Pulmonary tuberculosis
Hari ni aku g jumpa doctor clinic yang buat xray bibik. Ari tu dia call je aku tak berapa faham apa yang dia explain. Hari ni dia tunjukkan aku xray tu dan terangkan ngan terperinci. Bibik ada Pulmonary tuberculosis iaitu TB atau kita lebih senang panggil batuk kering. Ini bermakna dia tak boleh buat permit keje pembantu rumah. Aku susah hati bila fikir pasal ni. Tak tau macam mana kalau dia tau yang dia kena balik dan tak boleh keje kat sini. Berdasarkan xray doktor tak leh tau sama ada dia active TB sbb yang tu dia kena buat ujian darah bagai. Dia kata walaupun suspek TB dia tetap kena hantar balik. Dorang tak benarkan dia duk kat sini. Kesian kat bibik..
Comments