Monday, November 28, 2011

Mom, Wife, Worker, Bos - not an easy task..

Seperti tajuk di atas, (macam surat rasmi plak) aku rasa tugas sebagai ibu, isteri, bos dan pekerja dalam satu masa bukan tugas yang mudah. Im struggling every single day.. Serius ni bukan main2.. Dulu aku tengok orang je skang aku rasa sendiri. Bukan aku merungut cuma mahu berkongsi my hectic life every day.

Skang aku dah ada dua anak. Nak menguruskan dua anak, si bapak, rumah dan tugas sebagai wartawan..plus kedai dobi aku lagi...fuh...pening wei..But now aku kurang sikit sebab husband aku dah berenti keje and uruskan kedai fulltime. So aku dah tak payah dah nak pergi kedai every singgle morning or rush back from work with 2kids ke kedai tuk tengok progress kedai.

Dulu itu la rutin aku. Sampai aku amik keputusan tinggal kat kedai aku. Hampir setahun rumah aku terbiar je. Aku balik amik barang je. Memang ramai orang suh aku sewakan tp sayang la. Rumah kita kan, dengan barang2 yang berlambak tu nak campak mana kan. Pagi2 aku akan bangun tukarkan pamper anak2. Pastu siapkan barang2 dorang plus makanan si baby. Bukak kedai dulu pastu baru g umah mak aku kat selayang hantar anak2.

Skang ni semenjak husband aku uruskan kedai kami dah balik duk umah. Rutin aku adalah pagi siapkan barang2 anak2. Bubur tu bekalan Rizqy. Mandikan dorang. Kekadang kalau dorang tak bangun aku tukar pampers je pastu terus gerak. Cuba bayangkan macam mana aku nak bawak anak2 aku turun ke bawah kan. Kat situ la aku mengiktiraf diri aku super mom..hahahaha..aku akan letak Rizqy dalam sling gantung kat bahu. Addam aku kejut suh bangun sendiri. Barang2 lain aku sangkutkan je kat leher ke kat bahu ke. Merendeh semua barang aku bawak turun. Umah aku tingkat dua tapi sebabkan ada satu extra tangga ke parking ibarat tkt 3 la.

Berpeluh2 den setiap kali bawak turun dorang. Sib baik skang ni umah mama dah ada bibik so dia la yang uruskan baby. Tapi bab makan aku pastikan aku yang masak la. Lepas aku hantar dorang ke Selayang dari umah aku Damansara Damai aku g la keje ke mana yang telah aku di assgn kan.

Bila habis keje normaly lepas kul 8, kul 12 malam pun pernah...aku akan ke Selayang dulu pastu bagi qhabat balik tangga2 yang tinggi tu. Seperti biasa si abang kena jalan sendiri. Kalau dah tertido baru panggil bapaknya tolong angkat. Dah sampai umah masak plak tuk si bapak nak makan. (sibuk macam mana pun aku tetap pastikan aku masak) Pastu kemas la umah skit lebih kurang. Selalunya aku akan tido lepas kul 12 mlm!! esok pagi rutin aku bermula seawal jam 5 pagi sebab baby nak minum susu.

 Ha..bukan senang nak jadi aku..hahahaha..tu sebab lately ni aku selalu p opis tak mekap sebab lupa..pastu sampai opis meraban cari kengkawan pinjam mekap...

Penat wei!!!!

Kami bertiga - Gambar ni masa Rizqy baru lepas pantang

2 comments:

Fatin Mraz said...

hectic sungguh rutin harian julia ya?

..itulah sifatnya seorang ibu..sungguh sibuk.. mm..

bab mekap tu.. rasanya xmekap pun oke kot.. heee...x pun bawak mekap - mekap on the go!

;)

juliaismail said...

Memang cam tu pun..selalu letak bag mekap dalam handbag tp kekadang bag tu hilang tah kemana..hahaha