Tuesday, May 13, 2008

3 hari lagi...

Hanya tinggal tiga hari jer lagi sebelum aku menjadi tunangan orang. Rasa bedebar pun ada gak. Maklumlah bukan mudah untuk kita merancang sesuatu dan menjadi seperti apa yang kita impikan. Kebahagiaan bukan sesuatu yang kita boleh beli dengan wang ringgit. Tempoh aku bertunang pula sangat la singkat memandangkan aku akan melangsungkan perkahwinan pada 16 August. How do i feel? Semuanya bercampur sebab kita masih belum boleh tentukan sama ada pilihan kita itu adalah pilihan yang akan membahagiakan kehidupan kita sampai tua kelak walapun hari untuk disatukan semakin hampir. Tapi aku yakin dengan segala usaha dan keyakinan, semua orang boleh mengecap kebahagiaan.