Saturday, December 29, 2012

Sekitar banjir di Kelantan 2

Berkumpul di Balai Bomba Rantau Panjang

Bersiap sedia mengharung banjir

Naik bot untuk kali kedua

Seronok aku 1st time tengok banjir n main air banjir

Itu fotografer Utusan..Rosni Masri

Jalan Rantau Panjang dah jadi taman tema

Budak2 lah yang paling seronok bila tiba musim banjir

Pemandangan ini hanya mungkin boleh didapati di Kelantan

Thursday, December 27, 2012

Sekitar banjir di Kelantan....



Tahun ini aku mendapat pengalaman yang paling beharga dalam hidup aku dan sepanjang hampir 8 tahun aku memegang jawatan sebagai wartawan. Walaupun sangat penat..tapi pengamalan untuk bersama-sama melihat bencana alam yang melanda Kelantan merupakan sesuatu yang sangat menyeronokkan. Dan aku tahu tidak semua berpeluang merasai apa yang aku lalui dua tiga hari ini. Aku sertakan gambar-gambar sepanjang aku membuat liputan banjir di sekitar Rantau Panjang..






Esok aku masukkan selebihnya gambar..tak sempat plak nak download ari ni..Tiga gambar ni diambil sewaktu pasukan bomba membawa para wartawan untuk memasuki kampung yang terputus hubungan dengan dunia luar dan terpaksa membina sendiri pusat penginapan sendiri. Ini adalah pengalaman yang aku rasa sangat berharga..walaupun ditimpa bencana tapi aku rasa penduduk kampung sangat enjoy dengan keadaan ini..lihat saja budak2 yang seronok sangat bermain air banjir..


Saturday, December 22, 2012

Musim hujan = Banjir is coming!!!

Dah seminggu rasanya hujan tak berhenti walau seminit pun di bumi Kelantan..tak merasa aku mendongak kelangit sepanjang minggu ini dan memijak bumi yang kering..

Jik akeadaan ini berterusan dengan kadar hujan yang lebih lebat..makanya..bumi Kelantan akan Banjir!!! Weho!!! tak sabar rasanya sebab aku tak pernah tengok banjir..tahun ini tahun pertama aku bertugas di Kelantan so aku akan dapat merasai membuat liputan di kawasan2 banjir..mesti seronokkan...

So kena bersedia dengan selipar getah, baju hujan dan juga payung!!

Friday, December 14, 2012

Bantu rakyat kita dahulu...

Kebelakangan ni ramai yang terkesan dengan apa yang berlaku di Gaza dan berpusu-pusu individu dan organisasi untuk menghulurkan bantuan. Aku suka lihat semangat mereka untuk membantu rakyat dunia dan bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka. Aku jugak kadang kala hampir menitiskan air mata bila melihat gambar-gambar yang memperlihatkan penderitaan mereka terutama yang melibatkan kanak-kanak dan juga wanita. Tak dinafikan sekarang ni banyak misi kemanusian yang dihantar ke sana bukan sahaja dari Malaysia tetapi dari negara seluruh dunia.

Bukan di sini aku nk mencela usaha mereka cuma aku rasa terlalu banyak misi kemanusian yang dihantar ke luar yang melibatkan negara-negara krisis dan juga negara yang ditimpa bencana. Aku rasa mungkin 50 peratus daripada mereka/organisasi tersebut mahukan publisiti sebab setiap kali misi dijalankan pasti mereka bawa wartawan dan mahu disiarkan dalam akhbar atau televisyen. Buat press conference, bergambar sana-bergambar sini, kemudian menitiskan air mata...Aku seumpama sudah tidak mengerti tujuan utama mereka menghantar misi tersebut..sama ada untuk nama atau atas dasar keperimanusiaan dan ingin membantu.

Beberapa minggu lepas aku ada terbaca satu artikel dari sisipan Mega di Utusan mengenai lambakan misi bantuan kemanusian dari NGO2 negara ini. Termasuk yang dihantar ke Kemboja, Palestin, Somalia, Indonesia, Gaza, dan banyak lagi. Mulia sebenarnya niat mereka tu tapi jika terlalu banyak ia dilihat seperti satu trend di mana siapa yang dapat menghantar misi tersebut, mendapat satu 'nama' yang memperkukuhkan organisasi mereka dengan kerja2 CSR.

Sudah hampir genap setahun aku bekerja sebagai Wartawan Kosmo di Kelantan. Banyak juga yang telah aku belajar dan lihat di sini. Kelantan mengajar aku erti sebenar kehidupan dan makna berdikari yang sebenar. Orang kata Kelantan negeri yang miskin, dan rakyat Kelantan menafikannya sekeras2 dengan menyatakan ramai orang kaya di Kelantan. Ya..tak dinafikan ramai golongan yang kaya dan berjaya berasal dari negeri ini tetapi nisbahnya tidak setara dengan bilangan kemiskinan.

Aku hendak kongsikan pengalaman aku yang aku lihat sendiri di sini. Aku adalah budak bandar yang hanya mengenal erti debu asap kenderaan dan juga dinding konkrit. Pada awal perkhidmatan aku di sini aku di bawa masuk ke dalam kawasan perkampungan di Tumpat yang merupakan antara daerah yang paling ramai keluarga miskin tegar. Hampir menitis air mata aku apabila dibawa ke sebuah rumah yang didiami oleh dua keluarga yang rupanya hampir roboh. Lantainya berlubang dan boleh menampakkan tanah di bawahnya. Untuk menutup lubang2 tersebut mereka meletakkan tikar getar. Mereka masih menggunakan kayu api untuk memasak. Dapur gas ada tapi hanya digunakan sekali sekala. Nak basuh pinggan kena mencangkung di bahagian luar di atas konkrit yang berlumut. Bilik mandi pula hanya dibentengi playwood yang berlubang serta kepingan zink nipis. Dalam rumah itu ada sepasang suami isteri yang baru berkawin. Ekoran tak ada bilik..ruang tidur mereka hanya dipisahkan dengan kain yang digantung seperti kelambu. Bayangkan macam mana kehidupan mereka.

Aku akui.. walaupun aku bukanlah dari keluarga yang kaya raya, tapi kehidupan kanak-kanak dan remaja aku jauh berbeza dari mereka. Kalau la aku dikurniakan tuhan kelebihan wang ringgit, mahu kiranya aku lakukan sesuatu untuk memperbaiki kehidupkan kanak-kanak miskin terutamanya supaya mereka walaupun sedikit boleh merasa keriangan yang pernah aku rasai sebelum ini. Sumpah aku katakan disini, sebelum ini aku hanya menganggap kemiskinan tegar yang aku saksikan di Tumpat itu adalah kisah terpencil..tetapi rupanya ia adalah kisah yang telah menjadi kebiasaan di kalangan penduduk kelantan. Celik sahaja mata aku..aku sudah naik kereta..bilik air lengkap segala siap ngan heater (sampai skang aku tak biasa mandi air sejuk), makanan sampai tak larat makan, pakaian yang cantik, TV, Komputer, Computer game..tp bayangkan kanak2 tersebut..walaupun mereka nampak gembira, adakah peluang terbuka luas untuk mereka mengubah nasib?
Cerita di atas adalah rumah pertama yang aku lawati. Pada hari itu aku pergi tiga buah rumah yang senasib. Itu baru tiga buah..bayangkan kalau tawaf sekampung mahu berhari2 pun tak habis. Seperti kisah yang kita lihat di dalam rancangan Bersamamu TV3 tu, satu keluarga setiap minggu, tapi aku jumpa kisah seperti itu setiap hari. Ramai sebenarnya miskin tegar di Kelantan yang tidak mampu untuk makan nasi berlaukkan ayam walaupun sebulan sekali. Bukan perkara ini tersembunyi atau perlu mencari bersungguh-sungguh untuk menemui keluarga miskin, naik kereta setengah jam dah boleh jumpa 3-4 keluarga. Kemiskinan di hadapan mata.

Aku percaya..perkara ini bukan hanya ada di Kelantan. Perkara ini juga berlaku di negeri-negeri seperti Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis. Kenapa kita buat tak nampak? Bukan niat aku nak kata negeri ini miskin cuma aku nak cerita tersentuhnya hati aku bila melihat beberapa pekerja rakan aku yang membuka kedai makan terlalu teruja bila kata aku nak belanja KFC..Sebulan sekali pun belum tentu mereka nak pergi makan KFC sebab sayang duit..Kat KL pun ada juga tapi tak la seramai di sini. Dengan labour pay murah kat sini. Gaji kerani RM450?!! nak makan apa.. rata-rata gaji kerani paling tinggi adalah RM600-RM700 tapi amat jarang untuk ditemui. Standard RM450. Keje kedai makan RM500. Belum kira kerja kampung..RM300 pun belum tentu sampai. Dan kebanyakan anak muda kelantan hanya mampu bekerja di kedai makan, stesen minyak, kedai-kedai kerana tidak mempunyai pelajaran tinggi. Mereka yang well educated dah migrate ke bandar besar seperti KL.

