Monday, December 26, 2011

Nenek india dan bantuannya..

Ari ni aku nak cerita pasal bantuan menjelang musim pilihan raya...Tak dinafikan time-time gini  banyak la calon2 politik menghulurkan bantuan sama ada untuk memenangi undi bagi pihak parti mahupun untuk pemerintahan tertinggi parti nampak usaha mereka dan dicalonkan bertanding untuk pilihanraya akan datang.

Peristiwa yang aku boleh anggap agak lucu ni dah lama dah sebenarnya berlaku. Dalam bulan lepas tapi la ni baru aku terfikir nak kongsi kat sini.

Satu hari aku menghadi PC di Biro Aduan Awam mengenai 30 orang warga tua, oku dan ibu tunggal kaum India tak dapat bantuan dari JKM. Sebenarnya dorang dapat bantuan tu tapi tak lebih RM150 je tapi tiba2 bulan 10 bantuan tu kena potong kepada RM30 hengget je. Jadi kuar la Kosmo satu hari. Nak jadi kan cerita banyak la pihak yang nak membantu lepas tu.

Masa dok interview tu, ada satu makcik ni..pangkat nenek mengeluarkan kata2 yang semua orang terkedu sebenarnya. YB tu tak terkeluar kata2. Aku serious nak gelak.


Nenek India:    Kasihan la sama kami. Apa mau makan. RM30 ringgit wang teksi pun tarak cukup. Dulu, 2008 pilihanraya itu jam..rumah saya tiap hari datang. Undi sudah kasi..semua hilang..

Hahahaha..Yb cakap ngan kami..terus kami cakap..betul apa..

Itu la permainan politik. Tak kira Pembangkang ke Kerajaan ke sama je..so senang..tak yah amik port pasal politik ni. Game memang kotor. Yang penting kita undi yang mana kita rasa mampu memimpin negara. Permainan politik kita pejam je mata buat tak tau..

P/S: So kepada mereka yang memerlukan bantuan yang selama ni orang tak buat peduli je..skang ni lah waktunya korang nak mintak bantuan. Kompom kalau benar2 layak korang terus dapat. Klu ada family susah ke sakit ke, nak bantuan perubatan ke, g la mana2 surat khabar kat Malaysia ni. Mesti suara korang akan di dengari. Tapi jangalah tak der duit nak beli handbag pun korang nak mintak bantuan. Kalau macam tu mintak terus kat YB mana2 jadi bini dorang//hahahahaha....bukan je handbag, banglo pun leh dapat..

3 comments:

Ahmad Tongkeng said...

aduuuhai.. dapat mmg dapat.

tapi pikir2 balik, this trend is not good lah.

really not good.

juliaismail said...

Tu la pasal. Nak ubah pun ini lah dunia..

ZaNNa said...

Terbaekk la nenek nie..hahahahha~ i loike =)