Risau anak kurus?

Post aku yang ini adalah sambungan kepada post aku sebelum ni iaitu Anak Tak Nak Makan. Aku selalu dengar mak-mak menyatakan rasa risau bila anak2 mereka kurus dan bayi kecil daripada bayi seusia. Dorang selalu tanya "susu apa ko bagi anak ko sampai tembam macam ni". Sebenarnya tak semestinya anak tembam itu bermakna dia sihat. Jangan la kita sumbat anak kita dengan pelbagai makanan nak bagi anak gemok. Dah jadi trend kalau orang kat Malaysia kalau nampak baby tembam je akan cakap

"Comelnya baby ni..tembam sungguh. Apa ko bagi dia makan?
Aku pun nak bagi anak aku susu sama ngan anak ko la...

Tapi bila nampak budak yang berumur 3 tahun ke atas yang tembam macam ni pulak dorang cakap.

"Ni mak bapak dia la ni. Tak kawal makan anak2 dah obes.
Nanti bila besar banyak penyakit baru tau.."


Macam tu pulak cakapnya..Sebenarnya kurus atau gemuk ni tak menentukan tahap kesihatan seseorang. Tak semestinya kalau anak kita kurus dia tak sihat. Apa yang penting, kita jaga pemakanan dia supaya dia mendapat nutrien yang cukup untuk membesar. Kalau dah bagi makan dia dok kurus cam gitu je, itu cara dia membesar. Kita jangan sesekali samakan anak orang dengan anak kita.

Tapi kalau dia kurus sebab tak nak makan boleh la ikut petua2 yang aku bagi dalam post aku sebelum ini. Kalau dia tak nak makan nasi tukarkan dengan buah atau sebagainya.

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland