Posts

Showing posts with the label Berita

Rampasan Arak di Kg Cina

Image
Semalam Majlis Perbandaran Kota Bharu buat serbuan di beberapa rumah di Kampung Cina. Hasil rampasan adalah arak-arak Malaysia dan juga arak-arak dari Thailand. Ini merupakan operasi bersepadu antara MPKB, Polis, Jabatan Agama Islam dan Kastam. Aku sebelum ni memang parnah bau arak tapi aku tak pernah bau tuak masam. Semalam, tak sangka premis tersebut merupakan kilang membuat tuak masam . Bau dia busuk sampai pening kepala..tak dapat nak bayangkan bau dia macam mana.. Mengikut pegawai MPKB, kali ini merupakan rampasan yang terbesar kerana hasil rampasan penuh dua tak dan juga satu 4wd.. Rupa2nya sederet rumah2 kat situ semuanya jual arak and buat sendiri tuak..Lima buah rumah ke semuanya.. Aku sertakan gambar2 yang aku amik pakai phone aku untuk tatapan semua.. Sebungkus harganya RM3 Ni la rupanya tuak..busuk gila Sederet rumah kat pintu gerbang ni kena serbu Ni sebahagian dari arak yang dirampas Ta..da...hahahaha

Pemilik Payudara Terbesar Dunia upah pengawal peribadi

Image
Memiliki payudara yang besar adalah idaman setiap gadis dan wanita sebagai tarikan kepada bentuk tubuh badan. Namun, bagaimana pula sekiranya saiz payudara tersebut mencecah saiz 102ZZZ? Bagi Annie Hawkins-Turner, 53 yang berasal dari Atlanta, Georgia yang merupakan pemegang rekod payudara terbesar Guiness Book of Record terpaksa mengupah pengawal peribadi bagi mengelakan dirinya diganggu ekoran aset yang dimilikinya. "Tak ada sesiapa menyerupai saya. Saya merupakan satu dalam sejuta. Saya terpaksa mengupah pengawal peribadi bagi mengelakkan diri daripada mereka yang sentiasa mengejar saya," katanya. Annie yang memiliki payudara seberat 50 kg itu tidak pernah berhasrat untuk menjalani pembedahan bagi mengecilkan payudaranya itu. " Buat apa membetulkan sesuatu yang tidak rosak" katanya. Anne mengidap gigantomastia, yang yang menyebabkan pertumbuhan progresif pada tidu payudara. Beliau yang mendapat populariti kerana saiz payudara yang luar...

Hilang 44 kg (7 stone) kerana seks marathon!!

Image
Mungkin agak pelik kalau kita membaca tajuk di atas namun itulah kenyataan yang dialami oleh wanita paling berat di dunia Pauline Potter berjaya menurunkan berat sebanyak 44 kg dalam masa tujuh bulan hanya dengan melakukan hubungan kelamin dengan suaminya. Pauline, 47, yang sebelum ini telah bercerai dengan suaminya Alex yang mempunyai berat 70 kg berkahwin semula selepas Alex mendapat tahu Pauline telah mendapat mengiktirafan dari Guinness World Record dengan alasan penambahan berat badan bekas isterinya itu membuatkan Pauline menjadi lebih menarik. Pauline pernah yang mempunyai berat 330 kg dan dinobatkan sebagai wanita paling berat di dunia oleh Guinness World Record kini berjaya menurunkan berat kepada 292 kg. Beliau mendakwa seks marathon yang kadang kala mencecah tujuh kali dalam dalam satu hari telah mmenyebabkan dia berjaya menurunkan berat badan. Walaupun dia mendakwa tidak boleh banyak bergerak di atas katil, tetapi dia telah membakar lebih kurang 50...

Octomun berjaya kurangkan 64kg!! (10 stone)

Image
Kisah mengenai ibu yang bersalin dengan kembar lapan, Nadya Suleman, sememangnya menimbulkan kemarahan masyarakat dunia kerana terlalu obses untuk mempunyai anak yang ramai tanpa memikirkan kebajikan dan juga kehidupan sosial anak-anaknya. Nadia yang tidak pernah mempunyai suami telah melahirkan 14 orang anak menerusi sperma yang didermakan orang lain dikatakan cuba mencari publisiti murahan dengan hobinya untuk memiliki lebih ramai anak. Namun, dalam ketaksuban yang aku pun rasa tak munasabah, aku tabik spring dengan semangat dia untuk mendapatkan kembali bentuk badannya. Banyangkan daripada mempunyai berat 121 kilogram ketika mengandung kini dia kembali kepada bentuk asal malah lebih baik daripada sebelumnya. Menurut Nadia dia tidak percaya kepada diet. Dia hanya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil 15 portions sayuran dan buah2an setiap hari. Dia mengakui bahawa mula membuat sit up selepas dua minggu bersalin (yang ni aku rasa tak munasabah. Sebab aku pun cser. Mu...

Im too fat to work!! Please pay for my bypast...(alasan apa tu?)

Image
Ari ni aku terbaca dua kisah mengenai berat badan. Yang pertama adalah kisah seorang ibu kepada enam anak yang memberi alasan dia terlalu gemuk untuk bekerja dan keluarnya menerima £17,000 paun setahun benefit daripada kerajaan kerana itu. Perkara macam ni buat aku rasa nak marah pun ada. Kenapa kat europe senang sangat orang dapat bantuan kerana menganggur dan tak mampu kerja hanya dengan sebab2 yang tak munasabah. Sara Agintas mempunyai perat 210 kg dan menyalahkan kehamilan sebagai punca dia menjadi gemuk. Kini dia sedang memohon agar pembayar cukai untuk menampung kos pembedahan bypast  berjumlah £14,000!! Dah la tak keje..nk mintak orang yang bayar cukai tu tampung dia pulak. Sara membelanjakan £200 seminggu untuk membeli makanan luar dan minum 12 tin beer setiap hari..24 pek coklat sehari (semasa mengandung), empat mangkuk mee..dan merasakan lebih mudah order makanan melalui phone berbanding masak..So anak2 dia pun dah terdidik dengan makanan segera. Kat...

Should i Still call him dad?!

Image
Kekadang dunia ni dah jadi sangat pelik..jik adulu banyak kes-kes anak-anak memalukan ibu bapa..Macam ayat orang2 tua dulu.."Kau jangan conteng arang kat muka mak ngan ayah"..Tapi skang ni cam dah terbalik je aku rasa..Kerana terlalu ingin ikutkan naluri..aku rasa anak-anak akan jadi mangsa..Ni ada satu kes di barat di mana si bapa terlalu ingin menukar jantina dan mempunyai seorang anak perempuan yang sedang meningkat remaja. Tash Ozimek berusia 16 tahun ketika bapanya bertanyakan satu soalan.. " Apakah perkara yang paling memalukan saya boleh lakukan bagi kamu" Tash menjawab.." Mungkin jika kamu berpakaian seperti seorang wanita dan keluar bertemu rakan-rakan saya" Namun, itulah jawapan yang diberikan bapanya yang membuatkan Tash berlari ke biliknya sambil menangis sehingga pukul 4 pagi... Sebagai anak, Tash merasakan dia perlu memberi sokongan kepada bapanya asalkan ia mengembirakan bapanya. Tapi bila difikirkan balik...Bukankah bapa Tash yan...

Bakal Isteri Malek Noor

Image
Gambar ihsan dr. Wan Asma Tiada siapa pernah menyangka akan menjadi suri kepada bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor. Bagi wanita yang bakal menjadi penyeri hidup kepada ikon bina badan itu, Dr. Wan Asma Wan Ismail, ikatan yang bakal termeterai 12 Mac ini adalah jodoh yang dikurniakan tuhan walaupun perkenalan mereka agak singkat. “Tak sangka saya akan menjadi isteri kepada seorang ikon seperti dia tapi inilah yang kita kata jodoh. “Saya tertarik dengan kejujuran dan kesungguhan dia untuk memperisterikan saya serta sifatnya yang pandai mengambil hati serta menghiburkan saya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), semalam. Dr. Wan Asma memberitahu, tarikh 12 Mac yang akan menyatukan ikatan mereka sebagai suami isteri itu dipilih oleh Malek Noor sendiri sebagai simbolik kerana pada tarikh yang sama tahun lepas, Malek Noor telah menunaikan umrah dan memohon doa agar dipertemukan isteri. Dr. Wan Asma yang merupakan seorang doktor pakar kana...

Lelaki bersalin tiga kali..

Image
Bila kita mendengar lelaki mengandung dan melahirkan, mungkin kita akan kata ia adalah satu cerita yang tidak munasabah, namun, hakikatnya, seorang lelaki, Thomas, 38, bukan sahaja pernah mengandung dan melahirkan seorang anak, malah pernah melahir tiga orang anak. Lelaki ini sebenarnya dilahirkan sebagai seorang wanita namun menukar imejnya untuk menjadi lelaki ketika dia berusia 20 tahun kerana merasakan dia adalah lelaki yang terperangkap di dalam badan wanita. Bagaimanapun, dia tidak menjalani proses terakhir yang dilakukan oleh mereka yang mahu menukar jantina daripada wanita kepada lelaki iaitu histerektomi (membuang rahim) kerana mungkin mahukan anak satu hari nanti. Thomas telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Nancy . Bagaimanapun, Nancy tidak boleh mengandung kerana pernah membuang rahimnya ketika berusia 28 kerana menghidap endometriosis. Kini mereka mempunyai seorang anak perempuan iaitu Susan, 3, Austin , 2, dan Jensen, 1. Ketiga-tiga anak Tho...

Restoran The Red Warriors Station (TRWS) bakal ditutup..

Image
Restoran The Red Warriors Station (TRWS) yang menjadi kebanggaan penyokong bola sepak Kelantan berhadapan dengan kemungkinan operasinya terpaksa ditutup gara-gara gagal melunaskan hutang berjumlah RM72,000 dengan pihak pengurusan Pusat Dagangan Kelantan (KTC). Hutang tersebut merupakan bayaran bagi sewaan lot perniagaan di bangunan milik KTC Convention & Apartment Sdn Bhd bermula 1 April tahun lalu dan tempoh perjanjiannya bakal berakhir 31 Mac ini. Restoran tersebut merupakan pelaburan seorang usahawan wanita yang merupakan peminat setia Yhe Red Warriors. Menurut Ketua Pegawai Operasi KTC , Aziz Desa pihak KTC ketika ini sedang giat menagih hutang bayaran tersebut daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang dikatakan telah memeterai janjian dengan pihak KTC berhubung penyewaan lot perniagaan tersebut. “Perjanjian penyewaan lot tersebut adalah antara KTC dan Kafa dan sudah tentu saya akan mencari Kafa bukannya pemilik sebenar restoran tersebut. “Namun, sura...

Pelacur Remaja..

Image
Kelmarin ada serbuan dibuat oleh polis di kelab malam di Damansara Perdana. Dalam serbuan tu dorang dapat tangkap remaja bawah umur jadi GRO. Baru je habis SPM dah jadi GRO. Mungkin sebab nak duit banyak dengan jalan pintas. Ramai  je budak2 baru lepas SPM ni bekerja selalunya di kedai-kedai kecil atau fast food. Tapi yang depa ni canggih skit p keje jadi GRO. Memang kita tak boleh agak sebenarnya budak lepas sekolah nak jadi GRO. kalau nak baca klik sini Tapi dalam pengalaman aku, pelacur remaja ni dah lama sebenarnya wujud dalam masyarakat kita. Masa dulu time rempit-rempit ni popular pun dah ramai dah golongan2 gini. Mulanya sebagai Bohsia. Habuan dorang, abang2 motor ni bawak dorang jalan2..makan..tak pun beli la baju selai dua..Bangga tu kalau budak2 sekolah dapat tonggek belakang abang2 motor ni. tapi geng2 bohsia ni banyak kat kawasan yang pendalaman skit. Kalau kat kawasan bandar2 ni, budak2 sekolah fokus kepada abang-abang yang ada kereta. Ikut la sana-sini. Dap...

Kedai Ikan 1Malaysia

Image
Hari ni aku ditugaskan untuk buat tinjauan hari pertama pembukaan Kedai Ikan 1Malaysia yang terletak di Centrum Setiawangsa. Aku sampai lambat dalam pukul 10 pagi and orang dah kurang dah but still beratur panjang jugaklah orang. Sampai kat sana aku jumpa pemilik kedai ni Datuk Jamal. Muda lagi orangnya. Dia juga pemilik Restoran Ikan Bakar Sekinchan dan Ketua Pegawai Eksekutif IBM Automobiles Sdn Bhd. Menurut Datuk Jamal, pukul 6.30 pagi lagi orang dah serbu kedai. Pack gila sampai kul 8 pagi. 15 orang pekerja dia tak menang tangan sampai sistem yang dorang guna tergendala. Pada pemerhatian aku ari ni kelam kabut skit la maklum la baru bukak sehari. Segala kekurang tu biasa la. Lagi pun tak sangka sambutan dia macam tu kan. Aku tengok harga2 dia memang murah. Aku buat perbandingan harga kedai ni dengan harga pasaran di KL dan Selangor memang banyak beza. Sumber aku dapat dari laman web Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Bayangkan dorang peruntukkan 7,000 kg tuk jual tapi dalam m...

Bela hantu ke pompuan ni?

Image
Ni citer pasal pompuan kuat makan. Berat dia 48 kg je beb, tinggi 5 kaki 5inci tapi bila dia makan, nauzubillah...hahahahaha.. Sonya Thomas atau digelar 'The Black Widow' ni adalah juara makan. Yang best nya orang yang dikalahkan tu adalah lelaki. Terbaru dia kalahkan semua lawan dia dengan makan ayam turki seberat 2 kg dalam masa 10 minit je dalam pertandingan Wild Turkey 81 Eating World Championship, yang diadakan Times Square, New York, semalam. Dia ni memang pencipta rekod makan paling banyak. Sebelum ni dia boleh makan 183 kepak ayam dalam masa 12 minit yang memecahkan rekodnya sendiri pada September lepas. ONE BIG APPETITE: SONYA THOMAS'S EATING RECORDS Asparagus - 5.75lbs deep fried in 10 minutes Burgers - 7 3/4 pounders in 10 minutes Cheesecakes - 11lbs in 9 minutes. Chicken nuggets - 80 in 5 minutes Chicken wings - 183 in 12 minutes Crabcakes - 46 3oz cakes in 10 minutes Eggs - 65 hard boiled in 6 minutes, 40 seconds Fruitcakes - 4lb...

Kena penjara sebab dirogol?

Image
Hari ni aku baca kisah seorang gadis di Afganistan ditawarkan peluang untuk bebas dari hukuman penjara sekiranya dia mahu berkawin dengan lelaki yang merogolnya. Cam berbelit je kan kalau baca. Asal plak dia mangsa rogol, tp dia plak kena penjara. Gulnaz berusia 19 tahun ketika dia di hukum penjara 12 tahun di atas tuduhan melakukan seks sebelum berkahwin walaupun hakikatnya dia sebenarnya telag dirogol. Lelaki tersebut adalah suami kepada saudara wanitanya yang kebetulan berasa di rumahnya sewaktu ibunya keluar untuk ke hospital. Yang kesiannya dia cuma menyembunyikan kisah tersebut kerana wanita yang telah melakukan hubungan seks walaupun dia sebenarnya dirogol dipandang hina dan dianggar mencemar maruah keluarga dan negara. Dia seimpan rahsia tersebut sehingga dia menunjukkan tanda2 morning sickness. Orang bukan kesian kat dia malah hukum plak dia atas kesalahan seks sebelum kawin. Apa dah. maybe dorang tak der istilahh rogol kot kat negara dorang. Apa2 semua pompuan y...

Nurul Huda memohon Bantuan

Image
Oleh JULIA ISMAIL julia.ismail@kosmo.com.my GOMBAK - Seorang kanak-kanak, Putri Nur Natashah Mirsha Muhammad Amin, 6, yang pada mulanya hanya didakwa mengalami bengkak akibat gigitan nyamuk me ngalami nasib malang apabila matanya kini buta. Ibu kanak-kanak itu, Nurul Huda Ahmad,28, berkata, keadaan bengkak pada mata Nur Natashah pada mulanya dikesan ketika dia berusia dua tahun tiga bulan iaitu pada tahun 2008. Selepas bengkak tersebut semakin membesar, anaknya dibawa ke Hospital Selayang pada 12 Mac 2008 untuk menjalani rawatan namun, Bahagian Kecemasan di hospital tersebut memberitahu, bengkak yang berlaku berpunca daripada kesan gigitan nyamuk. “Mereka kata tiada apa yang harus dirisaukan walaupun ketika itu anak saya meronta-ronta kesakitan,” ujarnya kepada Kosmo! semalam. Bagaimanapun, pada petang hari yang sama, Nurul Huda datang semula ke Hospital Selayang membawa anaknya kesakitan tetapi dia masih dimaklumkan perkara yang sama. “Tidak puas hati dengan alasan gig...

Malindo..

Image
Hari ni aku rasa nak tulis sesuatu yang serius. AKu pernah menulis topik ini satu ketika dulu dalam salah satu siaran Kosmo. Mengenai hubungan Malaysia dan Indonesia. Tajuk article aku time tu Jangan Biar Berpanjangan. Kiranya nukilan aku mengenai perbalahan antara dua negara serumpun ini yang tak pernah ada penghujungnya. Sebelum ni memang aku tak tahu menahu pasal ni. Tapi bila aku memilih untuk menulis topik ini ekoran kejadian buluh runcing waktu itu, research telah menemukan aku banyak info termasuk kajian yang dilakukan oleh pensyarah-pensyarah tempatan. Daripada yang aku perolehi untuk bahan tulisan ku, segalanya bermula akibat kebencian Indonesia kepada Malaysia. Kemarahan Indonesia terhadap Malaysia bukanlah perkara baru. Malah, insiden-insiden seperti tunjuk perasaan dan membakar Jalur Gemilang sudahpun berlaku sejak puluhan tahun lalu. Paling terpahat dalam jiwa penduduk Malaysia adalah kempen Ganyang Malaysia yang dilancarkan oleh Presiden Sukarno pada tahun 1963 keran...

Kembar Siam Malaysia

Image
Pasti ramai yang akan tersentuh apabila mendengar kisah hidup seseorang yang dirasakan terlalu sukar bagi kita untuk lalui sebagai manusia. Namun bagi Norhisyam Mohammad, bapa kepada bayi kembar siam yang melekat dibahagian perut dan pinggang, Nur Badrishah dan Nur Bahiyah, dugaan yang diterima sentiasa dianggap sebagai satu rahmat dari tuhan. Kembar siam tersebut itu dilahirkan melalui pembedahan pada 10.15 pagi 22 September lalu di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dan mempunyai berat 4.2 kilogram, beberapa bulan lebih awal daripada tarikh jangkaan pada November tahun lalu. Bagaimanapun, bayi kembar itu sebelum ini telah selamat menjalani pembedahan membetulkan saluran najis dan pundi kencing di HKL pada 25 September lalu dan bakal menjalani pembedahan pemisahan apabila keadaan kedua-dua mereka stabil dan tumbesaran mereka normal. Bayi tersebut melekat di bahagian bawah pinggang dan berkongsing usus besar, dan pembedahan yang bakal dilakukan tidaklah terlalu b...