Posts

Showing posts from April, 2011

Warkah untuk Anak....

Image
Tanggal 25 April 2009, kau telah menyerikan hidup aku dengan tangisan kecil mu dengan gengaman tangan yang hanya sebesar jari kelingking ku. Setiap jerih aku membawamu selama hampir 9 bulan dan keperitan melahirkan mu terbayar dengan tawa yang kau berikan sepanjang dua tahun ini. Kau telah mengubah hidupku sepenuhnya. Kau mengubah peribadiku. Kau mengubah naluri ku. Kau mengubah penampilan ku dan yang penting kau mengubah tanggungjawabku. Ku ingin kau menggenggam tangan ini selamanya. Ku ingin terus memimpin mu ke hujung jalan. Ku ingin terus memeluk mu di kala kau berduka/ Wahai anak ku, kau mengajar aku apa itu kasih sayang. Memiliki mu membuatkan aku merubah menjadi sesuatu yang aku tidak sangka akan aku lalui iaitu menjadi seorang IBU. Kau menjadikan aku lebih matang dalam mengharungi hidup yang penuh dugaan ini. Sedikit pun tiada sesal dalam hati ini melahirkan kau ke dunia ini wahai anak ku dan aku berharap mampu memberi yang terbaik agar kau tidak  menyesal aku menjadi ibu

Peluang Perniagaan Dengan Modal Kecil

Di sini saya ingin mencadangkan kepada mereka yang ingin membuka perniagaan sendiri dalam bidang dobi tetapi tidak mempunyai modal yang banyak terutama untuk membeli mesin. Sebagai permulaan, membuka collection centre atau pusat pengumpulan adalah idea yang terbaik dan mudah untuk dilaksanakan. Modal yang diperlukan kurang daripada RM5,000 untuk membuka pusat pengumpulan anda sendiri. Kos tersebut bergantung kepada berapa harga sewa tapak atau kedai yang bakal menjadi collection centre. Selebihnya adalah untuk kos2 seperti timbang, meja kaunter, alat tulis dan beberapa peralatan untuk kegunaan kedai. Di sini saya ingin menawarkan harga cucian RM1.50 setiap kilo kepada mereka yang berminat membuka pusat pengumpulan ini. Caranya mudah, anda hanya mengumpulkan cucian dan kemudia hantarkan kepada kami. Keuntungan anda bergantung kepada berapa RM anada kenakan bagi setiap kg kepada pelanggan. Kepada sesiapa yang berminat dan ingin tahu lebih lanjut boleh hubungi saya di 0192682280 ata

Working mom...

Dah seminggu aku start keje. Bermulalah kembali tuga aku sebagai reporter selepas 2 bln cuti bersalin. Hmm, memang kalau ikutkan aku macam tak nk masuk je keje balik tapi seronok sebenarnya bila dah keje ni. Leh jumpa kengkawan n lepak-lepak. Cuma yang agak menganggu bila susu mengeras. Tak selesa beb. Jadual aku bermula seawal pagi. Walau kau keje  masuk kul 10 aku bangun awal sebab laki aku g keje awal. So dia akan angkat anak2 aku masuk dalam keta. Aku akan gerak ke Selayang awal pagi. Sampai selayang aku sambung tido tak pun aku trus antar Rizqy g taska. Si abang mamatok dia jaga. Pastu aku terus g keje. Penat gak sebenarnya jadi working mom with 2boys to take care. Tu tak masuk bapaknya lagi. Ngan kedai dobi aku lagi. But im trying to fit in. Nak tak nak aku kena buat juga sebab itulah kehidupan aku. Kalau dapat assignment pagi terpaksa la pagi2 buta aku bergerak. Being in the ofis kekadang seronok gak. Leh jumpa kengkawan. My work is fun actually walaupun ramai yang tertany