Do something about this please before trying to save others..ini anak bangsa kita. Apa kata duit yang kita ada nak naik kapal terbang tu kita bantu keluarkan mereka dari kemiskinan tegar. Hadkan misi bantuan keluar dan hantarlah sebahagian bantuan itu untuk rakyat miskin di Malaysia. Datangla ke negeri-negeri seperti ini dan bina sesuatu yang boleh menjana pendapatan kepada mereka. Tawaran pekerjaan di Kelantan sangat sikit dan gaji sangat murah. Mereka yang tinggal di bandar seperti Kuala Lumpur malah mereka yang merupakan anak Jati kelantan juga mungkin sudah lupa dan tidak  menyedari kewujudan miskin tegar ini.

Teringin aku nak bawak artis-artis dan golongan korporat tu berjalan pusing kelantan dalam One Day Poverty Tour..Hmm..menarikkan kalau kita buat trip macam tu..buat kat negeri lain juga. Pastu x ada alasan untuk dorang kata dorang tak tahu pasal kemiskinan dan kesusahan bangsa sendiri..Mereka juga layak untuk mendapat perhatian seperti penduduk Gaza terima. Cuma mereka bukan cedera dibedil peluru, mereka menjadi mangsa kemiskinan duniawi.

Mungkin ramai yang berada atau berjaya dengan usaha mereka akan mengatakan, kalau dah susah pergila kerja.usaha la sendiri, aku pun bukan senang sekelip mata, kena usaha keras juga. Ya..betul aku tak nafikan tapi kena ingat, kadang-kadang kita berjaya senang sebab dikurniakan peluang untuk melangkah. Tak semua dapat peluang macam tu. Mungkin mereka mewarisi kemiskinan ibu bapa dan tidak mampu menyambung pelajaran. Rata-rata yang aku jumpa, semuanya bekerja, dari cari botol, kertas, kotak, ada yang jual buah..ada yang bawak beca..tapi berapa sangat mereka dapat dari usaha mereka dan penat lelah itu. Jadi renungkan la..

Saturday, December 1, 2012

Jangan Merungut Pada Dunia.. Tips atasi masalah diri/perhubungan

Perkara biasa yang sering menjadi lumrah dunia bagi orang sekeling adalah merungut bila kita ditimpa masalah. Bukan tak boleh merungut..tapi berpada-pada la kan. Masalah dalam kehidupan memang sentiasa adalah yang kita sebagai manusia perlu bijak untuk menguruskan masalah kita supaya tidak menjadi lebih berat. Tuhan menurunkan dugaan untuk menjadikan kita  matang dan ingat kesilapan diri. Aku percaya pada karma. Walaupun ia kepercayaan Hindu, bagi aku, dalam Islam juga kita percaya bahawa kadangkala tuhan menurunkan sedikit musibah sebagai balasan terhadap dosa-dosa kecil.

1. Muhasabah diri
Muhasabah diri sangat penting setiap kali kita ditimpa masalah dan dugaan. Lihat di mana silap kita sehingga diturunkan musibah dan dengan cara itu kita lebih tenang untuk menghadapi cabaran tersebut.

2. Jangan Salahkan Orang lain
Perkara yang paling harus dielakkan adalah menyalahkan orang lain setiap kali masalah timbul. Cari kesilapan diri terutama dalam perhubungan antara manusia mahupun hubungan suami isteri. Jika kita berganduh sesama pasangan, elakkan mancari salah pasangan kerana ia akan mengeruhkan keadaan. Lihat diri kita, adakah kita sudah menjadi yang terbaik untuk si dia. Jangan asyik kata, dia tak bagus untuk kita.

3. Lihat masalah secara positif
Sebagai contoh, sekirannya kita tersepak batu dan kaki kita sakit, selain daripada mengerang, tak kan kita nak salahkan batu itu sedangkan kita yang menyepaknya. Daripada memarahi sekeliling, lebih baik kita ucapkan syukur kerana tuhan hanya bagi kita sakit dihujung jari dan mungkin berdarah sedikit sedangkan ada yang lain, diturunkan dugaan sehingga hilang sebelah kaki. Maknanya, bila kita memikirkan masalah orang lain lebih berat dari kita, kita akan lebih bersemangat untuk mengharungi kehidupan dengan pelbagai dugaan. Bila datangnya dugaan, ucapkan alhamdullilah.

4. Jangan samakan masalah kita dengan orang lain
Kita juga jangan menyamakan masalah individu lain dengan diri kita. Sebagai contoh, aku ada rakan yang bergaduh bersama suaminya dan meminta nasihat daripada seorang lagi rakan yang baru sahaja bercerai ekoran suami yang kaki perempuan. Dia meletakkan masalah dirinya menyamai individu kedua ini yang aku rasa masalah mereka jauh panggang daripada api. Bila kita meletakkan masalah diri kita terlalu berat, maka semakin sukar kita mencari jalan penyelesaian.

5. Jadi pendengar yang baik
Kita cuba mendengar masalah orang lain. Dengan cara ini kita boleh lebih memahami masalah duniawi dan menjadi lebih matang untuk menghadapi segala kemungkinan.

6. Jangan lepas tangan.
Bila kita ada masalah..kita perlu cuba selesaikan masalah dan jangan mengambil konklusi terlalu awal. Jika masalah berhubungan perhubungan suami isteri, jangan terlalu awal untuk mengambil keputusan untuk bercerai..cari jalan penyelesaian. Jangan putus asa kerana pasangan kita adalah milik dan hak kita. Namun jika penceraian adalah jalan yang terbaik, kita harus redha.

7. Belajar untuk memaafkan.
Kita perlu belajar memaafkan individu lain terutama pasangan kita. Kita perlu ingat semua pasangan menghadapi masalah yang sama cuma membezakan bagaimana kita menghadapinya. Jika kita rasa pasangan kita tidak sesuai atau tidak cukup bagus, perlu ingat bahawa kita dipasangkan oleh tuhan ada sebabnya.. Mungkin kita hanya layak untuk dapat pasangan yang begitu. Oleh itu, berbalik kepada tip 1 iaitu Muhasabah Diri.

8. Perbaiki diri.
Bila kita sudah meneliti sedalamnya mengenai diri sendiri dan menjumpai kekurangan diri yang mungkin menjadi penyebab kepada masalah anda, cuba perbaiki diri. Sebagai contoh, sekiranya anda menjadi punca kepada pergaduhan suami isteri kerana anda seorang yang suka menurungut, memaki atau mencari masalah, cuba kurangkan dan ikut kehendak pasangan kita. Sekiranya pasangan kita menyukai suami/isteri yang suka berhias, tidak salah untuk kita mengubah cara dan diri demi menambat kembali hati pasangan.

9. Dekatkan diri dengan tuhan
Tiada cara yang terbaik untuk mencari ketenangan melainkan mendekatkan diri dengan tuhan. Berdoa untuk kesejahteraan adalah digalakkan. Doa disertakan usaha..insyaallah.

10. Buka minda
Yang terakhir..bukalah minda dan cuba mendengar nasihat daripada mereka yang terdekat. Kekadang nasihat rakan-rakan sangat lah berguna. Namun, harus berhati-hati, kerana nasihat rakan2 juga kita akan mencedurng melakukan kesilapan terbesar dalam hidup kita.

Tuesday, November 27, 2012

Alpha Lipid SD II




Sebelum ni aku pernah tulis mengenai product herbalife dan sejauh mana keberkesanannya dalam membantu penggunanya dalam menurunkan berat badan. Hari ni aku nak cerita pula pasal satu lagi product iaitu Alpha Lipid SD II. Ramai sebenarnya yang taksub dengan product ini sekarang dan ramai yang membelinya terutama mereka yang berbadan besar. Product ini sama rumusannya dengan entri aku mengenai Herbalife sebelum ini. Cuma aku terpanggil untuk menyiarkan salah satu komen pembaca dalam sebuah blog yang membincangkan mengenai keberkesanan product Alpha Lipid SD II.


Wasted says:


Hi friend’s ,

Just came across your blog discussing abt this SD2 Product . Okie let me share something with you all today , Please to those ppl who wants to buy this product don’t ever get cheated ! i’ve been using this product for the past 1 month and i have control my self to a extend of a strict diet , Nothing much happen , i lost 12KG

you guys must be wondering how come im condemning a product that made me loose 12 KG , its actually not the product that helped me to archive my desirable weight, it’s actually simple . This product emphasized not to consume any product that contains carbo , without having carbo in your daily food routine you will sure loose weight drastically.

i bought the supplement for a month , but i stop consuming the product after 2 weeks and began to follow my normal diet routine without carbo and it worked . It’s actually a physiological theory of marketing , ppl will avoid all the substances that were advise by the manufacture and when they loose weight they will gain more trust on the product and eventually spend more money .They are just manipulating people over healthy diet and levels of their marketing skill to convoy the trust to ppl .

if you digest the whole concept , actually u can loose how much of weight with a healthy set of diet table and avoid eating food that contains fats or heavy carbohydrate .

Just to share , No intended of product discrimination
Peace !

Seperti yang aku beritahu sebelum2 ini, product2 seperti ini menjadikan amalan diet tanpa carbo dan gula yang sememangnya akan memberi kesan penurunan yang mendadak dalam salah satu pantang larang dalam menggunakan product tersebut. Seperti yang diperkatakan individu di atas, jika dia mengikut amalan diet yang disyorkan oleh jurujual tersebut, dia masih berjaya menurunkan berat badan dengan sendirinya tanpa perlu mengeluarkan ratusan ringgit..jadi..fikir2kanlah.

Monday, November 26, 2012

Demam Durian Crepe..



Skang ni merata-rata orang tayang gambar durian crepe..macam-macam warna. Aku punya la teringin nak makan..nak cari kat Kb tak tau siapa yang jual. Kebetulan satu hari tu kawan aku belikan sepaket untuk aku rasa..dapat la makan tiga ketul..ya allah aku rasa..sedap sungguh benda alah tu..Nak makan banyak2 susah nak beli pastu agak pricey la jugakkan. Ada yang jual satu set RM10, ada RM12..RM14 pun ada..

So untuk memenuhi tekak aku yang gila durian ni..aku mengeluarkan skill masak aku..hahahahaha..macam la terer sangat kan..sib baik aku ada mixer yang aku dapat masa kawin dulu. Aku pun cuba la buat..1st attemp memang menjadi cuma kilit dia huduh ski..kali kedua aku buat..aku bawak la opis bagi kengkawan rasa..Pastu si Timin member opis aku mntak aku buat sebab bini dia teringin nak makan..aku pun buat..pastu secara tak langsung sekarang ramai plak order..

Setakat ni aku dah jual 16 set dah durian crepe..menjadi usahawan crepe secara tak sengaja..hahahaha..so tu sebab skang ni aku busy skit..update blog pun jarang2..tapi dun wory..aku asih banyak tips n petua yang belum aku kongsikan..

Walaupun dah banyak resipi durian crepe ni dalam blog2 masakan..saja je aku nak kongsikan juga resipi yang aku adjust mengikut sedap aku je...hahahaha..resipi aku ni paling mudah n tak membebankan.tak yah nak pakai penimbang atau penyukar..cuma kena ada mixer je.


BAHAN2
2 cawan tepung gandum
2 biji telur (kalau telur kecik tambahkan sebiji lagi)
Sekotak santan (200 ml)
Secawan setengah air (ikut kepekatan yang anda mau..kalau pekat sangat tambah skit lagi air)
Setengah sudu kecil garam
1 Sudu Kecil gula
Pewarna

FILLING
Non Dairy Whipping Cream (pukul hingga kembang)
Isi durian (sebiji durian D24 cukup untuk satu batch adunan kulit)

Cara-cara
-Campurkan semua adunan untuk kulit dan blender untuk adunan lebih halus dan tak berketul. Campurkan pewarna mengikut suka nak warna apa.
-Ratakan di atas non stick pan, guna api perlahan. Bila lihat kulit dah boleh ditanggalkan terus angkat. Tak perlu terbalik kan.
-Tunggu hingga sejuk kemudian masukkan krim dan kemudian letakkan isi durian. Balut macam nasi lemak.


Saturday, November 17, 2012

Petua rawat masalah Vagina (tangas ringkas)

Masalah kegatalan vagina dan akibat keputihan menjadi masalah biasa wanita yang sudah bersalin. Ada juga yang mengalami masalah ini di usia muda, tetapi menjadi lebih teruk ketika lepas berkahwin. Ramai antara kawan-kawan aku yang mengalami masalah yang sama dan telah menggunakan pelbagai jenis cara dan membeli pencuci keintimin yang mahal-mahal harganya. Sama juga lah dengan aku.



Cara mencuci vagina dengan air rebusan sireh memang telah diturunkan oleh nenek moyang kita dan menjadi amalam tradisional..cuma aku improvise sikit jadi dan menjadikan tangas ringkas. Kalau tak ada masalah kegatalan vagina pun boleh juga buat tangas sireh ini. Tapi kalau nak cuba tangas yang menggunakan rempah boleh tengok caranya di sini Cara Membuat Tangas Rempah..Caranya Tangas Sireh ni sangat mudah. Hanya perlu merebus daun sireh. Caranya seperti gambar di bawah..




Rebus sireh dan letakkan air rebusan sireh yang
 masih panas di dalam besan seperti di atas

Letakkan besen di dalam mangkuk tandas.
(pastikan cari besen yang  muat dengan mangkuk tandas)


Tutup penutup mangkuk tandas dan duduk di atasnya.


* selepas sudah tidak ada wapnya..keluarkan besen dan ambil daun sirieh yang masih lagi suam/panas dan tekapkan di vagina. Tekan sedikit di tundun dengan tolakan ke atas (seperti memasukkan kembali ruang luaran vagina. Ulangkan beberapa kali.. Ambil air rebusan dan cuci vagina anda.

SELAMAT MENCUBA!! 

Wednesday, November 14, 2012

My diet food...

Berdiet tidak semestinya kita hilang nikmat makan. Tidak semestinya bila sebut diet kita tak boleh makan makanan yang sedap. Kita perlu variasikan kreativiti kita dalam menghasilkan setiap hidangan di atas meja.
Bagi mengelakkan aku makan nasi...aku akan menyediakan sendiri makan malam aku walaupun di KB ini aku duduk sorang dan ini adalah sebahagian daripada apa yang aku sediakan..sangat sihat dan boleh dijadikan amalan pemakanan sihat. Portion ini sangat mengenyangkan walaupun dimakan tanpa nasi.Hidangan ini sangat mudah dan menjimatkan masa. Campak je semua dalam pengukus dan tunggu sampai masak.

Steamed Chicken




Bahan-bahannya..
Ayam
Cendawan Shitake
Brokoli
Sweet Peas
Daun bawang/sup
Halia
Black Paper
Sos Tiram
Kicap masin

Cara-cara..
Masukkan ayam, sos tiram, kicap dan cendawan, daun sup, halia, black paper
(letakkan sedikit air jika mahu)

Kukus 20 minit(atau sehingga masak)
Tutup api..kemudian baru masukkan sayur dan tutup pengukus (bagi mengelakkan sayur over cook)
 

Monday, November 12, 2012

Adik nampak hantu ke?

Ari ni aku lari topik skit..aku nak bercerita pasal anak aku yang kecik tu..Si Rizqy..Sekarang ni dia dah boleh cakap dan beri banyak reaksi. Umur pun dah nak masuk dua tahun kan. Kisah ni agak mengerikan sikit la.

Mula-mula in laws aku cerita yang dia pergi hulur tangan nak salam kat penjuru rumah yang tak ada orang. Mula-mula dia salam semua yang ada kat kerusi sofa one by one..tapi bila di asampai kat penjuru tu dia hulu jugak tanga. Dia buat dua pusingan. Sebebnya si Rizqy ni dia suka orng tengok n bagi perhatian kat dia..Kalau orang gelak ke lagi la dia nak buat banyak kali..kali kedua pun dia still pergi hulur tangan kat penjuru yang tak ada orang tu.

Kejadian kedua, adik aku cerita, dorang bawak dia pergi rumah mak long aku di kepong. Dia dah mengantuk sangat time tu so dorang bawak dia masuk bilik bibik tuk tidur..Agak gelap jugak la bilik tu. Tetiba dia merengek kata takut..dia kata " akut..atu" pastu tunjuk kat atas almari...adik aku yang dah memang penakut tu terus la bawak dia keluar.

Kejadian ketiga, masa dia datang ke umah aku di kelantan, setiap kali azan subuh dia akan terjaga dan menangis sekuat ati..seperti biasa dia akan kata dia takut..punya takut sampai dia tido atas badan bapak dia..

Kejadian keempat, masa perjalanan nak balik dari Kelantan ke KL..biasa la jalan Kelantan kan sunyi n lampu jalan tak ada..Aku rasa time tu dah sampai kat K. Krai kot. Bapak dia bukak tingkat nak isap rokok. Dia yang duduk kat car seat penumpang hadapan terus merengek..tunjuk tingkap bapak dia susu tutup..dia kata " utup...akut..atu.." terus terdiam sejenak aku ngan wan..apa dia nampak aku tak tau..terus bapak dia campak rokok..tutup tingkap..letak surah yasin tepi car seat dia..

