Monday, November 21, 2011

Rezeki wartawan haram?

Hari ni aku keje malam. So seperti biasa tugas aku angkat call kat opis Kosmo ni. Ari ni sumpah aku sakit kepala maybe gara2 tengkuk aku yang terkehel. Tepat pukul 7 ptg aku dapat call dari seorang makcik yang tak puas hati dengan story Kosmo pg 2 mengenai tunjuk perasaan kat Mesir. Dia kata story tu tak tepat. Katanya anak dia pun belajar kat Mesir tapi kenapa tulis 10,000 pelajar Malaysia di Mesir bimbang keselamatan. And dia kata kat Mesir aman je cuma kawasan situ je berbalah. Anak dia selamat je. Kenapa nak kena hebatkan cerita sampai macam tu.. Aku seperti biasa bila ada caller macam tu aku diam je..

Tapi bukan takat tu je, dia suruh aku hold pastu pas kat laki dia. Tak sempat kata apa2 lagi laki dia terus kata kat aku "masyaallah'. Pastu dok tazkirah aku panjang lebar. Dia kata kenapa Kosmo! tak call Wisma Putra dulu untuk pastikan perkara tu. Katanya, faham la surat khabar ni nak pulisiti murahan and story yang buat orang baca. Tapi biarlah rezeki itu halal dan diberkati tuhan. Kita cari rezeki tapi tak kan nak sumber yang haram..

Terkejut aku dengar pakcik tu kata cam gitu... Bila aku kata Kosmo! di bawah Utusan terus dia cakap, "Utusan ni kenapa Hah? Apa masalah dia?"... Aku nak je cakap.."Apa masalah pakcik?!! Dia kata ini la masalahnya Utusan ni kerajaan sangat. Buat story tak betul.

Aku heran.Kalau la dia ni bijak pandai dalam hal agama kenapa nak hukum wartawan ni kata rezeki tak halal?..Orang bijak pandai agama tak kan campur adukkan politik dan hal agama. Nk beribadah biarlah ikhlas. Kalau benci sangat kerajaan, anak awak tu pun belajar pakai biasiswa kerajaan. Tang nak terima suka and amik. Tang nak kutuk kerajaan, gila2 korang hantam. Hal halal haram rezeki kami biarlah tuhan yang tentukan. Kita tu pun tak tentu lagi tau rezeki kita or anak cucu kita nanti diterima tuhan atau tidak. Kami hanya wartawan yang melaporkan berita dalam bentuk tulisan.

Tapi aku explain la kat pakcik tu dengan baiknya. "Pakcik, cuba bukak ms 2 tu. Pangkal depan tu ada tulis KAHERAH kan? Ini bermakna story ni dibuat di sana. Kalau story ni buat di sini pangkal depan dia tulis KUALA LUMPUR. Lepas tu cuba pakcik tengok kat pangkal hujung story tu pulak ada tulis AP. Kat gambar pun ada tulis AP. Maknanya itu story dari wires/ Agensi Berita luar. Berita ni hanya translation dari wartawan kami."

Bila aku kata gitu baru la dia macam tersekat2 skit kata2 dia. Lepas tu terus tambah sakit kepala aku. Aku pandang En Wan (bos aku) aku cakap" En Wan, rezeki kita haram. Caller kata kalau nak cari rezeki biarla halal" terkebil2 mata dia tengok aku..hahahahaha..

No comments: