Pelacur Remaja..
Kelmarin ada serbuan dibuat oleh polis di kelab malam di Damansara Perdana. Dalam serbuan tu dorang dapat tangkap remaja bawah umur jadi GRO. Baru je habis SPM dah jadi GRO. Mungkin sebab nak duit banyak dengan jalan pintas. Ramai je budak2 baru lepas SPM ni bekerja selalunya di kedai-kedai kecil atau fast food. Tapi yang depa ni canggih skit p keje jadi GRO. Memang kita tak boleh agak sebenarnya budak lepas sekolah nak jadi GRO.
kalau nak baca klik sini
Tapi dalam pengalaman aku, pelacur remaja ni dah lama sebenarnya wujud dalam masyarakat kita. Masa dulu time rempit-rempit ni popular pun dah ramai dah golongan2 gini. Mulanya sebagai Bohsia. Habuan dorang, abang2 motor ni bawak dorang jalan2..makan..tak pun beli la baju selai dua..Bangga tu kalau budak2 sekolah dapat tonggek belakang abang2 motor ni. tapi geng2 bohsia ni banyak kat kawasan yang pendalaman skit.
Kalau kat kawasan bandar2 ni, budak2 sekolah fokus kepada abang-abang yang ada kereta. Ikut la sana-sini. Dapat la duit belanja skit lebih kurang boleh p beli kasut ke hand bag ke. Bila dah masuk universiti lain plak citer. Time gini dah pandai dah clubbing2 bagai. Time ni g dekat ngan bisnesman. Lagi masyuk. Ada setengah tu jadi pompuan simpanan..so call sugar baby la. Itu kalau yang kena simpan. Ada gak yang bila dah kenal2 bisnessman ni, dorang leh keluar satu malam, g clubbing, balik hotel, tido semalam, esok dapat la 200-300. Yang dapat 500 pun ada. Tapi golongan gini dorang tak plak panggil pelacur kan tapi konsep sama la gak sebenarnya. Semalam tido, esok dapat bayaran.
Sebenarnya budak universiti la yang paling ramai jadi "callgirl'. Nak duit senang and nak enjoy free. Benda tu dah common sangat dah. Yang ada sugar daddy tu jangan cakap la kan. Kalau jadi call girl tak perlu terikat ngan sugar mummy. Buat keje bila free. Selalunya customer berulang.
Ni ada satu kisah yang agak dekat dengan aku. Girl (A) ni tak la rapat sangat ngan aku. Hanya kawan atas kawan. Nak jadi kan cerita masa dia dan rakan2 g clubbing dorang berkenalan dengan sorang budak pompuan (B), rasanya umur dia baru 16 tahun. Budak tu memang mewah. Ada banyak duit. Boleh belanja kawan2 mabuk. Rupa2nya budak ni keje kat pusat karaoke mewah kat area Bukit Bintang. Keje dia ada basic. Karaoke tu hanya golongan vvip atau foreigner je boleh masuk. Mewah katanya. Lepas karaoke tutup dorang ada servis tambahan iaitu customer boleh bawak balik pompuan (GRO) dengan bayaran RM1,500 semalam!! ini tak tipu punya. Selalu yang datang sini orang2 middle east atau korea.
Satu hari girl A ni yang merupakan pelajar tahun akhir IPT hilang laptop. Mak dia yang bagi laptop tu so dia terdesak nak cari balik duit tuk beli laptop tu. So dia teringat dengan budak si B ni. So rekemen la dia keje kat tempat tu jadi 'ayam'. Ni kira ayam mahal la ni. Asalnya nak keje sampai cukup nak beli laptop je tapi tau je la bila dah pegang duit lupa plak.
Dekat sebulan jugak dia kat situ. Macam2 cerita dia cerita. Yang pertamanya dia berasa sedih sebab bila keje macam gitu, customer akan buat sesuka ati tambah-tambah orang asing. Dorang kurang ajar. Maklum la bayar banyak kan. Kalau dapat orang tempatan dorang baik skit. Tak de la buat dorang macam binatang. Nak buat cam mana dik non..dah kata ko jadi pelacur..gitu la caranya..kenapa ko nak sedih..
Lepas dia berenti dia balik kampung dengan laptop baru dia beli tu. Kesian sebenarnya sebab si A ni baik orang nya. Balik kampung bertudung. Skang ni dah pun keje gomen. Kawin dah pun.
Cuma kat sini aku nak la nasihat, kepada mak bapak tu kawal la anak berpada2. terlalu kawal pun nanti anak memberontak. Tapi kalau terlalu lepas sangat gitu la jadinya. Yang penting, betapa liar pun remaja itu, kalau ada didikan moral yang betul dia tau membezakan mana yang baik dan buruk.
Tp pada remaja2 tu jangan la buat benda2 gini. Sebab nanti bila korang dah tua, kisah silam korang akan menghantui korang sampai bila-bila..
Comments