Kejadian kelima ni lagi agak scary..dalam bilik tetamu rumah mak aku..dulu sebelum aku kawin bilik tu aku ngan kakak aku duduk..memang ramai sepupu aku pernah nampak benda dalam tu. AKu tak pernah nampak maybe sebab dia takut kt aku kot..hahahaha..dalam bilik tu ada penjuru yang mak aku letak bantal2 semua..tetiba Rizqy berdiri depan penjuru tu terus mengaum..dah la time tu aku, adam ngan dia je dalam bilik. Lampu pun tutup..pasang lampu tido je. Pastu dia tunjuk kat aku ' tu..tu" seram gak aku. Bila bapak dia balik dia tunjuk plak kat bapak dia..tapi dia tak mengaum..bapak dia plak layan cakap.."adik nampak apa tu..kawan ek..kawan baik kan..tak kacau adik" si rizqy ni pun angguk kata "ha".. Aku nak la test betul ke dia nampak apa2..aku kata "dah la dik..bye kawan"..dia pun angkat tangan ngan mata-mata skali dia kata " bye..bye.."

Memang orang kata budak2 kecik boleh nampak benda yang kita tak boleh nampak. Tapi masa Adam dulu tak ada la sampai macam ni..paling2 dia menangis je. Yang ni bila dah verbal ni..seram plak aku..

Sunday, November 11, 2012

Bomoh VS Doktor

Tajuk di atas sangat subjektif..Walaupun kita hidup dalam pemodenan, masih ada segelintir daripada kita yang masih memberi kepercayaan sepenuhnya kepada khidmat bomoh dan juga pawang bagi mengubati sebarang penyakit mereka. Ada yang terlalu mempercayai bomoh sampai memudaratkan diri sendiri.

Aku terpanggil untuk berkongsi cerita dan kisah aku apabila terbaca comment seorang blogger mengenai masalahnya yang mempunyai ketumbuhan dalam payu dara dan doktor mencadangkan supaya pembedahan dilakukan. Soalannya adalah, bolehkah dia berubah kampung dan tidak menjalani pembedahan.

Aku pernah menghadapi masalah yang sama sekitar tahun 2005 ketika tu aku baru 23 tahun. Ketumbuhan dalam payudara adalah sesuatu yang biasa dah zaman kini. Tak ada apa yang hendak dimalukan dan yang penting adalah pergi mendapatkan rawatan sebelum ketumbuhan yang biasa tu berubah menjadi kanser.

Ramai yang takut sebab ia melibatkan mahkota kita sebagai wanita. Siapa nak hilang dua gunung tukan tapi daripada hilang nyawa dan terpaksa menganggung kesakitan, baik kita pergi membuat rawatan. Rawatan untuk membuang ketumbuhan tidak lah teruk mana. Tak sakit sangat pun sebenarnya.

Bila aku dapat tahu aku ada ketumbuhan, aku terus pergi check di Pusrawi. Bila dia buat mamogram dapat kesan ia adalah solid lumb dan tidak merbahaya sebab bukan kanser. Doktor cadangkan aku untuk buang tapi kalau tak nak pun ok. Tapi memikirkan dalam sejarah family bapak aku ada yang meninggal breast cancer so aku malas nak tunggu lagi dah. Aku decide untuk buang je ketumbuhan tu. Hanya minor operation yang ambik masa 45 minit je. Dalam masa seminggu luka dah sembuh. Dia potong pakai laser dan tak ada kesan jahitan.

Secara logiknya, ketumbuhan dalam badan kita yang solid perlu dikeluarkan hanya dengan cara manual iaitu menerusi pembedahan. Nak jumpa bomoh pun, bukan boleh hilangkan pun benda dalam badan kita. Aku memang tidak boleh terima mana-mana pihak yang memilih untuk bertemu dengan bomoh selepas dapat tahu mereka menghidapi penyakit kronik terutamanya breast cancer. Kalau sakit kena sampuk hantu ke..kena buatan orang ke tak apa la kan. Kalau yang macam tu datang hospital, doktor pun suh cari ustaz.

Satu ketika dahulu aku pernah menemuramah seorang doktor pakar dan bertanyakan mengenai punca kebanyakan pesakit breast cancer meninggal dunia. Adakah breast cancer tidak boleh diubati dan bagaimana mereka tidak mengesan penyakit itu diperingkat awal.

 Dia memberitahu, ramai antara pesakit menyedari mereka menghidap canser payudara seawal tahap 1 lagi. Tetapi selepas membuat pemeriksaan mereka membuat pilihan untuk berubat kampung dengan harapan cancer tersebut akan hilang dengan sendirinya. Namun, apabila keadaan tidak pulih dan semakin teruk, dia kembali ke hospital dan kebiasaannya ketika itu sudah di tahap 4. Waktu itu, segala jenis perubatan hospital sudah menjadi mustahil dan apa yang mereka boleh lakukan adalah memanjangkan jangka hayat pesakit.

Perkara seperti ini berlaku kerana mereka takut kehilangan payudara mereka dan juga melalui perubatan hospital yang dikatakan akan menambah kesakitan. Menurut doktor tersebut cancer payudara boleh diubati jika ia dikesan pada tahap 1 atau 2. Malah, rawatan untuk cancer tahap satu tidak melibatkan masektomi iaitu membuang payudara.

Aku nak kongsi dua kisah yang terjadi di sekeliling aku yang bersangkut paut dengan entri kali ini.

Kisah Pertama:

Sepasang suami isteri mempunyai seorang anak yang tiba-tiba menjadi lemah dan badan surut sedikit demi sedikit. pada mulanya dia membawa anaknya itu ke bomoh dan diberitahu bahawa ada entiti/jin yang menumpang pada badan anaknya dan memakan anaknya sedikit demi sedikit. Bila keadaan tidak bertambah baik, dia bawak anak dia pergi jumpa doktor dan doktor sahkan anaknya ada canser hati/perut (lupa dah aku pun..hehehe) dalam tahap 1 kalau tak silap. Tapi dia tak percaya cakap doktor dan bawak pulang anaknya dan teruskan dengan perubatan tradisional. Seperti biasa, bomoh kata entiti itu susah untuk dikeluarkan dan semakin kuat. Bila keadaan semakin teruk dan anak dia slealu pengsan, dia bawak kembali ke hospital dan waktu tu dah tahap empat. Buat kimoterapi, sampai gugur rambut2..kesian la bila pikir balik waktu itu. Keluarga ni aku kenal rapat jugak la. Akhirnya anak jiran tu menghembuskan nafas yang terakhir.

Kisah kedua:

Kisah yang ini boleh dijadikan pedoman kerana melibatkan seorang pensyarah bahas yang bergelar Doktor. Apabila mendapat tahu dia ada cancer payudara tahap satu dia ambik keputusan berubat di Indonesia. Dia kata bomoh/perubatan tradisional di Indonesia pakar dalam hal2 gini. Kalau tak silap aku dua tiga kali jugak la dia berulang ke Indonesia untuk berubat. Walaupun ada nampak perubahan (yang aku rasa kesan dari psikologi sahaja yang membawa ke fizikal). Seperti biasa, endingnya sama.

Kisah kedua tu patut dijadikan teladan. Walaupun dia berpendidikan tinggi tetapi masih menolak perubatan moden dan mempercayai sisi spiritual dalam hal-hal begitu. Kita mesti lebih realistik dalam hal2 seperti ini. Kalau nampak ada kelainan padpa payudara anda cepat2 la g jumpa doktor. Benda macam ni hanya doktor ada selusi nya. Bomoh atau ustaz ni hanya boleh menaikkan semangat kita sahaja untuk melawan penyakit. Ubat tetap perlu. Pembedahan juga kadang-kala menjadi jalan yang terbaik untuk selesaikan masalah ini.

Monday, November 5, 2012

Eat Your vege!!

Bercerita tentang sayur...pasti ramai yang tak sukakan..tapi itulah cara yang terbaik untuk untuk kita meningkatkan imunisasi badan kita. Sebaiknya amalam makan sayur ini patut diterapkan daripada kecil sebab kebiasaannya bila kita tak besar, memang susah untuk kita tukar habit daripada tak suka makan sayur kepada suka makan sayur.

Mengikut pengalaman aku, sejak kecil bapak aku akan paksa aku ngan adik beradik aku untuk makan sayur..Mungkin sebab kerana terpaksa, sampai besar aku boleh telan sayur..Aku mengaku aku memang suka makan sayur even kalau tak ada lauk lain pun aku boleh makan nasi kalau ada sayur saja.

