Posts

Showing posts from March, 2012

Octomun berjaya kurangkan 64kg!! (10 stone)

Image
Kisah mengenai ibu yang bersalin dengan kembar lapan, Nadya Suleman, sememangnya menimbulkan kemarahan masyarakat dunia kerana terlalu obses untuk mempunyai anak yang ramai tanpa memikirkan kebajikan dan juga kehidupan sosial anak-anaknya. Nadia yang tidak pernah mempunyai suami telah melahirkan 14 orang anak menerusi sperma yang didermakan orang lain dikatakan cuba mencari publisiti murahan dengan hobinya untuk memiliki lebih ramai anak. Namun, dalam ketaksuban yang aku pun rasa tak munasabah, aku tabik spring dengan semangat dia untuk mendapatkan kembali bentuk badannya. Banyangkan daripada mempunyai berat 121 kilogram ketika mengandung kini dia kembali kepada bentuk asal malah lebih baik daripada sebelumnya. Menurut Nadia dia tidak percaya kepada diet. Dia hanya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil 15 portions sayuran dan buah2an setiap hari. Dia mengakui bahawa mula membuat sit up selepas dua minggu bersalin (yang ni aku rasa tak munasabah. Sebab aku pun cser. Mu

Im too fat to work!! Please pay for my bypast...(alasan apa tu?)

Image
Ari ni aku terbaca dua kisah mengenai berat badan. Yang pertama adalah kisah seorang ibu kepada enam anak yang memberi alasan dia terlalu gemuk untuk bekerja dan keluarnya menerima £17,000 paun setahun benefit daripada kerajaan kerana itu. Perkara macam ni buat aku rasa nak marah pun ada. Kenapa kat europe senang sangat orang dapat bantuan kerana menganggur dan tak mampu kerja hanya dengan sebab2 yang tak munasabah. Sara Agintas mempunyai perat 210 kg dan menyalahkan kehamilan sebagai punca dia menjadi gemuk. Kini dia sedang memohon agar pembayar cukai untuk menampung kos pembedahan bypast  berjumlah £14,000!! Dah la tak keje..nk mintak orang yang bayar cukai tu tampung dia pulak. Sara membelanjakan £200 seminggu untuk membeli makanan luar dan minum 12 tin beer setiap hari..24 pek coklat sehari (semasa mengandung), empat mangkuk mee..dan merasakan lebih mudah order makanan melalui phone berbanding masak..So anak2 dia pun dah terdidik dengan makanan segera. Katanya, dia tak

Pink baby!!!

Image
Dua tiga hari ni aku sangat seronok.. sebabnya aku baru beli the thing that i want the most.. My new toy yang sedikit sebanyak akan mengubat kebosanan dan kerinduan aku sepanjang aku berada di sini.. Masa aku baru beli senyum sampai ke telinga sejam wei..sampai lenguh pipi..hahahaha.. Nak tau apa dia... +++++++++ +++++++ +++++ +++ ++ + + + + + + + + + + + + TARAAA!!!!! Tak boleh benti senyum..Yang penting menang gaya..main macam mana tu belakang kira..hahahaha

Natural VS Product

Image
Sejak dari dulu aku memang menyokong natural diet and natural way to lose weight.. Memang aku akui kesannya agak lambat tetapi hasilnya akan kekal lebih lama berbanding mereka yang memilih jalan singkat. Seperti biasa bila aku sampai ke Kelantan ni suasana mengenai kebimbangan wanita mengenai bentuk badan sama dengan di Kuala Lumpur. Kat sini pun ramai kawan-kawan aku cenderung memilih untuk mengambil makanan tambahan yang berharga ratusan ringgit untuk kurus. Tapi kalau hendak diikutkan, regim diet yang mereka ikut adalah sama dengan cara pengawalan diet sihat. Cuma mereka perlu menambah wang berjumlah RM300. Bila aku kata membazir dan jika dorang meneruskan kawalan makanan yang diberikan oleh trainer atau so called guru mereka tanpa produk tersebut, hasilnya tetap akan sama. Tapi dorang beria-ria kata dengan produk tersebut kesannya lebih cepat. Tapi bila aku tengok dorang cut nasi, kurangkan makanan berminyak, kurangkan gula, junk food...Helo!! kalau korang buat semua tu tanpa pr

Sudah ajal atau kita cuai?

Berita kehilangan dan pembunuhan kanak-kanak berusia lima tahun Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang mendapat simpati ramai pihak. Tapi ramai juga yang mempersoalkan mengenai tindakan si ibu yang membiarkan anak kecilnya keluar ke kedai seorang diri.   Sekarang ni memang banyak kes penculikan kanak-kanak terutama kanak-kanak perempuan. Dari kes Nurin dulu, pastu kes Sharlinie yang sampai kini belum ditemui dan beberapa kes lain. Sejak dari itu, banyak ibu bapa menjadi agak protektif dan berwaspada setiap kali mahu membenarkan anak-anak bermain di luar seorang diri..inikan pula keluar ke kedai.   Baru-baru ini di Kelantan ada kes lemas. Anak baru umur setahun lebih dibiarkan main sorang diri..Depan pintu rumah betul2 sungai..Si ibu lepa..anak yang baru pandai berjalan tu terus keluar rumah dan terjatuh dalam sungai..sedar-sedar dah timbul..agak-agak berapa lama si ibu tu nak sedar anak dia hilang? Sebab masa dia menyedari si anak hilang adalah apabila mayat anaknya sudah timbul dip

Roti Cotek..

Image
This is my favourite breakfast menu kat Kopitiam bawah opis aku. Nama dia cam pelik skit..Roti Cotek.. Roti tu dia bakar dengan mentega yang agak banyak..so rasa dia cam masin2 skit..pastu dia letak dua biji telur separuh masa dengan kaya yang aku rasa dia buat sendiri sebab kaya dia tak manis sangat.. Harga dia RM4.50 tuk satu set..sedap!

Should i Still call him dad?!

Image
Kekadang dunia ni dah jadi sangat pelik..jik adulu banyak kes-kes anak-anak memalukan ibu bapa..Macam ayat orang2 tua dulu.."Kau jangan conteng arang kat muka mak ngan ayah"..Tapi skang ni cam dah terbalik je aku rasa..Kerana terlalu ingin ikutkan naluri..aku rasa anak-anak akan jadi mangsa..Ni ada satu kes di barat di mana si bapa terlalu ingin menukar jantina dan mempunyai seorang anak perempuan yang sedang meningkat remaja. Tash Ozimek berusia 16 tahun ketika bapanya bertanyakan satu soalan.. " Apakah perkara yang paling memalukan saya boleh lakukan bagi kamu" Tash menjawab.." Mungkin jika kamu berpakaian seperti seorang wanita dan keluar bertemu rakan-rakan saya" Namun, itulah jawapan yang diberikan bapanya yang membuatkan Tash berlari ke biliknya sambil menangis sehingga pukul 4 pagi... Sebagai anak, Tash merasakan dia perlu memberi sokongan kepada bapanya asalkan ia mengembirakan bapanya. Tapi bila difikirkan balik...Bukankah bapa Tash yan

MBKB Saman!!

Image
Aku rasa aku la juara segala juara yang dapat saman dari MPKB.. ini adalah buktinya!! Ari ni aku nak g buat pas bulanan sbb tak tahan asyik kena saman je. Punca aku selalu sangat kena saman sebab aku duk kat Guest House yang parking bawak dia MBKB yang punya. Kekadang aku sempat letak duit..ye la sebab aku g keje kul 10 lebih..dia akan saman anytime antara kul lapan sampai 10. So aku tak leh bajet kul berapa dia nak saman aku..memang aku hangin betul..Tapi malangnya ari ni aku tak leh buat pas bulanan yang berharga RM80 tu sebab nya aku kena settlekan semua saman ni dulu..tunggu hujung bulan la jawabnya!! 

Bila article sendiri di blog orang lain..

Sebagai seorang wartawan..perkara yang paling menyeronokkan dalam kerjaya adalah apabil artikel disiarkan diakhbar dan menjadi bualan ramai..Lebih membanggakan apabila melihat hasil tulisan dan kerja keras untuk mendapatkan berita, disiarkan di blog rakan2 yang hebat dalam penulisan blog. Walaupun aku dah 7 tahun jadi wartawan tapi aku bukan menulis blog yang baik. Tapi bila tengok artikel aku di akhbar disiarkan kat blog2 yang popular..seronok plak rasa..nampaknya apa yang aku tulis, menarik untuk dikongsi dengan khalayak.. Terima kasih kepada mereka yang menghargai dan mengkreditkan akhbar saya bila anda ambil article saya.. Thnks alot.. felt appreciated... -JULIA ISMAIL-

Bakal Isteri Malek Noor

Image
Gambar ihsan dr. Wan Asma Tiada siapa pernah menyangka akan menjadi suri kepada bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor. Bagi wanita yang bakal menjadi penyeri hidup kepada ikon bina badan itu, Dr. Wan Asma Wan Ismail, ikatan yang bakal termeterai 12 Mac ini adalah jodoh yang dikurniakan tuhan walaupun perkenalan mereka agak singkat. “Tak sangka saya akan menjadi isteri kepada seorang ikon seperti dia tapi inilah yang kita kata jodoh. “Saya tertarik dengan kejujuran dan kesungguhan dia untuk memperisterikan saya serta sifatnya yang pandai mengambil hati serta menghiburkan saya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), semalam. Dr. Wan Asma memberitahu, tarikh 12 Mac yang akan menyatukan ikatan mereka sebagai suami isteri itu dipilih oleh Malek Noor sendiri sebagai simbolik kerana pada tarikh yang sama tahun lepas, Malek Noor telah menunaikan umrah dan memohon doa agar dipertemukan isteri. Dr. Wan Asma yang merupakan seorang doktor pakar kana

Lelaki bersalin tiga kali..

Image
Bila kita mendengar lelaki mengandung dan melahirkan, mungkin kita akan kata ia adalah satu cerita yang tidak munasabah, namun, hakikatnya, seorang lelaki, Thomas, 38, bukan sahaja pernah mengandung dan melahirkan seorang anak, malah pernah melahir tiga orang anak. Lelaki ini sebenarnya dilahirkan sebagai seorang wanita namun menukar imejnya untuk menjadi lelaki ketika dia berusia 20 tahun kerana merasakan dia adalah lelaki yang terperangkap di dalam badan wanita. Bagaimanapun, dia tidak menjalani proses terakhir yang dilakukan oleh mereka yang mahu menukar jantina daripada wanita kepada lelaki iaitu histerektomi (membuang rahim) kerana mungkin mahukan anak satu hari nanti. Thomas telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Nancy . Bagaimanapun, Nancy tidak boleh mengandung kerana pernah membuang rahimnya ketika berusia 28 kerana menghidap endometriosis. Kini mereka mempunyai seorang anak perempuan iaitu Susan, 3, Austin , 2, dan Jensen, 1. Ketiga-tiga anak Tho

Kes kemalangan pertama aku..scary..

Image
Hari ni aku cover kes kemalangan pertama aku sepanjang hampir 3 bulan aku kat sini..Scary je aku rasa sebenarnya sebab kat KL aku tak pernah cover crime kes atau apa2 kemalangan macam ni..Kebetulan aku berada dekat je dengan tempat kejadian..Aku ada kat Court tuk kes samun..bila sampai kat bulatan tu nampak mangsa dah kena tutup ngan surat khabar.. Yang paling menyedihkan bila anak dia datang pastu meraung2 panggil nama bapak dia and mengucap panjang..Dia merintih sebab tak tau macam mana nak bagi tau mak dia yang sakit jantung bahawa bapak dia dah tak ada.. Lebih memilukan bila aku tengok dia dan kakak dia sama2 kutip otak bapak dorang kat atas jalan...sambil kesat air mata.. Warga Emas Maut Digilis Treler KOTA BHARU - Seorang pengawal keselamatan, yang baru selesai mengambil ubatan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II, maut apabila motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah treler di Bulatan Tuan Padang, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira

Restoran The Red Warriors Station (TRWS) bakal ditutup..

Image
Restoran The Red Warriors Station (TRWS) yang menjadi kebanggaan penyokong bola sepak Kelantan berhadapan dengan kemungkinan operasinya terpaksa ditutup gara-gara gagal melunaskan hutang berjumlah RM72,000 dengan pihak pengurusan Pusat Dagangan Kelantan (KTC). Hutang tersebut merupakan bayaran bagi sewaan lot perniagaan di bangunan milik KTC Convention & Apartment Sdn Bhd bermula 1 April tahun lalu dan tempoh perjanjiannya bakal berakhir 31 Mac ini. Restoran tersebut merupakan pelaburan seorang usahawan wanita yang merupakan peminat setia Yhe Red Warriors. Menurut Ketua Pegawai Operasi KTC , Aziz Desa pihak KTC ketika ini sedang giat menagih hutang bayaran tersebut daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang dikatakan telah memeterai janjian dengan pihak KTC berhubung penyewaan lot perniagaan tersebut. “Perjanjian penyewaan lot tersebut adalah antara KTC dan Kafa dan sudah tentu saya akan mencari Kafa bukannya pemilik sebenar restoran tersebut. “Namun, sura