Thursday, December 22, 2011

Pelajar IPT dipolitikkan..

Semalam aku pergi perhimpunan aman pelajar IPT depan Kementerian Pengajian Tinggi Putrajaya. Ramai jugaklah. Tujuan sebenar perhimpunan tu sebagai menunjukkan sokongan mereka pada PM. Satu lagi sebagai tanda protes kepada  tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) menurunkan  bendera tertera gambar Perdana Menteri di Pusat Dagangan  Dunia Putra (PWTC) baru-baru ni. Tujuan dorang nak hantar dua memorandum. Yang pertama bg kat  Setiausaha  Politik Menteri Pengajian Tinggi Mohammad Khairi Abdul  Malik and yang kedua dorang nak bagi kat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II ,  Datuk Saifuddin Abdullah. Kononnya Tim Menteri menyokong tindakan SSM ngan Bebas sebab dia hadir ke PWTC untuk menerima memorandum dari mereka walhal time tu dia dah beredar pun. Tak tau menahu pun puak2 tu turunkan gambar tu.

Yang bestnya Tim Menteri tak ada pun kat KPT Putrajaya tu sebab ada function kat JB tapi dorang dok laung2 suh Saifuddin turun.

Kat sini aku nak komen la skit, aku memang tak suka betul la bila puak2 politik ni guna kan pelajar IPT. Pembangkang hantar budak2 against kerajaan ke PWTC yang puak kerajaan pun guna student tuk provoke ke Putrajaya. Perlu ke semua ni? Tolong la jangan manipulasi budak2 ni dengan isu2 politik. Sepatutnya galakkan dorang fokus kepada pelajaran bukan politik.

Aku tengok dorang tu macam terpaksa je datang. Yang mengetuai, laung2 pakai pembesar suara tu aku tak nampak plak macam student. Konon wakil student.. Tolong la orang2 politik. Tak kisah la yang kerajaan ke yang pembangkang ke. Aku tak favour mana2. Cuma tolong prihatin jangan la rosakkan minda anak2 muda ni dengan permainan politik yang kotor tu. Dari muda dah terdedah dengan benda2 gini, berpecah belah la nanti jawabnya. Kesian adik2 kita...




No comments: