Posts

Showing posts from May, 2011

Duri

Image
Duri tajam Duri melukakan Pada batang pokok Gagah berdiri Harus dielakkan. Aku bertanya Kenapa perlu kau di situ Kenapa harus melukakan Kenapa harus merosakkan keindahan. Jawab si duri, Aku di sini untuk melindungi Si bunga lemah supaya menjadi lebih gagah Biar matang bersama duri Baru keindahan lebih bermakna. Aku mengerti, Duri itu erti kehidupan Duri itu erti kematangan Duri itu satu kemestian Duri itu mukadimah kejayaan.

Hidup Melayu!!! Hidup Utusan!!

Image
Ari ni aku datang keje, terkejut aku tengok banyak org2 berkumpul kat tepi jalan. Pastu bila dah nak sampai depan pintu opis nampak polis ramai siap ngan perisai n cota. Baru aku tau yang lepas sembahyang Jumaat nak ada piket. Aku tak nafikan sedikit sebanyak aku rasa teruja gak nak tengok piket2 ni. hehehehe. Tepat dalam kul 3 kumpulan yang berkumpul tu mula berarak. Rupa2nya kumpulan yang berpiket ni merupakan ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Lebih 100 orang gak berkumpul kat depan pejabat Utusan Melayu (M) Bhd., Jalan Chan Sow Lin, Sungai Besi. Tujuan dorang adalah tuk menyerahkan memorandum sokongan terhadap akhbar Utusan Malaysia. Turut hadir kumpulan dari Pemuda Umno. Sepatutnya Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah mnguar-uarkan nak buat demonstrasi kat Utusan tapi last2 minit kata tak jadi. Katanya ada banyak lagi urusan penting. Oleh tu kedengaran la laungan Hidup Melayu! dari Perkasa dan juga Hidup Utusan! daripada Pemuda Umno. Tetiba aku rasa bersemangat

Polis oh Polis

 Menurut wikipedia yang yang cut and paste kat blog aku ni   perkataan  Polis merujuk kepada organisasi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan keselamatan dan kestabilan masyarakat menurut undang-undang negara. Di dalam kerajaan mereka berada di dalam cabang eksekutif - iaitu pelaksana undang-undang sivil (kecuali Polis Tentera yang melaksanakan undang-undang ketenteraan ). Sebagai cabang yang sangat mustahak dalam kerajaan, perkataan polis memang sesuai sekali kerana politeia bermaksud kerajaan atau pentadbiran dalam bahasa Yunani . Di setengah negara seperti United Kingdom polis dikenali sebagai Konstable , diambil dari perkataan Inggeris constable , iaitu nama awal untuk pegawai polis. Bagi perkataan yang aku bold kan tu, adakah benar 100 peratus daripada pegawai polis di Malaysia menjalankan tugas mereka sejujurnya atau pun menjadikan tugas dan jawatan tersebut menjadi umpama mahkota untuk mereka menjadi seolah raja. Aku kat sini just nak bagi komen mengenai

Selamat Hari Guru

Hari ni hari guru. Aku nak ucapkan terima kasih kat cikgu cekgi yang mengajar aku kat sekolah dulu. Aku banyak tukar sekolah and aku ni ada long term memory lost so aku tak ingat nama2 cikgu aku. Sekolah rendah aku sekolah kat tiga buah sekolah. 1st aku sekolah kat SRK Selayang Utama tapi aku sekejap je kat situ sebab salah daftar. Pastu aku masuk SRK Selayang Jaya. Sempat sampai darjah tiga je aku pindah plak Methodist Primary School (MPS) kat Jalan Gasing. Sebabnya mama n ayah berniaga kat Kg Kerinchi so senang lagi kalau aku sekolah kat situ.  Masa kat MPS, ada satu cikgu bahasa Inggeris ni nama dia apa ntah, dia selalu cubit bibir aku. Cuba ko bayangkan macam mana nak cubit bibir..hahahahaha..Ye la aku kan banyak cakap so cikgu ni cubit bibir aku. Sakit tau. Aku ada geng cakap satu mamat ni, kalau tk silap shahrizat ke nama dia. Satu hari kita orang baru lepas rehat. Beratur nak masuk kelas. Aku seperti biasa la kepoci bercakap ngan dia. Dia pun banyak cakap. tetiba cikgu ni cubit

Berat Badan...aish...

Aku punya berat badan dah statik. Walaupun berat aku skang dalam 45-47kg ramai kata mana berat sangat. Tp memandangkan aku ni pendek juat 147cm je berat tu dah berlebih buat aku. Serius, bila masuk keje dengan berat lebih, isi terkeluar sana-sini dengan teguran orang kata aku gemuk semua tu buat aku lagi stress. Padahal benda tu normal bagi semua org yang baru lepas bersalin tp ada jugak yang bersalin2 je trus kurus. Tu anugerah tuhan kat korang. Tapi jangan la gunakan badan korang yang kurus tu nak perlecah org yang berisi cam aku ni. Kekadang tanpa kita sedar kita dah buat org kecik ati. Jika masa adam tu aku banyak masa tuk bersenam. Kali ni aku agak busy dengan urusan anak, kedai dan jugak keje. Sepanjang sebulan aku baru start keje ni aku baru berkesempatan jogging 3 kali je. Berat still tak turun-turun. Aku dah macam desperate nak kurus sampai dah jadi satu macam tekanan plak. Aku pun heran kenapa aku stres sangat ngan bentuk badan aku padahal aku tak la kategori gemok ke apa

Aku Bingung.. (1st attempt tulis poem dalam blog)

Aku duduk di atas bangku mata terpaku Telinga ku bingit dengan alunan keras Indah alunannya namun awan hitam yang ku terbayang Sandar kepala ke dinding tangan menongkat dagu. Aku bingung. Berusaha benar dia menghiburkan Namun ku masih dungu Mendamba sesuatu yang tak mungkin Walaupun sudah nyata ia milikku Aku resah. Di luar sudah gelap Mahu pulang atau tidak aku tak pasti Namun tiada yang menunggu, tiada yang menghirau Terus saja mata terpaku mendengar indah muziknya Aku biarkan saja. Terfikir kenapa aku Terfikir kenapa dia Kau tak layak untuk keberkatan ini Permainan ini hanya yang mahir juaranya Aku teruskan saja.

Susu dah kurang...argh!!!

Image
Baru-baru ni aku makan pil perancang yang aku beli kat kakak indon jual jamu. Saja je nak cuba. Aku sebelum ni selalu beli jamu kat dia so tak salah aku nak cuba pil tu lagi pun murah je RM3.50. AKu baru makan tak sampai seminggu tetiba susu aku tak ada. Ada sikit je. Aku sendiri boleh rasa kosong. Sebelum ni kalau tak perah lebih 3 jam aku dah leh rasa sesak dah. Semalam aku kat opis sampai ptg tak rasa bengkak langsung. Rizqy menyusu lama gila tp dia still tak puas2. Last2 bancuh susu formula 2oz habis dia minum. Frust sangat bila jadi cam tu. Pam kat opis pun dapat 1oz je tau!. Start smalam aku dah stop dah makan ubat tu. Tadi aku pam dapat la lebih skit dalam 2oz. Ok la dari smalam. Selalu aku leh dapat 4-5oz. Susu aku tak lah semeriah org lain. Tapi daripada tak ada langsung, leh la jugak aku memanjangkan jangka hayat breastfeeding aku ni kat rizqy. Semalam Kak Bintu kat Utusan dia suggest aku beli kurma merah ngan longan kering. Rebus buat air tuk tambahkan balik susu. AKu mema