Wednesday, January 30, 2008

Fish Spa!!

Me and Sharon The Edge. Cool!!

Lihat lah ikan ikan mengerumuni kaki ku!!!



Today i had a special treat from Celcom. They launching a new product tapi before the event, they gave us the best pampering ever. First, i had my leg been eaten by dozens of small fish. The fish spa of coz!!Geli ok!! But after ten minutes, everything went so nice. After that i had a foot massage. That part, SAKIT!!. Yang tak best nyer, reporter The Edge kat sebelah kena urut ngan mamat hensem. i dapat Cina tua!! Benci tau. Lepas tu plak, make over sesion!!. Buat lucky draw, and i got a scalp treatment from La' Mode. They wash and blow my hair. The best part is, we had fine dining at exclusive Carat Club. Hmm..nyum, nyum!! Thank U Celcom!!

CAPYBARA



Scientific name : ‘Hydrochoerus hydrochaeris’

Distribution : South America (including Panama, Colombia, Venezuela, Brazil, Argentina, French Guyana, Uruguay, Peru, and Paraguay

Habitat : Capybaras are semi-aquatic mammals that live in densely forested areas near bodies of water, such as lakes, rivers, swamps, ponds and marshes, such as flooded savannah and along rivers in tropical forest.

Description and Natural History

· Capybaras have heavy, barrel shaped bodies and short heads with reddish-brown fur on the part of their body that turns yellowish-brown underneath.
· Adult capybaras may grow to 130 centimeters (4.3 ft) and 50 centimeters (1.6 ft) tall, weighing up to 65 kg (140 lbs).
· Capybaras have slightly webbed feet and no tail; their back legs are slightly longer than their front legs and their muzzles are blunt with eyes, nostrils, and ears on top of their head.
· Capybaras have 20 teeth.
· Females are slightly heavier than males.
· Capybaras are social animals, usually found in groups between 10 and 30.
· They communicate through a combination of scent and sound, being very vocal animals with purrs and alarm barks, whistles and clicks, squeals and grunts.

Status and Threats

· The population of Capybaras is stable through most of South American ranges, though in same areas hunting has reduced their numbers.
· Capybaras are hunted for their meat and pelts in some areas, and otherwise killed by humans who see grazing as competition for livestock.
· The skins are particularly prized for making fine gloves because of its odd characteristics – it stretches in one direction.

Semalam, zoo negara bawak me and all media melawat zoo to know better about rats sempena Tahun Tikus and this adorable creature (Capybara) is the biggest rats family on earth.

Sunday, January 27, 2008

I need some idea..


Ini la kain yang dah i beli for my wedding but still dun know what to do with it. Still searching for the right fashion and designer to do it for me. Dari hari ke hari planning nak hantar kain ni tapi entahlah..takut pun ada. Ye la mana la tahu kalau nanti salah langkah..terhantar kat salah orang ke. Kawin sekali jer..

Takut menyesal macam baju that i made for my engagement day. Mana taknya, tak sabar la katakan. I was planning nak hantar the green colour lace to tukang jahit biasa jer tapi my mistake. The plan nak upah dalam maksimum pun RM300 sekali corset. Sebab tergedik sangat, salah masuk butik. Planningnyer hari tu nak beli chiffon jer kat Jln TAR untuk lining baju tu, alih-alih parking plak kat Medan Mara, terus masuk one boutique tak tanya tak apa terus cakap nak buat baju.

Nak jadi kan cerita bila dah ambil ukuran and everything, dia bagi resit, terkejut i ala ala diva terpijak paku, RM468!!. Nak buat macam mana tak kan nak amik balik. Yang menyebabkan i terkejut tu sebab i suruh dia jahit jer bukan tambah corset pun. Manik pun tak ada. Dah la buat kurung moden jer. Muka pun bukan terkenal pun.

Nasib baik la, bila dia bagi kad baru la perasan sebenarnya tukang jahit ni bukanlah sebarangan orang. Dia dah banyak jahit baju artis-artis tapi satu masa dulu la. maklumla..kita orang muda tak berapa kenal dia. Tapi sekarang dia telah ditenggelamkan oleh pereka muda yang lagi top. Nak buat macam mana, nanti siap bayar jer la..Sampai sekarang tak berani bagi tau mama. nanti bising orang tua tu sebab dia suruh hantar kat one disigner ni and price dia pun mungkin lebih skit dalam seratus dua jer dari harga tadi and i kan get a designer punya hasil tangan. Nak buat macam mana, balasan tuhan sebab tak sabar. Hehehe..

Wednesday, January 23, 2008

Abg E Baru Tunang


Abang E baru bertunang bulan lepas. After this would be my turn plak. I want everything to be perfect on my wedding day tapi bila pikir-pikir balik its all about money. Ada duit jalan.. Tapi i still want to make it, not just my dream but will come true. Abg E plak so sudden tiba-tiba ada pasangan plak. Terkejut gak bila dapat tau dia nak bertunang but still congrats them. Ida is such a wonderfull girl. Welcome to the chaotic family!..Hahaha..Nanti kita kawin dekat-dekat ye.. :D

Wednesday, January 2, 2008

Kembar Siam Malaysia


Pasti ramai yang akan tersentuh apabila mendengar kisah hidup seseorang yang dirasakan terlalu sukar bagi kita untuk lalui sebagai manusia.


Namun bagi Norhisyam Mohammad, bapa kepada bayi kembar siam yang melekat dibahagian perut dan pinggang, Nur Badrishah dan Nur Bahiyah, dugaan yang diterima sentiasa dianggap sebagai satu rahmat dari tuhan.


Kembar siam tersebut itu dilahirkan melalui pembedahan pada 10.15 pagi 22 September lalu di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dan mempunyai berat 4.2 kilogram, beberapa bulan lebih awal daripada tarikh jangkaan pada November tahun lalu.


Bagaimanapun, bayi kembar itu sebelum ini telah selamat menjalani pembedahan membetulkan saluran najis dan pundi kencing di HKL pada 25 September lalu dan bakal menjalani pembedahan pemisahan apabila keadaan kedua-dua mereka stabil dan tumbesaran mereka normal.


Bayi tersebut melekat di bahagian bawah pinggang dan berkongsing usus besar, dan pembedahan yang bakal dilakukan tidaklah terlalu berisiko dan ia akan dilakukan oleh pakar tempatan di HKL.


Mereka yang berasal dari Perlis ini telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak dilahirkan dan ini memaksa kedua ibu bapa mereka memendam rasa meninggalkan anak jauh dari jagaan.


Lebih memilukan, ibu mereka Sopiah Daud hanya berpeluang melihat mereka beberapa bulan selepas tamat tempoh berpantang ekoran masalah kewangan yang menimpa keluarga ini.


Nurhisyam memberitahu, dengan gaji pokok RM600 sebulan, beliau tidak mampu untuk berulang dari Perlis ke Kuala Lumpur kerana kos perjalanan yang terlalu tinggi. Tambahan pula, majikan beliau sukar untuk meluluskan cuti bergaji yang dipohon.


Oleh itu, setiap kali beliau meminta cuti untuk ke Kuala Lumpur, gajinya akan dipotong.


"Saya berterima kasih kepada mereka yang sudi membantu saya, walaupun tidaklah banyak ia tetap membantu saya dan isteri untuk menampung perbelanjaan perjalanan ke Kuala Lumpur.


"Bukan masalah wang sahaja yang saya alami, setiap kali saya ke Kuala Lumpur bersama keluarga, tempat tinggal juga menjadi masalah. Memanglah saudara sudi menumpangkan saya tapi saya faham, mereka juga berkeluarga," katanya kepada penulis.


Nurhisyam juga memberitahu, beliau agak kecewa kerana pihak hospital tidak terlalu telus dalam memberikan maklumat mengenai pembedahan anaknya kerana dia sebagai bapa juga merasakan berhak mengetahui segalanya.


"Pihak hospital memarahi saya dan mempersoalkan mengapa saya tampil ke media dan menceritakan perihal anak dan keluarga tetapi ia bukan kehendak saya.


"Jika benar saya mahu menghebohkan, dari dalam kandungan lagi saya sudah hebohkan kerana kami sekeluarga mengetahui mengenai kandungan kembar siam ini seawal usia lima bulan lagi," katanya.


Beliau menceritakan, di saat kedua anaknya itu dilahirkan, pihak hospital HSB lah yang telah memberitahu mengenai kelahiran ini kepada pihak media dan meminta menyuruh pihak media meminta kebenaran beliau untuk membuat liputan.


Baginya, sebagaimana dia dan keluarga begitu teruja untuk melihat kembar tersebut begitu jugalah seluruh rakyat Malaysia kerana kelahiran kembar siam sangat jarang di sini.


Walaupun doktor memberitahu pembedahan pemisahan yang akan dilakukan tidaklah terlalu berosiko, dia sebagai bapa tetap merasa bimbang.


Perkara yang paling merungsingkan adalah masa depan anaknya itu kerana kemungkinan kedua-duanya boleh berjalan masih lagi 50-50.


Buat masa ini juga kedua-duanya terpaksa menggunakan kantung khas untuk membuang air namun Nurhisyam sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya itu.


Nur Badrishah dan Nur Bahiyah bakal menjalani pembedahan pemisahan tidak lama lagi setelah pemeriksaan rapi mengenai keadaan usus mereka selesai. Bagi orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Norhisyam Mohammad di talian 012-5311026 atau isterinya, Sopiah Daud di 017-5075539.

Tuesday, January 1, 2008

The New Begining...


This blog has been created on 1st January 2008 and this mark the new begining of me, my life and my career...The purpose of creating this blog is to expend my passion in writing and having my own blog helps me a lot in putting my self in the lead to achieve my goal.