Untuk menjadikan seseorang itu penggemar sayur, kita kena didik anak2 kita dari mereka kecil untuk mengenali sayur dan kebaikan memakan sayur..ajar mereka and keep saying..eat ur vege..its good for ur health..

Mulakan daripada mereka bayi..campurkan sayur-sayuran dalam makanan mereka..sama ada letak dalam bubur atau buat puree..Cari sayur2an yang pelbagai dan tukar mengikut hari..tak perlulah cari sayur2 fancy sangat..sayur tempatan pun banyak khasiatnya..ikut kesesuaian kemampuan anda..dulu aku cadangkan beri anak brocoli..ada kata susah nak cari la mahal la..kalau gitu tukarkan dengan bayam..murah je kan..tak kan korang boleh beli mcd/kfc..beli tuk anak tak boleh kan..kuar skit tenaga je, cook ur kids food..boleh pelbagai dengan labu, keledek, carot, bayam.

Bila dah besar skit..bila nak suap nasi kat anak tu buat la sup sayur..suap skali green vege..lama2 anak2 faham..mungkin kita tak suka makan sayur tapi jangan bagi anak2 jugak benci makan sayur..

Tapi tuk diri kita..tak terlambat untuk mengubah tabiat..banyakkan makan ulam. Macam kat kelantan ni..boleh kata semua kedai ada ulam..so its lain heaven to me..aku paling suka bendi, terung bakar..pucuk putat, pucuk gajus, ulam raja, jering, kerdas, petai, terung bulat..u name it..hahahaha..kekadang aku rasa cam kambing plak makan daun2 tu semua..

Alhamdullilah, aku jarang sakit..aku jarang demam..tak bleh plak aku tak aku tak sakit kan..aku pun manusia biasa..sakit demam tu perkara biasa..cuma tidak la sekerap setiap bulan..mungkin setahun hanya sekali atau dua kali aku demam.

Sunday, October 28, 2012

Cara membuat Jamu sendiri

Bahan-bahannya.

1. Kunyit
2. Halia
3. Manjakani
4. Gula Merah

CARA MEMBUATNYA

1. Tumbuk kunyit dan manjakani. Halia di hiris halia dan rebus bersama.

2. Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan juga gula merah
3. Biarkan sejuk, tapis sebelum simpan.

peringatan

*cukup sekadar meletakkan sebiji manjakani kerana rasanya pahit. Sekiranya anda boleh menelan jamu yang pahit boleh letak mengikut kehendak anda. Jika tk nak letak pun tak apa.


(boleh juga masukkan daun sireh.)








update 25 Oktober 2016

Kak J ada jual Air Jamu Homemade. Sebotol RM15 tuk 500ml. Kak J juga ada buat pakej tuk pengusaha spa yang nak beli secara pukal or yang nak jadi reseller. Boleh whataps 0192682280-Kak J or follow ig: @juliaismail83


Monday, October 22, 2012

TRW..TRW..TRW..

Piala Malaysia baru sahaja habis and guess what..kelantan won again..aku rasa tahun ni memang tahun bertuah mereka la..Aku tak nak la cerita pasal kemenangan dorang atau mengulas mengenai permainan mereka and what so ever..cumanya nak bagi tau sebab merekalah aku sibuk teramat sangat sampai tak der masa nak update blog..

Memang aku di Kelantan ni, aku jarang cover game bola atau apa2 story berkaitan bola..Cuma bila partner aku kat kosmo ni sibuk dengan urusan menyudahkan story-story bola..aku kena cover benda lain yang tetiba banyak plak berlaku.

Dalam minggu lepas ada dua kes tembak berlaku. Dan dalam masa yang sama ada dua kematian yang melibatkan peminat bola sepak The Red Warrior (TRW). Seorang meninggal sakit jantung dalam stadium shah alam masa tengok game dan sorang lagi meninggal masa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Jadinya, aku yang tinggal kat KB ni la yang kena berkejar untuk semua tu. Yang pertama, mangsa yang meninggal sakit jantung tinggal di Pasir Mas. Jauh gak dengan KB..yang kedua, mangsa kemalangan tu tinggal di K.Krai..memang jauh gila dua jam aku drive nak sampai sana..

Dengan musim hujan yang semakin memalaskan aku..haish..mengeluh pun tak guna..ini lah kerja yang aku pilih..so terima sajalah..alhamdullilah...

Apa pun, jap lagi aku fly ke KL jumpa anak2 and suami!!!..hehehehehe

Wednesday, October 10, 2012

Cara membuat tangas..

Tangas ini adalah amalan nenek moyang kita dahulu dan ramai di antara wanita moden kini sudah tidak mengamalkannya. Tapi kebelakangan ini, trend untuk bertangas sudah semakin popular dan terdapat spa-spa di kawasan bandar yang menawarkan khidmat bertangas dengan harga hampir mencecah RM100 untuk rawatan selama15-20 minit itu.

Kat sini aku nak kongsikan cara-cara membuat tangas yang aku belajar dari internet jugak. Caranya sangat mudah dan bahan-bahannya boleh di dapati di pasar raya.

Bahan-bahan rempahnya..

Sory..garam dengan asam jawa tak ada dalam gambar ni
1. Satu sudu kunyit hidup
2. Satu sudu halba
3. Satu sudu garam
4. Satu sudu jintan hitam
5. Manjakani

(semua bahan-bahan ni ditumbuk/dikisar)

6. Perahan limau nipis (sebiji atau dua biji)
7. Perahan asam jawa

Peralatan yang diperlukan

1. Periuk tanah (yang dialas dengan sireh)
2. Batu sungai ( amik yang muat dengan periuk tanah.
3. Kerusi plastik (beli yang berlubang-lubang kecil)
4. Kain batik.


Cara membuatnya..



1. Bahan-bahan kering ditumbuk sehingga halus.


2. Campurkan perahan limau nipis dan juga asam jawa..hasilnya seperti gambar di atas

3. Panaskan batu sungai di atas dapur selama lebih kurang 15 minit.

4. Alaskan periuk tanah dengan helaian daun sireh.

5. Apabila batu sudah benar2 panas, letakkan di dalam periuk tanah.



6. Kemudian curahkan rempah ke atas batu sungai yang panas

7. Letakkan di bawah kerusi plastik yang berlubang kemudian duduk. Pilih kerusi yang rendah seperti kerusi untuk membasuh pakaian.

8. Tutup badan atau paras pingggang hingga ke kaki menggunakan kain batik..Duduk sehingga wap panas berkurang.


Selamat mencuba!!!

* maaf..gambar tak menyeluruh..nanti kalau ada masa aku amik gambar lagi and isikan ruang yang kosong

Saturday, October 6, 2012

My weight loss story..

I just wanted to share few picture of me after bersalin and after yg manage to shed some kg. And pls noted that all my efforts came from natural force..healthy dieting and excercise..tapi aku startting pun tak la gemuk sangat..masa mula2 tu berat 48 kg dan tinggi aku 147 cm. Skang ni berat aku 43kg-44kg..

Gambar ni aku duduk jadi tak la berapa nampak sangat ketembaman aku

Nampak muka je la ek..time ni masa aku baru sampai Kelantan..

So..selepas berbulan2 berusaha..daripada badan yang flabby..lemak sana sini (walaupun tak la gemuk sangat tapi lemak lepas bersalin ni lain daripada orang yang gain weight naturaly) ini adalah hasil aku..


Thursday, October 4, 2012

Kenapa berhenti mengambil produk, berat badan naik?

Tidak dinafikan penggunaan pelbagai produk untuk membantu anda kurus yang berada di pasaran memberi kesan penurunan yang mendadak dan ramai telah berjaya membuktikan. Aku tak suka menggelarkan produk-produk seperti ini sebagai produk kurus kerana bagi aku ia adalah produk yang membantu anda kurus dan anda tidak akan berjaya menurunkan berat badan dengan hanya consuming the produk itself without any own effort like dieting.

Sebelum ini aku pernah cerita dalam salah satu entri aku yang most of my friend in Kelantan mengambil product Herbal Life. Ada yang seperti mengejek aku dengan kata tak perlu terkinja/bersenam macam aku untuk turunkan berat. Dengan Herbal Life pun boleh turun. Ya aku tak nafikan. Dorang boleh turun sampai 5-10 kg tapi aku ada tanya sampai bila nak ambil produk yang harga mencecah RM500 tu. Dorang kata sampai dapat ideal weight dorang stop la sebab mahal sangat.

Hmm..melalui pengalaman aku, more than 50 percent dari kawan aku yang stop makan herbal life atau any product yang berkaitan akan gain weight balik. Sebabnya?.. mereka bergantung sepenuhnya kepada produk dan tak serapkan amalan healthy diet dalam kehidupan harian mereka. Apabila mereka mengambil product2 tersebut, terutama yang merupakan jenis pengganti makanan, secara automatik mereka akan sentiasa merasa kenyang dan mengurangkan pengambilan makanan. Namun, apabila mereka berhenti mengambil produk tersebut, mereka akan makan seperti biasa mengikut kadar kelaparan yang mereka rasa. Dan akibatnya?..

Ramai yang terlalu obses untuk turun berat dengan cepat dan dengan cara mudah tanpa mengambil kira perkara-perkara yang perlu dipelajari sepanjang proses tersebut. Bagi aku, belajar cara berdiet dengan betul adalah kunci utama untuk turunkan berat badan dan mengekalkan berat sedia ada. Belajar bagaimana mengira kalori defisit dan tahu keperluan kalori badan masing-masing. Pengambilam produk hanya membantu mempercepat proses penurunan dan tidak membantu dalam mengekalkan berat yang diturunkan. Knowledge mengenai diet dan makanan adalah kunci utama dalam membantu anda mengekalkan berat badan yang telah berjaya diturunkan.

Oleh itu, tak salah anda hendak mengambil produk2 tersebut sekiranya anda benar-benar faham mengenai diet, kalori, dan defisit kalori. Ia membantu anda mengekalkan berat jadi tak la badan naik balik malah melebih berat yang berjaya diturunkan.

Nasihat aku :

1. Faham sepenuhnya mengenai produk yang anda hendak ambil. Adakah ia food replacement atau fat burner. Ambik tau fasal fungsi dan bagaimana ia boleh membantu anda menurunkan berat badan.

2. Sesetengah produk ada sales person yang guide anda mengenai diet yang perlu anda ikuti jika mahu produk itu berkesan. Sekali lagi aku nak bagi tau, tak ada produk yang boleh berfungsi sendiri tanpa anda diet atau bersenam atau mengawal pemakanan. Jadi belajar dari situ bagaimana hendak mengawal pemakanan.

3. Jika tidak ada yang guide, bukak internet. Search for information mengenai diet and how to count the calorie.Fahamkan betul2..Tak salah kalau kita membaca dan mempelajari sesuatu. Ambil masa sebab untuk menurunkan berat bukan perkara yang mudah.

3. Pilih kawan yang sama2 mahu menruunkan berat atau mereka yang prihatin dengan kesihatan dan pemakanan. Kawan adalah penting sebab dorang ni yang selalu mempengaruhi kita dalam segala hal.

4. Kalau anda banyak duit..teruskan la makan produk tu. Kalau anda yang takla berduit sangat, aku nasihatkan pilihlah cara manual dan konvensional. Dengan cara ini lebih mudah untuk anda kekalkan berat badan anda. Cari supliment atau sumber asli yang boleh membantu anda untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak. Semua infomation tu ada dalam internet kalau cari. Macam aku pengambilan jamu kunyit aku banyak membantu.






Wednesday, September 26, 2012

Petua Kecutkan Jerawat Batu



Petua ni mudah saja..Secara umumnya..jerawat yang sudah mula keluar daripada kulit tak boleh dihilangkan..Kita kena bagi dia keluar jugak. Cuma petua ni mempercepatkan sikit proses jerawat tersebut untuk pulih terutama jerawat batu. Apa yang aku lakukan setiap kali kelaur jerawat batu yang bernanah, aku akan ambil bawang putih..hiris nipis dan gosokkan pada jerawat perlahan-lahan. Kalau jerawat tu dah mula nampak mata, bila kita buat macam ni esok jerawat tu akan mula kering dan isi dalamnya juga kecut. Bila macam ni dia akan cepat pecah dan nanah/white head di dalam jerawat tu akan keluar. Ini mempercepatkan proses penyembuhan jerawat tu. Jadi tak ada la lama sangat jerawat merah menyala tu lama kat muka kita kan.. Selamat Mencuba!!

Tuesday, September 25, 2012

Jerawat / Acne

Jerawat sememangnya musuh utama setiap yang mementingkan penampilan diri terutama wajah. Kemunculan jerawat batu sememangnya mengganggu emosi yang merendahkan tahap keyakinan setiap manusia.

Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.


Metodologi kemunculan jerawat

Kecederaan pada tisu utama yang disebabkan oleh bintik putih (white head) dan bintik hitam (black head). Apabila bintik-bintik putih (white heads) itu dicemari oleh kekotoran sedangkan ia berada dalam keadaan berminyak dan lembab, bintil putih tersebut akan mudah bertukar menjadi bintik hitam (black head). Bintik-bintik hitam (black heads) mengandungi sumbatan sebum (iaitu bahan berlemak yang dihasikan oleh kelenjar minyak). Pada kebiasaannya, bintik hitam sukar untuk dikeluarkan kerana ruang folikel yang kecil jika dibandingkan dengan saiz bintik hitam yang besar. Apabila kandungan sebum dibawah/dalam ruang folikel itu bertambah maka ruang folikel itu akan terhakis dari dalam dan membesar, maka ia akan menyebabkan kecedaraan pada kulit lalu menyebabkan nanah dalaman dan akhirnya terbentuklah jerawat.


• Selain itu, masalah jerawat juga terjadi akibat pertumbuhan bacteria Propionibacterium acnes yang mengisi ruang-ruang folikel rambut yang terbuka dan mudah terdedah kepada kekotoran selain ia mudah terdedah kepada kelembapan dan pengoksidaan luaran.

• Biasanya, masalah jerawat hanya diketogorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi (jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30.

• Manakala jumlah lesi dari 30 hingga 125 akan dikategorikan sebagai masalah jerawat ‘sederhana’. Dan apabila jumlah lesi telah melebihi 125, maka masalah jerawat itu akan dikategorikan sebagai ‘kronik’.

• Jerawat biasanya menyerang remaja yang berusia antara 14 hingga 19 tahun kerana pada waktu itu berlakunya suatu bentuk perubahan hormon yang agak agresif.

 Jenis-jenis jerawat

• Jerawat Ringan; biasanya mempunyai sedikit bintik hitam dan jerawat. Masalah jerawat ini hanya dikategorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi(jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30. Kurangnya warna kemerah-merahan pada kulit akibat jerawat.

• Jerawat Sederhana; Pada kebiasaannya pesakit akan mengalami banyak bintilan jeragat (black heads) dan jerawat yang berwarna hitam dan merah pada bahagian wajah/muka, dada dan belakang badan.

• Jerawat Kronik; Pesakit akan mengalami banyak nodul besar yang berwarna merah dan terasa sakit dan berdenyut pada bahagian muka, dada, belakang badan dan anggota tubuh yang lain. Keradangan kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengelurkan kuantiti minyak dan sebum secara berlebihan dan menyebabkan kelenjar minyak tersumbat. Apabila ini berlaku, maka Whiteheads akan muncul dengan banyaknya sambil merancakkan pertumbuhan jerawat yang amat ketara. Jika masalah itu berlarutan tanpa diselesaikan maka akan wujudnya interaksi antara jeragat, jerawat dan minyak yang boleh menyebabkan parut kekal dan kawah kulit yang besar serta luka bernanah. Selain itu, bintik hitam (blackhead) yang banyak pula akan wujud dan berinteraksi dengan bakteria jerawat.

 Punca Jerawat

Terdapat laporan yang menunjukkan bahawa masalah jerawat kerap berlaku dalam kalangan remaja. Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif kerana penghasilan sebum akibat perubahan hormon. Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormone dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat tumbuh. Hormon yang dimaksudkan adalah hormone testeron.

Hormon testeron biasanya akan ditukarkan kepada dihidrotesteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolic fizikal. Individu yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum yang berlebihan ataupun mengalami kekeringan kulit yang agak ketara. Fungsi sebum adalah untuk menjadi pelincir bagi membuatkan kulit lebih gebu dan lembut, lapisan pelindung kepada rambut dan kulit supaya tidak mengalami kekeringan ekstrem dan bagi mengekal kehidratan (kelembapan) kulit dan rambut. Kelenjar minyak sebenarnya mengandungi sejenis kuman iaitu propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengubah sebum berlebihan kepada asid lemak yang akhirnya menyebabkan jerawat dan keradangan kulit.

Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan, ketidakkeseimbangan horman tubuh dan salah penjagaan kulit). Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.

