Posts

Showing posts with the label Tips

Cairkan Maskara yang dah beku

Kita selalu hadapi masalah maskara beku n keras..dah tak boleh guna..betul tak? kadang2 maskara tu banyak lagi tapi sebab dah beku dah tak boleh guna..rugi la kan..tambah-tambah kalau maskara mahal kan.. Tips dia senang saja..gunakan solution yang kita pakai untuk cuci contact lense ..campur kan dalam 4-5 titik..jangan banyak sangat nanti cair plak..cuba letak dua titik dulu tengok macam mana..eyeliner keras pun boleh guna cara ni.. ok..selamat mencuba

Petua menjaga Ketiak..

Bila baca tajuk tu mesti ramai yang nak tergelak kan..aku pun rasa nak tergelak sebenarnya tapi ilmu ini berguna untuk semua wanita yang mengalami masalah perubahan warna ketiak dan juga masalah ketika mahu mencabut bulu ketiak. Caranya sangat mudah. Aku dapat daripada kawan aku beberapa bulan yang lepas tetapi aku tak masukkan dalam entri blog ini sebab seperti biasa aku perlu mencuba dahulu., Kalau berkesan baru aku kongsikan kepada rakan-rakan pembaca. Anda hanya perlukan kapur..Kapur yang digunakan untuk memasak. Caranya..sapukan kapur tersebut dibahagian ketiak anda. Biarkan sehingga kering..bila kering..anda boleh mencabut bulu ketiak anda dengan hanya menggunakan tangan tanpa perlu pengepit. Gunakan cara ini setiap kali ingin mencabut bulu ketiak atau pun tiga kali seminggu. Dalam masa sebulan anda akan mendapati bulu ketiak anda tidak tumbuh seperti selalunya selain bahagian kulit akan mencari semakin cerah..Lama kelamaan, bahagian tersebut akan menjadi bersih dan tidak ...

Jangan Merungut Pada Dunia.. Tips atasi masalah diri/perhubungan

Perkara biasa yang sering menjadi lumrah dunia bagi orang sekeling adalah merungut bila kita ditimpa masalah. Bukan tak boleh merungut..tapi berpada-pada la kan. Masalah dalam kehidupan memang sentiasa adalah yang kita sebagai manusia perlu bijak untuk menguruskan masalah kita supaya tidak menjadi lebih berat. Tuhan menurunkan dugaan untuk menjadikan kita  matang dan ingat kesilapan diri. Aku percaya pada karma. Walaupun ia kepercayaan Hindu, bagi aku, dalam Islam juga kita percaya bahawa kadangkala tuhan menurunkan sedikit musibah sebagai balasan terhadap dosa-dosa kecil. 1. Muhasabah diri Muhasabah diri sangat penting setiap kali kita ditimpa masalah dan dugaan. Lihat di mana silap kita sehingga diturunkan musibah dan dengan cara itu kita lebih tenang untuk menghadapi cabaran tersebut. 2. Jangan Salahkan Orang lain Perkara yang paling harus dielakkan adalah menyalahkan orang lain setiap kali masalah timbul. Cari kesilapan diri terutama dalam perhubungan antara manusia...