Kedai Ikan 1Malaysia

Hari ni aku ditugaskan untuk buat tinjauan hari pertama pembukaan Kedai Ikan 1Malaysia yang terletak di Centrum Setiawangsa. Aku sampai lambat dalam pukul 10 pagi and orang dah kurang dah but still beratur panjang jugaklah orang. Sampai kat sana aku jumpa pemilik kedai ni Datuk Jamal. Muda lagi orangnya. Dia juga pemilik Restoran Ikan Bakar Sekinchan dan Ketua Pegawai Eksekutif IBM Automobiles Sdn Bhd.

Menurut Datuk Jamal, pukul 6.30 pagi lagi orang dah serbu kedai. Pack gila sampai kul 8 pagi. 15 orang pekerja dia tak menang tangan sampai sistem yang dorang guna tergendala. Pada pemerhatian aku ari ni kelam kabut skit la maklum la baru bukak sehari. Segala kekurang tu biasa la. Lagi pun tak sangka sambutan dia macam tu kan.

Aku tengok harga2 dia memang murah. Aku buat perbandingan harga kedai ni dengan harga pasaran di KL dan Selangor memang banyak beza. Sumber aku dapat dari laman web Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Bayangkan dorang peruntukkan 7,000 kg tuk jual tapi dalam masa 3 jam je dah habis 4,000 kg.

INFO PERBEZAAN HARGA PER/KG

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia
KEMBUNG - RM7.00
SELAR PELATA- RM9.00
SELAYANG - RM2.00
CENCARU- RM2.80 - RM5.80
PELALING - RM6.00
KERISI - RM6.50

HARGA IKAN RUNCIT KUALA LUMPUR/SELANGOR
KEMBUNG - RM11.90
SELAR PELATA - RM12.40
SELAYANG - RM5.70
CENCARU - RM8.80
PELALING - RM9.70
KERISI - RM12.30

*Sumber laman web Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia http://www.lkim.gov.my/
 
Masa aku nak buat story ni aku google la pasal kedai ni nak maklumat tambahan aku ada jumpa beberapa blog yang tulis pasal kedai ni. Ramai yang kondem. Orang pertikai macam mana dia boleh jual murah and selama ni siapa yang kaut untung. Seolah2 mengatakan kerajaan yang rancang semua ni. Memang aku tak nafikan bahawa mungkin kewujudan kedai ni merupakan salah satu agenda kerajaan tapi sebenarnya sapa yang dapat benefit?
 
Kedai ni boleh jual murah sebab dia mempunyai keupayaan untuk mengambil ikan2 dalam jumlah yang banyak dan pukal terus dari jeti. Sebelum ni lepas nelayan tangkap ikan2 tu, ada orang tengah yang mungkin lebih dari dua pihak sebelum ikan tu sampai kepada pengguna. Bayangkan, dari nelayan, orang tengah yang beli secara pukal, kemudian dibeli pula oleh pasar2 besar atau pasar borong, kemudian peruncit beli pula dari pasar2 ni tuk jual di premis2 mereka iaitu kedai2 mamak, kedai runcit atau pasar malam. Dah  berapa tangan tu?
 
Masa kat kedai tu pun ada juga suara2 aku dengar komplen itu komplen ini. Kekadang aku tak faham kenapa orang cuba mencari kesalahan orang lain. Walhal, harga yang murah tu sebenarnya beri kebaikan jugak pada dorang sebagai pengguna cuma aku rasa dengan wujudnya kedai2 macam ni boleh pancung peniaga2 kecil2an lain.
 
Aku pelik ngan orang2 yang benefit dia nak tapi bab nak ngutuk kerajaan kaw2 dorang bagi. Aku macam nak cakap je kat lantak la kalau dorang ada agenda politik sekali pun. Yang penting kita sebagai rakyat yang dapat tempias kebaikan benda2 ni.

Ni gambar lama. Seminggu sebelum beroperasi

Comments

fatin said…
kedai ikan dah ada.. kedai pun dah ada.. pam minyak bila lak ek..

hehee
juliaismail said…
hahahha..betul gak kan...Stesen Minyak 1Malaysia!!! Sokong!!!
Ahmad Tongkeng said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland