Susu Formula mengandungi Gula?!!
julia.ismail@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Seorang pakar pemakanan menasihatkan golongan ibu supaya tidak ragu-ragu memberi anak mereka susu formula sedia ada yang didakwa mengandungi kandungan gula berlebihan.
Dr. Barakatun Nisak Mohd. Yusof yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali.
Beliau berkata, kandungan gula tambahan dalam susu - susu formula sedia ada masih terkawal dan mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan.
"Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga membenarkan kanak-kanak mengambil 10 peratus gula daripada jumlah pemakanan mereka sehari iaitu lebih kurang tujuh sudu kecil gula,'' katanya kepada Kosmo! semalam.
Beliau diminta mengulas kebimbangan dalam kalangan ibu-ibu hari ini mengenai dakwaan yang tersebar dalam blog di Internet bahawa kira-kira 70 peratus kandungan tambahan susu formula terkenal di negara ini adalah gula.
Penemuan tersebut mencetuskan kebimbangan di kalangan ibu bapa yang kini sangsi mengenai kandungan gula tambahan itu kerana ia boleh menjejaskan kesihatan anak-anak mereka.
Beliau mengakui isu gula dalam susu formula telah menjadi fenomena yang menyebabkan ibu-ibu berasa ragu untuk meneruskan pengambilannya untuk anak-anak mereka.
" Susu adalah pemakanan yang terbaik yang lengkap untuk kanak-kanak dan bayi kerana mengandungi kalsium, protein, zat besi dan pelbagai vitamin antaranya A, B2, D dan B12.
"Untuk menyalahkan susu formula di atas masalah-masalah kegemukan, gigi rosak atau diebetes adalah tidak adil kerana jika ada tambahan gula sekali pun, ia adalah dalam jumlah yang tidak membahayakan dan masih selamat untuk diminum oleh kanak-kanak," katanya.
Kata beliau, susu yang mempunyai tambahan gula adalah susu berperisa untuk kanak-kanak berusia setahun ke atas dan gula di dalam susu bayi adalah gula semula jadi yang tidak membawa kemudaratan.
"Bagi bayi di bawah enam bulan, kami syorkan susu ibu secara eksklusif iaitu hanya susu ibu tanpa campuran pemakanan lain mahu pun air yang dimasak.
"Ini kerana kajian menunjukkan bayi yang minum susu menggunakan botol lebih cenderung mengalami obesiti berbanding bayi yang menyusu semula jadi.
"Ini kerana secara azalinya, bayi yang menyusu badan akan berhenti apabila dia kenyang berbanding penyusuan botol," ujarnya.
-------------------------
I wrote this article few months ago. Aku terfikir nak buat isu ni sebab dikejutkan dengan iklan Anmun (tanpa gula tambahan). Masa tu aku takut gila sebab kalau betul semua susu ada gula bermakna tidak baik untuk bayi and aku kena la cari produk susu tanpa gula tuk anak aku. Bila aku interview Pakar ni baru aku dapat better explanation. Kebanyakkan susu formula memang tak ada gula tambahan..Kandungan gula itu adalah gula semula jadi.. Dan yang penting TIDAK MERBAHAYAKAN BAYI KITA!!! I hope this article membantu ibu2 di luar sana untuk lebih memahami..
Comments
propa jer..