Posts

Showing posts from May, 2010

Jadilah diri sendiri

Semalam aku menaip tajuk yang sama. Dah habis berkajang2 aku taip dengan ending..Salam..tetoba bila aku click publish..tetiba connection bband out..aduh..hilang semua yang aku tulis. Dengan bengangnya aku tutup laptop tido. So aku mulakan balik.. Kejadian beberapa hari lepas sangat terkesan kepada aku. Somthng happen in our big happy family. Aku tidak pernah menyimpan dendam tetapi apabila aku mengetahui satu perkara, sejujurny aku sangat sakit hati. Orang menilai daripada penampilan luaran untuk menjadi bahan bualan dan kritikan. Tapi selama ini aku tidak pernah amik peduli mengenai apa orang nak cakap pasal aku. Memang ada banyak buruk dari baiknya jika kita berfikiran macam tu. Tapi aku bukan jenis menyembunyi keburukan diri. Aku lebih suka orang tahu diri aku yang sebenar. Seorang teman pernah memberitahu aku. Julia bukan semua orang boleh terima cara ko dan apa yang ko cerita mengenai diri kau. Tapi wahai kawan, kerana kejujuran aku, aku lebih ramai teman daripada ko. Dari yang al

Melayu..

Bila kita sebut isu Melayu, ia sangat subjektif. Jika salah diolah ia akan menimbulkan kontroversi dan kadang kala ia menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Banyak juga orang bertelagah mengenai ulasan individu mengenai isu-isu tertentu berkaitan dengan Melayu. Aku orang Melayu. Dilahirkan dalam keluarga yang sungguh harmoni dan tidak mempunyai pandangan negatif mengenai bangsa lain. Ya..itu adalah jawapan aku jika ditanya adakah aku marah apabila orang mengutuk bangsaku sendiri. Apabila orang menghina Melayu, aku merasakan mereka seolah menghina aku dan juga keluargaku. Tapi pernahkah kita sebagai melayu melihat di manakah kelemahan kita yang mungkin ada baiknya kita perbaiki. Kadang kala melayu sendiri mengutuk dan menghina bangsanya sendiri. Tanpa kita sedar, kita sendiri telah merosakkan nama baik bangsa kita yang sepatutnya memenuhi kuota penduduk di Malaysia. Tapi, pasal kuota itu bukan lagi masalah kita di zaman ini. Mungkin silap pemerintah dulu yang mengizinkan kemasukan bang

Wartawan vs penulis blog

Aku ni dah hampir lima tahun jadi journalist. Keja aku jumpa orang, cari bahan dan menulis. Tujuannya senang, nak bagi orang ramai tahu apa yang terjadi dalam dan luar negara. Tp pasal tulis blog ni memang aku fail betul la. Macam mana orang boleh tulis blog, dengan idea yang melambak2 sedangkan aku yang cari makan dengan menulis ni susah sangat nak tulis blog. Aku ni bukan apa teringin gak makcik nak jadi cam blogger2 yang ada pengikut. Kekadang dorang tulis cerita tak penting pun tapi sebab gaya dan topik tu orang suka baca. Lagi pun korang bayangkan, makcik ni dah dok kat opis berjam2 mengadap komputer tulis somethng serius, pastu nak balik tulis blog lagi..aduh.. Tapi aku nak tulis balik la kat sini. Lagi pun aku leh lepas tension..kutuk orang ke..bukan ada orang nak singgah pung blog aku nih..hahahaha..tapi kalau yang singgah tu..korang baca je la ek. Lagi pun aku ni dah tak boleh tido pagi buta..kang dah nak subuh baru la aku nak tido. Skang ni aku dengar je laki n anak aku be

Dah lama rasanya...

Dah lama gila aku tak menulis kat blog ni. Boleh tengok last post aku masa aku preggie 3 bulan. Skang Addam dah 1 thn 1 bulan dah. Dah besar dah dia. Banyak ragam tersangat-sangat. Apa agaknya sebab aku dah tak heran kat blog ni? Maybe sebab skang dah ada FB. FB dah jadi life aku. Aku rasa semua orang setuju kot. Bayangkan..mak aku pun skang dah ada FB walaupun dia selalu mengadu line berukband dia macam siput pig!!..hahaha.. Selain tu..aku ni kan pelupa tahap pig. Aku tak ingat password aku..hahaha..tapi sebab aku nak balik menulis kat sini tu yang aku usaha gak cari password blog ni. Lagi pun aku ni kan buta IT mana la tau ngan kosek2 cari jalan macam mana nak cari balik password tu. Cerita pasal lupa..aku ni memang sangat pelupa. Tak tau macam mana nak ubat la..setakat tinggal barang tu biasa la. Aku pernah pergi sekolah tak bawak bag sekolah..hahahaha..kau ada?..Aku pernah masuk toilet aku keluar tak amik handbag..aku tinggal dalam toilet. Masa tu aku dah keje dah kat kosmo..lawak