Posts

Showing posts from 2019

How to do your eye brow and lashes... hahahaha

Image
Bila ada anak perempuan..macam ni la kan..hahahahhaa. Penghibur hati. Simpan dalam youtube supaya nanti dia besar dia boleh tengok balik.

Bukit Kutu, Kuala Kubu Baru..my first hiking experience.

PENGENALAN Bukit Kutu,  kedudukannya berada dalam daerah  Hulu Selangor  iaitu di  Kuala Kubu Baru  yang terletak berhampiran Kampung Pertak,  Selangor .   Bukit Kutu  atau dahulunya dikenali sebagai  Trecher's Hill  yang terletak pada ketinggian 3456 kaki atau 1090 meter daripada aras laut. Dahulunya ketika zaman kolonial British puncak  Bukit Kutu  adalah stesen pemantauan tentera British. Namun ia terbengkalai setelah dibom oleh tentera Jepun ketika  Perang Dunia Kedua . Perjalanan atau pendakian untuk sampai ke puncak  Bukit Kutu  mengambil masa lebih kurang kira-kira empat jam perjalanan yang bermula melalui kawasan perkampungan orang Asli tidak jauh dari Empangan  Hulu Selangor .  Selain kaya dengan kepelbagaian spesies flora dan fauna, terdapat juga beberapa kesan peninggalan sejarah semasa era pemerintahan British suatu ketika dahulu yang belum diketahui umum. Perjalanan ke  Bukit Kutu  agak mudah pada permulaannya, tetapi selepas melintasi dua buah jambatan

Twincity Half Marathon 2019..My first HM!!

Image
Ok, hari ni cerita pasal my first Half Marathon (HM). Twincity Half Marathon 2019, 20 December 2019. Lama dah kejadiannya tapi now baru nak cerita..hahahaha. Sejujurnya aku ni bukan la runner pun. Tak pernah berlari pun seumur hidup apatah nak masuk long distance running ni. Tapi disebabkan kawan-kawan, aku terjebak. Aku Bukan Runner Macam aku cakap, aku bukan runner. Bukanlah seorang yang sangat lasak pun. Lasak acah-acah je. Tapi masa sekolah dulu kalau nak diikutkan, aku ni memang la sport girl yang pencapaiannya agak tinggi jugak lah. Tapi sukan aku ni sukan feeling lebih..hahaha. Aku gymnast masa sekolah rendah and dipilih utk menjadi salah seorang peserta dalam program Tunas Komanwel 1998 di bawah negeri Selangor. Kira tinggi la tu kan. Dalam sekolah aku time tu SK Methodist, aku sorang je terpilih. Training dia jangan cakap la kan sebab training dia standard national team punya training. Pernah la jugak wakil sekolah main hoki masa sekolah menengah tapi sekolah aku memanjan

Hiking Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan

Image
Hai semua. Kembali bersiaran. Write up kat sini ikut mood.. Hahaha.. hilang lama..dia muncul balik. Ok la, kali ni nak tulis pasal Gunung Datok. Lama dah g Gunung Datok ni..Awal tahun tapi la ni baru nak tulis review skit..hahahahhahaha Trip ni 19 Januari 2019 and of couse aku naik dengan geng Kosmo Hikers! la kan. Gunung Datok  ni terletak di Rembau,  Negeri Sembilan  dan mempunyai ketinggian setinggi 884  meter  (2,900.26 kaki). Bagi aku Gunung Datok ni paling best naik waktu malam sebab kita tak nampak betapa tonggeknya trek tu..hahahahha.. Pastu malam ni sejuk la sikit. Kami naik waktu pagi dalam pukul 2 pagi macam tu. Asalnya nak naik kul 12am tapi biasala bila dah naik ramai-ramai ni jadi la lewat. Estimate time dalam dua jam je sebenarnya tapi hari tu aku sampai lambat gila..entahnya maybe sebab aku tunggu laki aku sakit lutut kot..hahahaha. Nak naik malam ni yang penting kena prepare dengan head lamp. Selain head lamp ni sediakanla jugak torch light tuk extr

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland

Image
20 April. Bersama team Kosmo Hikers kami mendaki Gunung Siku. Bertolak jumaat malam dan Konvoi ke Masjid Loging. Kami berehat, bersiap dan sembahyang. Mulakan pendakian pada pukul 8.30 pg. Sejujurnya trek dia tak la terlalu sukar. Tambahan pula cuaca sejuk so kita tak la rasa penat or dehirated. Pendakian yang sungguh santai. Penuh gelak ketawa dan juga suara2 kekaguman keindahan ciptaan tuhan. Mmg sumpah cantik gila permandangan macam dalam filem lord of the ring gitu. Kami amik masa 3jam setengah nak naik sebab banyak berenti amik gambar..hahaha..masa turun semua sampai dalam masa satu setengah jam je. Kali ni kami xada masak2 beria2..kami bungkus makanan dari bawah makan kat atas. Cuma masak air panas je.  Kami sampai bawah dalam pukul 2.30pm..bersiap..makan..g pasar malam CH..pastu sebahagian kami stay di Homestay dan sebahagian lagi balik terus ke destinasi masing2. Berbaloi wei naik. Dtg jauh2 tuk permandangan yg sngt indah.

Patin Asam Pedas

Image
Ingat tak ritu beli patin banyak? Haha..punya la lama simpan dalam peti ais..tempoyak dah habis..so tanya2 la kawan2 alam maya nak masak apa lagi..so ramai bagi idea.. Patin Asam Pedas.. ok juga la kejadiannya.. Bahan2.. Ikan patin - dua/tiga keping Asam keping/asam jawa Daun kesum Serai Bendi Bahan-bahan dikisar Bawang putih Bawang merah Cili kering Cara-cara Tumis bahan-bahan yang dikisar sampai naik minyak. Masukkan serai, air asam jawa/atau asam keping. Senang cerita..masukkan je semua sekali..senang je nak masak..hahaha..pastu masuk ikan..Kalau ada bunga kantan..lagi sedap. Dh..tu je resipi.

Patin Masak Tempoyak

Image
Ini kali pertama Kak J nak masak ikan patin. Entry sebelum ni kak j tunjuk cara basuh ikan patin n packing. Now nak share resipi Patin Masak Tempoyak Cik Mael. Cik Mael ni ayah Kak J (Ismail). Dia suka makan Patin Tempoyak and dia akan masak sendiri. Selalu kalau Kak J balik Selayang, dia akan masak dua tiga ketul je tuk kami berdua sebab org lain xberapa makan ikan patin ni. Bahan2 Ikan patin 3-4 keping Cili merah,cili padi, kunyit (blender) Serai 1 atau 2 batang (ketuk) Tempoyak (3sudu. Klu nak lebih pun tak per) Asam keping Garam/gula Cara-cara Panaskan bahan yang diblender. Masukkan skali serai, tempoyak dan asam keping. Kak J letak sekejap.je asam tu pastu bila kembang angkat sebab tak nak masam sangat. Bila dah mendidih masukkan garam gula(sikit je). Kalau nak letak mak aji pun boleh. Kak J tak letak sebab cik abg xsuka. Dah rebus mengelegak..baru masuk ikan.. Tada!! Senangkan.

Ke pasar beli ikan patin.. Pasar Borong Selangor

Image
Alkisah teringin benar nak masak ikan patin. Selama ni makan patin tempoyak ayah masak je. So ari ni nampak ikan patin kat Pasar Borong Selangor. Punya la besar. Sekilo RM4 je. Ramai yang kata patin tu patin kolam and tak diyakini bersih..tapi Kak J yakin je..hahaha.. Tokey kedai xbagi beli sekerat2. Kalau nak kena beli sekor. Bapak besar sekor tu.  Tapi disebabkan teringin sangat Kak j beli jugak sekor tu..Murah je dalam RM15. Bawak balik..ya allah hazab nye nak mencuci. Kak J cuci satu persatu..darah dia macam darah manusia wei..hahaha..Letak cuka skit bagi hilang hanyir pastu packingkan dlm plastik tuk sekali masak. Bagi memudahkan kerja kita nanti. Yang dalam besen tu nak masak tempoyak. Yang lain-lain tu ada ayam and ikan keli. Pun Kak j packingkan kecik2 senang nak masak nanti

Bukit Batu Putih, Port Dickson

Image
Bukit Batu Putih, Port Dickson. Dua kali Kak J pergi satu family. 1st time pergi dengan team Kosmo. 2nd time pergi dengan kawan n siap pakej Camping satu malam kat Blue Lagoon. Bukit Batu Putih sangat sesuai tuk mereka yang nak bawak anak..tak jauh n tak susah..and view kat Hill Top dia mabeles tapi bahaya skit nak panjat hill top. Kalau hiking kat sini memang banyak port tuk tangkap gambar and ada IG value la kalau siapa2 yang jenis suka haplod gambar kat IG. Boleh pergi rumah api dulu..Selesai amik gambar..boleh lencong ke laluan tuk ke hill top..masa turun bawah..akan sampai ke tepi pantai dahulu. View dia..ya allah..memang cantik dan sesuai nak amik gambar. Ramai juga tanya macam mana la kami bawak anak-anak naik bukit. Ye la yang sulung si Addam tahun ni 10 thn, Rizqy 8 thn n Camelia 3 thn. They start hiking last year. Tapi kami bawak depa hiking bukit yang rendah2 je la..xlebih 300meter ketinggian..kalau lebih..takut rabak kaki bapaknya..hahaha..sebab nak kena kendong si

Cheese Tart Derhaka...hahahaha

Image
Seperti biasa Kak J suka sangat nak mereka-reka buat kuih, kek and pastri. Buat tuk makan sendiri je tak ada la niat nak menjual-jual ke apa.. Zaman sekarang ni..bila nak masak je terus bukak telefon google sana sini cari resipi. Zaman mak-mak kita dulu kumpul la resipi-resipi majalah or akhbar pastu tampal dalam buku nota. Kali ni Kak J buat Cheese Tart hasil Gugel ke page masam manis. Banyak resipi ada dalam blog ni. Boleh klik  Blog Masam Manis  .  Terima kasih empunya blog..mintak halal ye resipinya. Semoga anda dimurahkan rezekidi masa hadapan. Alkisahnya..Kak J ni suka derhaka kat resipi..hahahaha.. resipi dh kata gitu..aku main campak2 bahannya. Resipi kata kuning telur..ku campur sebiji telur sebab sayang..hahaha..gula main bubuh sesuka hati. Resipi kata pukul dulu butter n gula..aku campur sekali telur gaul pakai tangan..cerdikkan..hahaha..hasilnya..keras kedekung aku nye tart shell..xpe..next time aku buat lagi...huhuhu Ok ni Kak J tampal resipi asal dari blog Masam

Hiking Bukit Wawasan, Puchong

Image
Sepanjang tahun 2018.. Kak J semakin aktif dengan running event..obstacle run n hiking. Hiking ni aktiviti yang boleh lose weight dengan berkesan. Kak J ni selalu rasa bosan bila jogging ni..ye la..lari je kan so bila mula kenal dunia hiking ni..rasa seronok plak..tambahan pula husband pun suka n boleh bawak anak-anak. Ada dua laluan boleh naik sama ada laluan seperti dalam gambar atau laluan berdekatan gerai air kelapa. Ok hari ni Kak J nak share pasal Bukit Wawasan di Puchong. Bukit ni tak la tinggi sangat cuma 233 meter je tapi sebab belakang rumah je and about 7 minute drive je..ni la bukit yang kak J selalu naik bawak anak-anak sebab ada air terjun boleh mandi..tapi now laluan ke air terjun dh di tutup. Kalau tak..ini la laluan ke air terjun..now dah ada papan tanda dh Ni la air terjun dia..cantik sangat..tapi mebi ramai sangat p buat kotor gamaknya dia tutup terus xleh mandi dah Boleh waze saja Bukit Wawasan nanti akan sampai di kaki bukit ni. Ada dua la

Pai Daging. Maaf buruk rupa parasnya..hahaha

Image
Bila dh tak kerja ni mcm2 benda nak buat kat rumah ni..benda paling best adalah masak..hahaha..macam2 benda aku reka nak buat.. alkisah..teringin nak makan pai daging..butter tak ada..so improvise la adunan guna minyak..main hantam je.. jadi jugak la adunan dia tu.. Aku guna satu setengah cup tepung..minyak aku main tuang je ikut suka ati..hahaha..rasanya lebuh 5 sudu minyak..pastu buh garam skit..campur air..masuk sikit sampai boleh uli..tada!!! Jadi la.. Inti tu pun suka-suka je aku tumis bawang putih,bawang merah n halia..buh daging cincang..rempah kari n garam..dah..simple.. Nanti kita up resipi2 lain yang kita cuba..semua tahap amatur and easy to make..kita ceduk je resipi kat internet..terima kasih n doakan dimurahkan rezeki la pada siapa2 yang share resipi tu ye...