Tip-tip mengelakkan dari pembentukan jerawat

Pembentukan jerawat yang sedikit dan normal adalah perkara biasa bagi seseorang remaja, namun begitu langkah menghindarinya dapat dilakukan bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit, maka amalan penjagaan kebersihan diri dan wajah perlu dilakukan, diantara-syor-syor penjagaan wajah yang disyorkan untuk dilakukan adalah seperti:

Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan jenis sabun pencuci muka yang bertekstur lembut dan membersih secara mendalam. Jika boleh pilihlah jenis sabun pencuci muka yang tidak terlalu mengeringkan dan boleh menghidratkan kulit. Namun begitu pencucian kulit tanpa sabun pencuci juga boleh dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih sebagai pilihan lain dan tambahan kepada cucian muka dengan menggunakan sabun pencuci muka. Tetapi perlu diingatkan disini, bahawa mencuci kulit dengan kuat dan menggosoknya dengan kuat untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel-sel mati pada kulit bukanlah suatu yang baik pada kulit malah perbuatan tersebut dapat menyebabkan keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaliknya gunakan cara urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.

Penggunaan pencuci wajah juga adalah digalakkan namun penggunaannya mestilah sesuai dengan kulit. Penggunaan pencuci wajah adalah bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati. Namun perlu ditegaskan bahawa anda hanya perlu menggunakan skrub wajah 1 hingga 2 kali seminggu sahaja atau 1 dalam masa 2 minggu bagi mereka yang kurang terdedah dengan aktiviti luar dan pancaran cahaya matahari. Penggunaan pencuci wajah yang lebih dari kadar yang disyorkan adalah amat merbahaya pada kulit khususnya pada kulit sensitive. Sila gunakan pencuci wajah yang mempunyai butiran yang tidak kasar malah lembut pada kulit.

Mencuci kulit dengan pencuci wajah ataupun sabun pencuci kulit sebenarnya pasti akan mengeringkan kulit walaupun anda mencuci kulit dengan ringan dan menggunakan sabun dengan sedikit. Oleh kerana demikian anda samaada lelaki ataupun perempuan adalah digalakkan untuk menggunakan pelembab atau penyegar kulit selepas anda mencuci kulit anda dengan sabun pencuci, ini adalah penting bagi mengekalkan kelembapan kulit dan pH kulit pada kadar yang seimbang.

Anda juga adalah dilarang untuk memicit kulit anda yang mempunyai jerawat ataupun sebarang bintik, nodul ataupun sebarang pertumbuhan baru yang tidak diperlukan pada kulit anda. Sebaliknya jumpalah pakar kulit yang bertauliah atau pakar dermatogi di klinik dan hospital pakar untuk menyelesaikan perkara tersebut. Memicit kulit yang mempunyai jerawat bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit anda sekiranya berlaku jangkitan!

Sebanyak mana yang boleh, anda mestilah mengelakkan kulit muka anda daripada terkena cahaya matahari secara berterusan. Kulit akan mudah menjadi kering jika anda terkena cahaya matahari secara berterusan. Walaupun anda terdedah dengan cahaya matahari pada kadar yang sedikit. Pancaran sinar UV (Ultra lembayung) yang sedikit yang terkena pada kulit anda sudah cukup untuk menyerap masuk kedalam sel kulit dalam anda dengan mudah serta merosakkan struktur protein dan DNA kulit anda. Perkara ini tentunya tidak baik pada kulit kerana ia mungkin juga mampu menyebabkan kanser kulit. Bagi mencegah dari masalah terkena pancaran matahari yang agresif ini, anda disyorkan untuk memakai pelembab kulit yang mempunyai pelindung sinaran UV samada dari jenis (SPF 10, SPF 15, SPF 25, SPF 50 dan sebagainya), perkara ini penting bagi mengurangi kesan kegelapan yang mungkin timbul akibat pembentukan melanin oleh sel melanosit dan peyerapan UV-B ke dalam sel basal melanogenesis yang mungkin menyebabkan kerosakan kepada DNA yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit kanser. Pemakain pelembab dan pelindung UV perlu dipakai setiap kali selepas mencuci muka, ketika berada di dalam bilik/kawasan berhawa dingin (suhu yang sejuk dan berhawa dingin mampu mengeringkan kulit dengan cepat) atau ketika ingin melakukan aktiviti luar yang akan menyebabkan anda terdedah kepada sinaran matahari terik. Anda juga amat disarankan untuk sentiasa menutup wajah anda dengan kain ketika melakukan aktiviti luar bagi mengurangi kesan pancaran UV, pencemaran dan habuk di persekitaran.

Janganlah selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ia mungkin menyebabkan keradangan dan alahan pada kulit anda.

Elakkan mengguna bedak padat kerana span yang lembap, digunakan berkali-kali, terperap di dalam bekas menggalakkan pembiakan bakteria. Gunalah bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing yang mempunyai sifat anti-inflammatori, tidak menutupi liang pori-pori kerana molekulnya besar dan bedak yang kering tidak menggalakkan pembiakan bakteria seperti Kiss mineral mekap

Wednesday, September 19, 2012

Tabah si ibu mendukung bayi OKU

Baru-baru ini, ketika aku sedang beli barang kat Tesco Kota Bharu, aku terserempak dengan seorang wanita yang sedang mendukung baby dia. Aku rasa baby dia dalam lingkungan 3-5 bulan. Kecik je baby dia. Masa nak timbang sayur, dia berdiri sebelah aku. Aku perasan anak dia lain skit daripada baby-baby lain. Kiranya kategori OKU la.. Rupa paras dan fizikal dia memang lain sangat. Rasanya tak perlulah aku ceritakan ek macam mana.

Walaupun aku tau, aku tak sepatutnya memandang tajam anak dia, tapi i really cant help my self form starring. Dalam fikiran aku, tabah nya kamu wahai ibu untuk memangku anak sebegitu di hadapan orang ramai dan perlu berhadapan dengan pandangan2 sinis masyarakat sekeliling. Apalah perasaan dia bila aku pandang macam tu..Aku terkejut sebenarnya..Aku nak mintak maaf sangat2 kat si ibu tu, tak berniat langsung aku nak pandang begitu sebenarnya..

Bagi aku, si ibu yang mempunyai anak OKU sangat tabah. Untuk membesarkan anaknya di samping pandangan dan pertanyaan masyarakat, sangat sukar. Rasa rendah diri kerana melahirkan bayi sebegitu selain dipersalahkan oleh pasangan atau keluarga. (kebiasaannya).

Ramai antara ibu bapa yang mempunyai anak-anak seperti ini jarang hendak membawa keluar anak-anak mereka di depan khalayak kerana takut malu, tp bagi ibu muda yang aku jumpa tu, aku memang tabik spring dengan anda. Walaupun dia sebegitu, bayi itu tetap anak kita dan darah daging kita. Menjadi tanggung jawab untuk kita menjaga dan membesarkan dia. Dia istimewa dari pelbagai segi yang telah ditentukan tuhan.

Aku sebagai seorang ibu, amat simpati kepada wanita itu. Betapa dia perlu keraskan hati dan dindingkan dengan tembok batu untuk menghadapi hari muka. Di kala kita bergembira dan mnghayati hari2 gembira bersama anak2 yang sempurna serta penuh gelak ketawa, dia perlu berhadapan dengan kekecewaan. Kalau la aku berpeluang untuk bertemu dia, nak aku berikan satu tepukan di bahunya dan satu pelukan sebagai tanda kebanggaan aku. Anda adalah wira di kalangan ibu zaman moden ini..

Monday, September 17, 2012

Home Made Ginger Tea

Aku memang penggemar minuman halia. Kebiasaannya aku buat teh o halia. Tapi kali ni aku nak share Ginger Tea mengikut resepi pemilik Jari Spa yang merupakan bekas housemate aku masa bujang dulu. Caranya sangat mudah dan rasanya sangat menyegarkan. Ginger tea seperti ini kebiasaannnya dia jamu ketika kita mengunjungi spa. Aroma dia membangkitkan selain khasiat halia yang boleh membuang angin dan menyegarkan bahan.

Bahan-bahan

1. Hirisan halia
2. Gula merah
3. Daun pandan

(ikut citarasa sendiri)

Adunan boleh buat dua cawan..Kalau tak suka rasa halia tebal sangat boleh banyakkan air dan tambah gula merah mengikut selera anda

Hasilnya..

Dalam gambar di atas ada dua jenis gula merah. Satu yang keras and datu yang debu..dua2 pun boleh guna ikut citarasa anda.

Selamat Mencuba!!

Saturday, September 15, 2012

Loss 3.5kg in 10 days..My GF weight loss story

Aku asyik citer pasal diri aku je..pasal teori macam mana nak kurus and stuff..hari ni aku nak kongsikan kisah my bestie dalam perjuangan dia untuk turunkan berat badan.

Pertama skali aku perkenalkan.. Lina Nadiah Zainal, 29. Dia kawan baik aku since study kat UiTM tapi dia tak amik Mass Com..Dia student Sains aktuari..Kira budak pandaila..hahahaha..

Menurut dia, masa dia mula nak mengurangkan berat tu, berat dia dalam 78 kg..Berat tu adalah weight dia paling berat dia pernah capai. So..disebabkan end of this month dia nak fly study kat UK, dia perlu sgt turunkan badan. Kalau boleh nak turun sampai 68 kg.

 So seperti biasa no product. Cuba dia enroll to celebrity Fitness and hire a personal trainer. Alittle bit costly tapi lebih baik daripada beli product ntah apa2 yang tak mengajar kita apa2 pun kan. Kami sama2 berkongsi mengenai pelbagai info bagaimana untuk menurunkan berat. We do all the math..count all the calorie and guess what, Lina berjaya turunkan berat 3.5 kg dalam masa 10 hari yang pada mulanya dia rasa imposible untuk turunkan 10 KG dalam sebulan..kiranya sekarang dia on track la..

Di sebabkan dia sangat dedicated about losing weight, she took some picture before and after..perbezaannya sangat ketara



23 Ogos 2012




4 September 2012

 

Teringin turunkan berat macam dia? Rahsianya adalah dedikasi..If u really want it, u must work for it..no easy way..Mana ada product yang membenarkan anda makan apa sahaja tapi boleh turunkan berat badan. Hanya ada dua cara yang tak perlu keluarkan sesen pun iaitu healthy eating (diet) dan senaman..Hope all the reader are motivated by this picture













Wednesday, September 12, 2012

Sentap ngan blogger!!!! Bukan mudah menjadi wartawan..

Kalau aku tulis aku sentap ngan blogger mesti ramai pelik kan..itu kalau pada yang tak tau aku keje apa. Senang citer gini la..skang ni ramai yang sedari bahawa blogger ngan reporter tak sebulu..reporter mengata blogger..bloggerr plak mengata reporter..dulu aku buat tak tau je la isu ni...sebb aku ni reporter +blogger.. ye la aku keje makan gaji sebagai reporter dan blogging untuk mengisi masa..tapi lately ni aku cam berapi skit dengan certain blogger ni yang over sangat menghentam reporter.

Aku dah lebih tujuh tahun bekerja sebagai reporter dan menulis je yang aku tahu buat untuk mencari rezeki. Bila ada yang mengata punca pencarian rezeki aku, ia memberi kesan yang sangat mendalam. Kebanyakkan Blogger ni suka menghentam reporter hiburan. Bagi aku, Individu yang bergelar wartawan adalah mereka yang layak untuk menggalas tugas2 tersebut.

Kerja sebagai wartawan bukan mudah..Jujur aku cakap..bukan semua orang boleh jadi reporter.. Kami keluar mencari berita..balik dan karang kan..kemudian publish dalam akhbar mahu pun media elektronik.. Tidak kira apa skop sekali pun sama ada politik, hiburan, ekonomi, current news..semua kami buat. Rutinnya sama..Untuk menulis adalah mudah.. tetapi untuk mencari bahan yang hendak ditulis itu adalah sukar..

Macam aku, aku pernah jadi wartawan hiburan..Berita mengenai gosip itu memang mudah untuk didapati. Tapi, untuk mengeluarkan berita yang orang suka baca bukan mudah. Sebagai contoh, untuk membuat fotoshoot..walaupun nampak mudah, ia amat memenatkan..Kita perlu set date, cari baju, ikut kelapangan artis..kekadang nak buat kat luar pastu berdepan pula kerenah artis yang pelbagai..ia bukan mudah.

Seperti yang aku cakap tadi, kami keluar mencari berita. Kalau berita eksklusif..yang melibatkan penyamaran dan sebagainya, lagi susah..percaya la cakap aku. Sebabnya aku pernah menyamar sebagai perempuan mengandung untuk mendapatkan berita eksklusif..Jadi cuba terangkan apa kerja blogger? Duduk depan computer, surf internet, amik info2 dalam wikipedia, amik story2 reporter dalam surat khabar..tempek dalam blog mereka. Tapi aku tak nafikan ada blogger yang keluar pergi assignment macam kami tapi boleh dikira sangat2.

Jadi..tolong la beri penghargaan pada kami..Berilah nilai pada pekerjaan kami sebagai wartawan. Aku tak berniat nak menghentam blogger sebab sbb aku punblogging gak n kekadang aku suka baca blog2 certain2 orang contoh blog resepi, blog kebidanan dan blog kesihatan. Kewujudan blog2 di internet ni adalah penyeri kerana ia menjadi media alternatif. Tapi jangan disebabkan kemunculan anda yang baru itu, anda dah boleh mendabik dada..Jawatan sebagai wartawan ni dah wujud berpuluh tahun dah. Jangan la meletak kami terlalu rendah. Kami berusaha keras mencari berita untuk sampaikan kepada anda. Tanpa akhbar yang asyik kena maki ni la yang menyajikan berita2 penting..Rasa kalau wartawan tak ada..surat khbar tak ada..berita TV tak ada..blogger ada bahan ke nak tulis melainkan dorang tulis pasal diri sendiri..pasal anak..pasal laki/bini..pasal beli keta..

Wartawan la yang mengumpul bahan, interview sana..interview sini..untuk menhasilkan sebuah rencana yang berkualiti..Untuk menhasilkan berita, ambil masa beberapa minit je..Interview lps tu buat story..kalau rencana perlukan research terutamanya rencana mengenai sejarah, kesihatan, isu global. Satu hari punya keje pun belum tentu selesai. I dont think those blogger kan do that..So kepada blogger yang hanya copy bahan2 reporter surat khabar atau elektornik, berhenti la mengata kami ni ha. Kalau nak mengata, stop share bahan kami di blog anda. Sebab bila korang share kami tak dapat untung sehabuk pun. Korang je yang untung dengan jumlah iklan nuffnang korang tu.


Monday, September 10, 2012

Kebaikan Manjakani

Hari ni aku nak kongsi mengenai kebaikan manjakani yang dikenali dari turun temurun membawa kebaikan kepada kesihatan wanita terutamanya bahagai keintiman. Manjakani telah diamalkan oleh orang Arab, Iran, India, Cina dan Melayu. Malah ia dipercayai telah mula digunakan sejak 2725 Sebelum Masehi oleh orang-orang Mesir Purba.


 Ia sinonim dengan fungsinya yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Manjakani adalah buah yang dipercayai membantu merapat dan menegangkan dinding faraj. Ia juga dapat menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita.

Tannin yang terdapat dalam Manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula. Ia juga membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah dan memberi tenaga.

Anti-oksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim. Ia juga dapat membantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi. Manjakani yang bersifat astrigen pula boleh membasmi kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.

 Bukan itu sahaja,Ia juga dapat mencerahkan di samping melicinkan kulit di kawasan intim wanita. Astrigen penting untuk merawat keputihan dan juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas. Fungsinya yang bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak

Macam aku..aku mengamalkan pengambilan manjakani melalui jamu yang aku buat..aku masukkan dalam ramuan tersebut dan minum perahan air. Melalui satu blog yang aku baca, dia guna juga manjakani untuk membuat rempah untuk bertangas. Nanti kalau ada kelapangan aku nak cuba juga bertangas sendiri. Nanti kalau dah cuba boleh la aku kongsi kat sini..

Thursday, September 6, 2012

Evening Primrose Oil (EPO)

Evening Primrose Oil (EPO) memang supliment popular di kalangan wanita. Ia dikatakan mendatangkan banyak kebaikan kepada wanita terumata bagi tujuan kecantikan dan kesihatan dalaman. Dan yang penting, ia dikatakan boleh mengekalkan awet muda seseorang. Kiranya ni modern stlye 'jamu' la..aku pun baru je mula amik..sebelum ni aku banyak amalkan makan jamu and ulam2 je..


Aku baru beli kat farmasi


Evening Primrose Oil EPO ni meningkatkan lembapan kulit sebanyak 13.9 peratus, menyekat kehilangan lembapan 10.2 peratus, ketegangan 19.2 peratus, keletihan 22.2 peratus, kelembutan 3 peratus dan keanjalan 3.5 peratus. Evening Primrose Oil EPO boleh memperbaiki dan mengekalkan kerosakan kulit disebabkan penggunaan sabun pencuci dan lain-lain seperti radiasi matahari, bahan kimia, kosmetik, pendingin udara dan asap rokok


Ramai antara kawan2 aku dah lama amalkan EPO ni..aku je baru nak start..apa yang penting kita berusaha untuk menjaga penampilan dan kesihatan diri daripada biarkan begitu saja..
Ni ada sikit info yang boleh dikongsikan.
Kebaikan Minyak EPO berkualiti untuk kesihatan dan kecantikkan:


• Membantu mengawalatur kitaran haid

• Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut

• Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj

• Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak.

• Melegakan ekzema dan alergi kulit

• Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kilit kepala yang gatal

• Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah