Posts

Showing posts with the label Pendapat Aku

Kelantan negeri mundur?

Sepanjang hidup aku, baru sekali aku menjejakkan kaki ke Kelantan iaitu pada tahun 2007. Itu pun sebab ada program tourism. Jadi negeri ini memang teramat asing bagi aku. Sebelum sampai sini aku disuap dengan informasi stereotaip seperti Kelantan negeri mundur, tak ada apa2 hiburan, wajib menutup aurat, pulau orang luar dan sebagainya. Sekarang, aku dapat lihat sendiri dan merasai suasa negeri yang diperintah oleh kerajaan PAS ini. Benarkah apa yang aku dengar sebelum ini? Mungkin zaman dah semakin berubah. Kelantan sekarang bukanlah seperti Kelantan dahulu yang sering diceritakan orang ramai. Kata-kata yang memberitahu, town akan mati selepas pukul 8 tak la berapa betul sangat. Sebab masih banyak kedai2 makan terutamanya yang dibuka sehingga tengah malam. 24 jam pun ada. Cuma tak la banyak seperti di KL. Tempat untuk melepak memang limited. Tempat hiburan untuk remaja memang tak ada. Tapi kalau boling ada la. Wayang pun tak ada. Bagi aku yang sekarang ni bujang...

Pelajar IPT dipolitikkan..

Semalam aku pergi perhimpunan aman pelajar IPT depan Kementerian Pengajian Tinggi Putrajaya. Ramai jugaklah. Tujuan sebenar perhimpunan tu sebagai menunjukkan sokongan mereka pada PM. Satu lagi sebagai tanda protes kepada  tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) menurunkan  bendera tertera gambar Perdana Menteri di Pusat Dagangan  Dunia Putra (PWTC) baru-baru ni. Tujuan dorang nak hantar dua memorandum. Yang pertama bg kat  Setiausaha  Politik Menteri Pengajian Tinggi Mohammad Khairi Abdul  Malik and yang kedua dorang nak bagi kat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II ,  Datuk Saifuddin Abdullah. Kononnya Tim Menteri menyokong tindakan SSM ngan Bebas sebab dia hadir ke PWTC untuk menerima memorandum dari mereka walhal time tu dia dah beredar pun. Tak tau menahu pun puak2 tu turunkan gambar tu. Yang bestnya Tim Menteri tak ada pun kat KPT Putrajaya tu sebab ada function kat JB tapi dorang ...

Politik merubah semua...Do we have a choice?

Image
Perhimpunan Umno baru je lepas. Sejujurnya aku tak suka sangat bila time pilihan raya dah nak dekat ni. -Satunya sebab cuti kompom akan dibekukan and extra working hour needed. - Bahang and permainan politik ni buat aku muak -Terpaksa berhadapan dengan permainan politik yang pelbagai Bukan apa bila kita berada di satu posisi yang dapat melihat semua pihak dan mengetahui a bit more than others kita akan rasa its better for us to be nutral about evrythng. Orang kata mengundi tu adalah tanggungjawab kepada negara. Dulu aku selalu tertanya2 apa penting nya undi ni? Nak bagi Umno menang? Ke nak bagi BN menang? Tapi bila aku semakin dewasa aku makin faham apa makna tanggungjawab. Untuk kita tentukan who rule the country. And no doubt im a government surporter. Tapi tolong jangan kata sebab aku kerja di bawah naungan Utusan Melayu bermakna aku orang kerajaan. I get that alot. Sampai orang tak nak kawan ngan aku sebab majikan aku Utusan Melayu Berhad!.. What is that about...

Peningkatan Kadar Penceraian Tanda Wanita Semakin Celik

Baru-baru ni aku buat story pasal kadar penceraian di Malaysia. Sbnrnya aku tumpang je story member-member opis yang buat main story. Aku nye tugas tuk call Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahimm mintak dia komen pasal kadar penceraian ni. Sebelum ni dia pernah buat kenyataan mengenai setiap 15 minit terdapat satu pasangan yang becerai dan angka itu mengejutkan ramai pihak kat Malaysia ini. Ia seperti menggambarkan institusi kekeluargaan malaysia sekarang ni sering memilih penceraian sebagai jalan penyelesaian dan kurangnya nilai-nilai moral dalam keluarga mereka. Tapi memang sebagai orang yang masih muda (aku baru 28 tahun) aku banyak dengar orang bercerai. Kawin setahun dua dah bercerai. Anak baby lagi pun dah bercerai berai. Yang dah tua bangka pun bercerai. Kadang2 tertanya apa yang mereka fikir sebenarnya/Tapi kita tak boleh salahkan mereka kerana kita tidak berada dalam situasi yang mereka alami. Ramai yang menganggap masalah keruntuhan ins...

Matinya seorang pemimpin Islam..

Kebelakangan ni orang asyik bercerita mengenai Muaamar Gaddafi. Surat khabar pun masih tak putus menyiarkan gambar-gambar dan story mengenai arwah yang disifatkan sbg pemimpin kuku besi dan kejam. Blog-blog pun banyak menulis mengenai kisah2 Muamar disebalik apa yang terjadi di Libya. Kebanyakan penulis menyatakan kesedihan mereka mengenai kematian beliau yang disifatkan sebagai satu yang tidak adil bagi seorang pemimpin yang sudah begitu banyak berjasa untuk rakyatnya. Ramai yang menyalahkan campur tangan Amerika dalam apa yang terjadi. Amerika telah dengan jayanya memanipulasi istilah kekejaman yang telah dilakukan oleh Gaddafi. Walau apa sekalipun istilah kekejaman yang disogokkan oleh Amerika tak kan sebagai manusia kita tidak boleh menilai sisi baik beliau dan memberikan dia satu penghormatan. Maksudnya bukan lah penghormatan seperti mana, sekurang2nya berilah dia pengkebumian yang sewajarnya. Dia tetap seorang Islam dan apa yang terjadi kepadanya (dibunuh) bagi aku sudah memadai...

Teruk sangat ke Malaysia?

Aku sebenarnya bengang ngan isu pendatang asing ni. Ari ni kerajaan Indonesia tarik balik pembekuan maid indon yang dorang buat dari tahun 2009. Sebabnya konon Malaysia dera maid dorang n teraniaya. Memang la aku akui ada kes maid kena dera, tapi yang majikan kena dera dorang tak nak amik kisah plak. Pastu majikan yang kena tipu dorang tak nak kisah plak kan. Ni yang terbaru kerajaan Kemboja plak yang beku kemasukan maid dorang. Yang nak beku2 sangat ni kenapa? Teruk sangat ke MALAYSIA ni? Aku heran betul la. Tu yang kat Arab tu pun teruk gak kena dera. Kemboja memang beku jugak kemasukan ke Kuwait. Kalau dorang sekat kemasukan pekerja dorang ke negara asing, agak2 income dorang macam mana? Tersekat ke tak? Sebab tu jugak aku rasa kenapa indon tarik balik. Mungkin sebab dua tahun ni dorang nampak kesan kat ekonomi negara dorang yg kurang. Tp dorang sekat pun yang rugi negara dorang juga. Ye la dorang bawak masuk pekerja dalam Malaysia semua tu duit. Kita bayar agent RM6-8 ribu nak ami...

RM1.45 juta untuk reduce jenayah di kawasan mewah??!!

Hari ini aku pergi satu assigment pelancaran Program Perintis Bandar Selamat kat TTDI. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan, Datuk Seri Chor Chee Heung hadir. Tak ada apa yang istimewa sebenarnya dengan assignmnt ni sebenarnya. Cuma nak lancarkan beberapa papan tanda dan beberapa ciri2 keselamatan kat situ. Program ni bagus sebab aku rasa memang ia mampu tuk mengurangkan kejadian jenayah melalui persekitaran yang sesuai contoh dengan pemasangan CCTV, papan tanda nombor telefon balai-balai, pencahayaan dan mengurangkan kawasan-kawasan sepi yang menjadi tempat tumpuan jenayah. Cuma yang aku tak berapa nak suka n tak setuju, kerajaan keluarkan bajet 1.45 juta untuk mengurangkan kadar jenayah kat kawasan yang aku rasa sangat kurang kadar jenayahnya iaitu 62 kes samun dan 185 kes kecurian dari Januari hingga September. Kenapa tak buat kat kawasan yang jenayahnya tinggi. Memang ni pilot project tapi aku rasa RM1.45 juta itu sepatutnya dilaburkan kat kawasan2 hot spot yang kadar jenayahnya...

Hidup Melayu!!! Hidup Utusan!!

Image
Ari ni aku datang keje, terkejut aku tengok banyak org2 berkumpul kat tepi jalan. Pastu bila dah nak sampai depan pintu opis nampak polis ramai siap ngan perisai n cota. Baru aku tau yang lepas sembahyang Jumaat nak ada piket. Aku tak nafikan sedikit sebanyak aku rasa teruja gak nak tengok piket2 ni. hehehehe. Tepat dalam kul 3 kumpulan yang berkumpul tu mula berarak. Rupa2nya kumpulan yang berpiket ni merupakan ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Lebih 100 orang gak berkumpul kat depan pejabat Utusan Melayu (M) Bhd., Jalan Chan Sow Lin, Sungai Besi. Tujuan dorang adalah tuk menyerahkan memorandum sokongan terhadap akhbar Utusan Malaysia. Turut hadir kumpulan dari Pemuda Umno. Sepatutnya Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah mnguar-uarkan nak buat demonstrasi kat Utusan tapi last2 minit kata tak jadi. Katanya ada banyak lagi urusan penting. Oleh tu kedengaran la laungan Hidup Melayu! dari Perkasa dan juga Hidup Utusan! daripada Pemuda Umno. Tetiba ak...

Polis oh Polis

 Menurut wikipedia yang yang cut and paste kat blog aku ni   perkataan  Polis merujuk kepada organisasi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan keselamatan dan kestabilan masyarakat menurut undang-undang negara. Di dalam kerajaan mereka berada di dalam cabang eksekutif - iaitu pelaksana undang-undang sivil (kecuali Polis Tentera yang melaksanakan undang-undang ketenteraan ). Sebagai cabang yang sangat mustahak dalam kerajaan, perkataan polis memang sesuai sekali kerana politeia bermaksud kerajaan atau pentadbiran dalam bahasa Yunani . Di setengah negara seperti United Kingdom polis dikenali sebagai Konstable , diambil dari perkataan Inggeris constable , iaitu nama awal untuk pegawai polis. Bagi perkataan yang aku bold kan tu, adakah benar 100 peratus daripada pegawai polis di Malaysia menjalankan tugas mereka sejujurnya atau pun menjadikan tugas dan jawatan tersebut menjadi umpama mahkota untuk mereka menjadi seolah raja. Aku kat sini just nak ...

Anak anugerah tuhan....

Baru-baru ini aku mendengar pengakuan seorang teman yang baru menggugurkan anak ekoran masih tidak bersedia untuk menerima anak kedua. Anak pertama baru mencecah satu tahun dan alasannya dia melahirkan anak pertama melalui pembedahan oleh itu dia tak boleh mengandung dalam masa terdekat. Ceritanya kepada aku, dia telah membaca satu artikel dalam majalah bahawa durasi paling selamat untuk mengandung sekiranya dibedah untuk kelahiran pertama adalah dua tahun.Tapi sejujurnya, aku selalu dengar doc bagi masa setahun paling kurang untuk mengandung jika dibedah. Dan setahu aku tidak pula pernah aku dengar org meninggal kerana terlalu awal mengandung. Mak cik aku mengandung selepas 3 atau 4 bulan selepas kelahiran anak pertama yang lahir melalui pembedahan. Selamat jer..Kawan aku kat opis tu pun hidup je sampai skrg. Mungkin peratus kematian terlalu sedikit.  Bagi aku ajal maut tu kat tangan tuhan kan. Kalau tuhan kata kita nak mati tertelan kuih koci pun boleh mati. Kenapa jika tak n...

Kisah Puasa si ibu mengandung...

Image
Hari ni dah masuk hari 12 hari berpuasa. Cepat je rasa masa berlalu dan alhamdullilah setakat ni aku masih gagah berpuasa walau pregnant 4 bulan. Tuhan bagi aku kekuatan tuk berpuasa dalam jadul harian aku yang hectic dengan urusan anak, rumah, kedai dan juga keje. Kat sini aku nak cerita mengenai kisah2 ibu mengandung yang berpuasa yang ada disekeliling aku. Kandungan aku berusia 2 bulan Tidak dinafikan ibu mengandung dibolehkan untuk berbuka puasa tetapi janganlah jadikan ia alasan untuk berbuka. Jika seorang ibu memberi alasan tidak mahu berpuasa kerana gusar bayi dalam kandungannya tidak menerima zat yang secukupnya  alasan itu tidak boleh diterima. Ini kerana Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Fatimah Najla Mohd Jaafar memberitahu dalam satu artikel yang aku baca bahawa janin mendapat nutrisi daripada zat yang tersimpan di dalam lemak dan hati. Masalah biasa yang para ibu adalah gastrik, kembung dan refluxdan. Keadaan ini menyukarkan para ibu ...

Malindo..

Image
Hari ni aku rasa nak tulis sesuatu yang serius. AKu pernah menulis topik ini satu ketika dulu dalam salah satu siaran Kosmo. Mengenai hubungan Malaysia dan Indonesia. Tajuk article aku time tu Jangan Biar Berpanjangan. Kiranya nukilan aku mengenai perbalahan antara dua negara serumpun ini yang tak pernah ada penghujungnya. Sebelum ni memang aku tak tahu menahu pasal ni. Tapi bila aku memilih untuk menulis topik ini ekoran kejadian buluh runcing waktu itu, research telah menemukan aku banyak info termasuk kajian yang dilakukan oleh pensyarah-pensyarah tempatan. Daripada yang aku perolehi untuk bahan tulisan ku, segalanya bermula akibat kebencian Indonesia kepada Malaysia. Kemarahan Indonesia terhadap Malaysia bukanlah perkara baru. Malah, insiden-insiden seperti tunjuk perasaan dan membakar Jalur Gemilang sudahpun berlaku sejak puluhan tahun lalu. Paling terpahat dalam jiwa penduduk Malaysia adalah kempen Ganyang Malaysia yang dilancarkan oleh Presiden Sukarno pada tahun 1963 keran...

Bangsa Pemusnah Bangsa

Kenapa aku pilih topik ini? Sebabnya tadi masa aku memandu pulang aku teringat perbualan dengan teman-teman sekerja di meja bulat depan opis. Dah berminggu rasanya tp baru hari ni aku terasa nak coretkan sesuatu kat sini. AKu ni memang tak suka sangat topik pasa politik n aku sememangnya bukan politic writer. Tapi perbualan aku dengan mamat India yang kekadang pakai lense warna grey ni buat aku betul2 terfikir. Gurauan mamat ni kekadang menyakitkan ati pastu soalan yang dia tanya kat kita tu kekadang rasa nk lepuk je pala dia. Tapi sebenarnya dia ni terlalu banyak knowledge yang dia gain through many way. Ari tu dia buka topik tentang betapa bencinya kaum India pada Samy Velu. Dia bagi tau atuk dia memang benci sangat kat Samy Vellu. Sebabnya pada tahun 80-90an masa tu Samy memegang satu portfolio penting. Kerajaan telah beri dia berjuta ringgit yang telah diperuntukkan untuk kaum India tapi kata mamat ni, peruntukan itu tak sampai kat yang sepatutnya. Sebaliknya Sami dan konco-konco...

Melayu..

Bila kita sebut isu Melayu, ia sangat subjektif. Jika salah diolah ia akan menimbulkan kontroversi dan kadang kala ia menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Banyak juga orang bertelagah mengenai ulasan individu mengenai isu-isu tertentu berkaitan dengan Melayu. Aku orang Melayu. Dilahirkan dalam keluarga yang sungguh harmoni dan tidak mempunyai pandangan negatif mengenai bangsa lain. Ya..itu adalah jawapan aku jika ditanya adakah aku marah apabila orang mengutuk bangsaku sendiri. Apabila orang menghina Melayu, aku merasakan mereka seolah menghina aku dan juga keluargaku. Tapi pernahkah kita sebagai melayu melihat di manakah kelemahan kita yang mungkin ada baiknya kita perbaiki. Kadang kala melayu sendiri mengutuk dan menghina bangsanya sendiri. Tanpa kita sedar, kita sendiri telah merosakkan nama baik bangsa kita yang sepatutnya memenuhi kuota penduduk di Malaysia. Tapi, pasal kuota itu bukan lagi masalah kita di zaman ini. Mungkin silap pemerintah dulu yang mengizinkan kemasukan bang...