selama kita hidup ada atau tidak sekali terdetik hasat atau rasa ingin berlumba. Jangan kerana kita terlalu ghairah dengan kejayaan duniawi kita melupakan titik-titik kecil dalam moral kehidupan manusia dan yang paling penting kita menyakiti darah daging sendiri. Banyak kejadian yang terjadi di hapadan mata membuatkan aku lebih menyayangi dan menghargai keluarga aku.Betapa pentingnya ikatan tatkala kita dirundung kesusahan. Tetapi jangan disebabkan ikatan, kita mengelak daripada kenyataan dan kebenaran. Walaupun begitu pahit untuk ditelan, kita harus tahu bahawa sepahit-pahit peria, banyak khasiatnya untuk kita. Maknanya, sepahit mata kebenaran itu, ia mungkin akan mendatangkan kebaikan untuk masa hadapan sekiranya kita menumpukan sepenuh perhatian terhadap satu2 hal. Setinggi mana kejayaan kamu seb

Bangsa Pemusnah Bangsa

Kenapa aku pilih topik ini? Sebabnya tadi masa aku memandu pulang aku teringat perbualan dengan teman-teman sekerja di meja bulat depan opis. Dah berminggu rasanya tp baru hari ni aku terasa nak coretkan sesuatu kat sini. AKu ni memang tak suka sangat topik pasa politik n aku sememangnya bukan politic writer. Tapi perbualan aku dengan mamat India yang kekadang pakai lense warna grey ni buat aku betul2 terfikir. Gurauan mamat ni kekadang menyakitkan ati pastu soalan yang dia tanya kat kita tu kekadang rasa nk lepuk je pala dia. Tapi sebenarnya dia ni terlalu banyak knowledge yang dia gain through many way. Ari tu dia buka topik tentang betapa bencinya kaum India pada Samy Velu. Dia bagi tau atuk dia memang benci sangat kat Samy Vellu. Sebabnya pada tahun 80-90an masa tu Samy memegang satu portfolio penting. Kerajaan telah beri dia berjuta ringgit yang telah diperuntukkan untuk kaum India tapi kata mamat ni, peruntukan itu tak sampai kat yang sepatutnya. Sebaliknya Sami dan konco-konco

kisah seorang manusia

Setelah seminggu bband ada kat mama, baru ari ni aku boleh boleh tulis next topik. Sebenarnya banyak topik aku nak tulis tapi aku mulakan yang ini sebab mungkin ia lebih menarik minat aku. Tahun ini aku berumur 27 tahun. Hmm masih muda jika ingin bercerita mengenai pengalaman. Tetapi bagi yang mngenali aku, terlalu banyak perkara yang telah berlaku dan aku lakukan sblm ini n most of it is wrong. Tp org putih kata past is past. Tp percaya cakap aku, telah banyak kisah yang aku lalui, tempat aku jejaki, rakan yang aku kenali, org yang aku jumpai dan cerita yang aku karangkan. Selama itu aku pelajari banyak perkara mengenai kehidupan. Apbila kita tersesat jalan, sampai bila pun kita pasti akan ingat laluan itu. Kisah ini aku ingin ceritakan sebagai halwa mata sesiapa yang membaca dan juga teladan. Kenapa harus wujud manusia yang melakukan kesilapan di muka bumi ini. Jawapan aku, sebab tuhan ingin insan lain melihat manusia itu sebagai teladan dan manusia itu pula belajar daripada kesila

Jadilah diri sendiri

Semalam aku menaip tajuk yang sama. Dah habis berkajang2 aku taip dengan ending..Salam..tetoba bila aku click publish..tetiba connection bband out..aduh..hilang semua yang aku tulis. Dengan bengangnya aku tutup laptop tido. So aku mulakan balik.. Kejadian beberapa hari lepas sangat terkesan kepada aku. Somthng happen in our big happy family. Aku tidak pernah menyimpan dendam tetapi apabila aku mengetahui satu perkara, sejujurny aku sangat sakit hati. Orang menilai daripada penampilan luaran untuk menjadi bahan bualan dan kritikan. Tapi selama ini aku tidak pernah amik peduli mengenai apa orang nak cakap pasal aku. Memang ada banyak buruk dari baiknya jika kita berfikiran macam tu. Tapi aku bukan jenis menyembunyi keburukan diri. Aku lebih suka orang tahu diri aku yang sebenar. Seorang teman pernah memberitahu aku. Julia bukan semua orang boleh terima cara ko dan apa yang ko cerita mengenai diri kau. Tapi wahai kawan, kerana kejujuran aku, aku lebih ramai teman daripada ko. Dari yang al

Melayu..

Bila kita sebut isu Melayu, ia sangat subjektif. Jika salah diolah ia akan menimbulkan kontroversi dan kadang kala ia menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Banyak juga orang bertelagah mengenai ulasan individu mengenai isu-isu tertentu berkaitan dengan Melayu. Aku orang Melayu. Dilahirkan dalam keluarga yang sungguh harmoni dan tidak mempunyai pandangan negatif mengenai bangsa lain. Ya..itu adalah jawapan aku jika ditanya adakah aku marah apabila orang mengutuk bangsaku sendiri. Apabila orang menghina Melayu, aku merasakan mereka seolah menghina aku dan juga keluargaku. Tapi pernahkah kita sebagai melayu melihat di manakah kelemahan kita yang mungkin ada baiknya kita perbaiki. Kadang kala melayu sendiri mengutuk dan menghina bangsanya sendiri. Tanpa kita sedar, kita sendiri telah merosakkan nama baik bangsa kita yang sepatutnya memenuhi kuota penduduk di Malaysia. Tapi, pasal kuota itu bukan lagi masalah kita di zaman ini. Mungkin silap pemerintah dulu yang mengizinkan kemasukan bang

Wartawan vs penulis blog

Aku ni dah hampir lima tahun jadi journalist. Keja aku jumpa orang, cari bahan dan menulis. Tujuannya senang, nak bagi orang ramai tahu apa yang terjadi dalam dan luar negara. Tp pasal tulis blog ni memang aku fail betul la. Macam mana orang boleh tulis blog, dengan idea yang melambak2 sedangkan aku yang cari makan dengan menulis ni susah sangat nak tulis blog. Aku ni bukan apa teringin gak makcik nak jadi cam blogger2 yang ada pengikut. Kekadang dorang tulis cerita tak penting pun tapi sebab gaya dan topik tu orang suka baca. Lagi pun korang bayangkan, makcik ni dah dok kat opis berjam2 mengadap komputer tulis somethng serius, pastu nak balik tulis blog lagi..aduh.. Tapi aku nak tulis balik la kat sini. Lagi pun aku leh lepas tension..kutuk orang ke..bukan ada orang nak singgah pung blog aku nih..hahahaha..tapi kalau yang singgah tu..korang baca je la ek. Lagi pun aku ni dah tak boleh tido pagi buta..kang dah nak subuh baru la aku nak tido. Skang ni aku dengar je laki n anak aku be

Dah lama rasanya...

Dah lama gila aku tak menulis kat blog ni. Boleh tengok last post aku masa aku preggie 3 bulan. Skang Addam dah 1 thn 1 bulan dah. Dah besar dah dia. Banyak ragam tersangat-sangat. Apa agaknya sebab aku dah tak heran kat blog ni? Maybe sebab skang dah ada FB. FB dah jadi life aku. Aku rasa semua orang setuju kot. Bayangkan..mak aku pun skang dah ada FB walaupun dia selalu mengadu line berukband dia macam siput pig!!..hahaha.. Selain tu..aku ni kan pelupa tahap pig. Aku tak ingat password aku..hahaha..tapi sebab aku nak balik menulis kat sini tu yang aku usaha gak cari password blog ni. Lagi pun aku ni kan buta IT mana la tau ngan kosek2 cari jalan macam mana nak cari balik password tu. Cerita pasal lupa..aku ni memang sangat pelupa. Tak tau macam mana nak ubat la..setakat tinggal barang tu biasa la. Aku pernah pergi sekolah tak bawak bag sekolah..hahahaha..kau ada?..Aku pernah masuk toilet aku keluar tak amik handbag..aku tinggal dalam toilet. Masa tu aku dah keje dah kat kosmo..lawak