Apa bakti kita pada negara?

Skang ni terasa dah bahang pilihanraya. Dah makin ramai penulis-penulis alam maya ni yang mencoretkan sesuatu mengenai politik. Ada yang mengutuk n ada yang memuji. Aku sejujurnya muak dengan orang yang terlampau2 mengutuk ni sebab kadang2 bagi aku 70 peratus yang mengutuk ni tak tahu hujung pangkal apa yang diperkatakan dan hanya mengikut kutukan-kutukan yang dilemparkan atas rasa amarah yang ditanamkan oleh sesetengah pihak.

Beberapa seketika dahulu semasa Perhimpunan Bersih yang lepas, satu klip video hangat diperkatakan iaitu klip Pakcik Sogo. Boleh google Pakcik Sogo ni mesti jumpa punya. Dalam klip tu pakcik yang kita nampak macam tak siuman boleh mengeluarkan komen2 yang sungguh tak disangka2. Menceritakan mengenai perjuangan kemerdekaan dulu.

Yang paling aku suka adalah kata2 dia yang tak mungkin dapat aku lupakan iaitu

JANGAN TANYA APA BAKTI NEGARA PADA KAU
 TAPI TANYALA APA BAKTI KAU PADA NEGARA

Kepada mereka yang mengeluarkan kata-kata nista menentang sesiapa sahaja, cuba fikir, apa yang telah kita lakukan untuk  mendatangkan perubahan berbanding mereka yang telah melakukan perubahan. Jika kita hanya menerima dan tidak memberi, lebih baik diam daripada berkata2...

Comments

Ahmad Tongkeng said…
oh my this is so true. period.
Ahmad Tongkeng said…
http://ahmadtongkeng.blogspot.com/2010/11/air-dah-tinggi-telur-kau.html

oh pardon the abrasive words..
juliaismail said…
Thnks sudi singgah di sini...
Ahmad Tongkeng said…
this place brings freedom of speech to a whole new level

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri