Saturday, December 29, 2012

Sekitar banjir di Kelantan 2

Berkumpul di Balai Bomba Rantau Panjang

Bersiap sedia mengharung banjir

Naik bot untuk kali kedua

Seronok aku 1st time tengok banjir n main air banjir

Itu fotografer Utusan..Rosni Masri

Jalan Rantau Panjang dah jadi taman tema

Budak2 lah yang paling seronok bila tiba musim banjir

Pemandangan ini hanya mungkin boleh didapati di Kelantan

Thursday, December 27, 2012

Sekitar banjir di Kelantan....



Tahun ini aku mendapat pengalaman yang paling beharga dalam hidup aku dan sepanjang hampir 8 tahun aku memegang jawatan sebagai wartawan. Walaupun sangat penat..tapi pengamalan untuk bersama-sama melihat bencana alam yang melanda Kelantan merupakan sesuatu yang sangat menyeronokkan. Dan aku tahu tidak semua berpeluang merasai apa yang aku lalui dua tiga hari ini. Aku sertakan gambar-gambar sepanjang aku membuat liputan banjir di sekitar Rantau Panjang..






Esok aku masukkan selebihnya gambar..tak sempat plak nak download ari ni..Tiga gambar ni diambil sewaktu pasukan bomba membawa para wartawan untuk memasuki kampung yang terputus hubungan dengan dunia luar dan terpaksa membina sendiri pusat penginapan sendiri. Ini adalah pengalaman yang aku rasa sangat berharga..walaupun ditimpa bencana tapi aku rasa penduduk kampung sangat enjoy dengan keadaan ini..lihat saja budak2 yang seronok sangat bermain air banjir..


Saturday, December 22, 2012

Musim hujan = Banjir is coming!!!

Dah seminggu rasanya hujan tak berhenti walau seminit pun di bumi Kelantan..tak merasa aku mendongak kelangit sepanjang minggu ini dan memijak bumi yang kering..

Jik akeadaan ini berterusan dengan kadar hujan yang lebih lebat..makanya..bumi Kelantan akan Banjir!!! Weho!!! tak sabar rasanya sebab aku tak pernah tengok banjir..tahun ini tahun pertama aku bertugas di Kelantan so aku akan dapat merasai membuat liputan di kawasan2 banjir..mesti seronokkan...

So kena bersedia dengan selipar getah, baju hujan dan juga payung!!

Friday, December 14, 2012

Bantu rakyat kita dahulu...

Kebelakangan ni ramai yang terkesan dengan apa yang berlaku di Gaza dan berpusu-pusu individu dan organisasi untuk menghulurkan bantuan. Aku suka lihat semangat mereka untuk membantu rakyat dunia dan bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka. Aku jugak kadang kala hampir menitiskan air mata bila melihat gambar-gambar yang memperlihatkan penderitaan mereka terutama yang melibatkan kanak-kanak dan juga wanita. Tak dinafikan sekarang ni banyak misi kemanusian yang dihantar ke sana bukan sahaja dari Malaysia tetapi dari negara seluruh dunia.

Bukan di sini aku nk mencela usaha mereka cuma aku rasa terlalu banyak misi kemanusian yang dihantar ke luar yang melibatkan negara-negara krisis dan juga negara yang ditimpa bencana. Aku rasa mungkin 50 peratus daripada mereka/organisasi tersebut mahukan publisiti sebab setiap kali misi dijalankan pasti mereka bawa wartawan dan mahu disiarkan dalam akhbar atau televisyen. Buat press conference, bergambar sana-bergambar sini, kemudian menitiskan air mata...Aku seumpama sudah tidak mengerti tujuan utama mereka menghantar misi tersebut..sama ada untuk nama atau atas dasar keperimanusiaan dan ingin membantu.

Beberapa minggu lepas aku ada terbaca satu artikel dari sisipan Mega di Utusan mengenai lambakan misi bantuan kemanusian dari NGO2 negara ini. Termasuk yang dihantar ke Kemboja, Palestin, Somalia, Indonesia, Gaza, dan banyak lagi. Mulia sebenarnya niat mereka tu tapi jika terlalu banyak ia dilihat seperti satu trend di mana siapa yang dapat menghantar misi tersebut, mendapat satu 'nama' yang memperkukuhkan organisasi mereka dengan kerja2 CSR.

Sudah hampir genap setahun aku bekerja sebagai Wartawan Kosmo di Kelantan. Banyak juga yang telah aku belajar dan lihat di sini. Kelantan mengajar aku erti sebenar kehidupan dan makna berdikari yang sebenar. Orang kata Kelantan negeri yang miskin, dan rakyat Kelantan menafikannya sekeras2 dengan menyatakan ramai orang kaya di Kelantan. Ya..tak dinafikan ramai golongan yang kaya dan berjaya berasal dari negeri ini tetapi nisbahnya tidak setara dengan bilangan kemiskinan.

Aku hendak kongsikan pengalaman aku yang aku lihat sendiri di sini. Aku adalah budak bandar yang hanya mengenal erti debu asap kenderaan dan juga dinding konkrit. Pada awal perkhidmatan aku di sini aku di bawa masuk ke dalam kawasan perkampungan di Tumpat yang merupakan antara daerah yang paling ramai keluarga miskin tegar. Hampir menitis air mata aku apabila dibawa ke sebuah rumah yang didiami oleh dua keluarga yang rupanya hampir roboh. Lantainya berlubang dan boleh menampakkan tanah di bawahnya. Untuk menutup lubang2 tersebut mereka meletakkan tikar getar. Mereka masih menggunakan kayu api untuk memasak. Dapur gas ada tapi hanya digunakan sekali sekala. Nak basuh pinggan kena mencangkung di bahagian luar di atas konkrit yang berlumut. Bilik mandi pula hanya dibentengi playwood yang berlubang serta kepingan zink nipis. Dalam rumah itu ada sepasang suami isteri yang baru berkawin. Ekoran tak ada bilik..ruang tidur mereka hanya dipisahkan dengan kain yang digantung seperti kelambu. Bayangkan macam mana kehidupan mereka.

Aku akui.. walaupun aku bukanlah dari keluarga yang kaya raya, tapi kehidupan kanak-kanak dan remaja aku jauh berbeza dari mereka. Kalau la aku dikurniakan tuhan kelebihan wang ringgit, mahu kiranya aku lakukan sesuatu untuk memperbaiki kehidupkan kanak-kanak miskin terutamanya supaya mereka walaupun sedikit boleh merasa keriangan yang pernah aku rasai sebelum ini. Sumpah aku katakan disini, sebelum ini aku hanya menganggap kemiskinan tegar yang aku saksikan di Tumpat itu adalah kisah terpencil..tetapi rupanya ia adalah kisah yang telah menjadi kebiasaan di kalangan penduduk kelantan. Celik sahaja mata aku..aku sudah naik kereta..bilik air lengkap segala siap ngan heater (sampai skang aku tak biasa mandi air sejuk), makanan sampai tak larat makan, pakaian yang cantik, TV, Komputer, Computer game..tp bayangkan kanak2 tersebut..walaupun mereka nampak gembira, adakah peluang terbuka luas untuk mereka mengubah nasib?
Cerita di atas adalah rumah pertama yang aku lawati. Pada hari itu aku pergi tiga buah rumah yang senasib. Itu baru tiga buah..bayangkan kalau tawaf sekampung mahu berhari2 pun tak habis. Seperti kisah yang kita lihat di dalam rancangan Bersamamu TV3 tu, satu keluarga setiap minggu, tapi aku jumpa kisah seperti itu setiap hari. Ramai sebenarnya miskin tegar di Kelantan yang tidak mampu untuk makan nasi berlaukkan ayam walaupun sebulan sekali. Bukan perkara ini tersembunyi atau perlu mencari bersungguh-sungguh untuk menemui keluarga miskin, naik kereta setengah jam dah boleh jumpa 3-4 keluarga. Kemiskinan di hadapan mata.

Aku percaya..perkara ini bukan hanya ada di Kelantan. Perkara ini juga berlaku di negeri-negeri seperti Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis. Kenapa kita buat tak nampak? Bukan niat aku nak kata negeri ini miskin cuma aku nak cerita tersentuhnya hati aku bila melihat beberapa pekerja rakan aku yang membuka kedai makan terlalu teruja bila kata aku nak belanja KFC..Sebulan sekali pun belum tentu mereka nak pergi makan KFC sebab sayang duit..Kat KL pun ada juga tapi tak la seramai di sini. Dengan labour pay murah kat sini. Gaji kerani RM450?!! nak makan apa.. rata-rata gaji kerani paling tinggi adalah RM600-RM700 tapi amat jarang untuk ditemui. Standard RM450. Keje kedai makan RM500. Belum kira kerja kampung..RM300 pun belum tentu sampai. Dan kebanyakan anak muda kelantan hanya mampu bekerja di kedai makan, stesen minyak, kedai-kedai kerana tidak mempunyai pelajaran tinggi. Mereka yang well educated dah migrate ke bandar besar seperti KL.

Do something about this please before trying to save others..ini anak bangsa kita. Apa kata duit yang kita ada nak naik kapal terbang tu kita bantu keluarkan mereka dari kemiskinan tegar. Hadkan misi bantuan keluar dan hantarlah sebahagian bantuan itu untuk rakyat miskin di Malaysia. Datangla ke negeri-negeri seperti ini dan bina sesuatu yang boleh menjana pendapatan kepada mereka. Tawaran pekerjaan di Kelantan sangat sikit dan gaji sangat murah. Mereka yang tinggal di bandar seperti Kuala Lumpur malah mereka yang merupakan anak Jati kelantan juga mungkin sudah lupa dan tidak  menyedari kewujudan miskin tegar ini.

Teringin aku nak bawak artis-artis dan golongan korporat tu berjalan pusing kelantan dalam One Day Poverty Tour..Hmm..menarikkan kalau kita buat trip macam tu..buat kat negeri lain juga. Pastu x ada alasan untuk dorang kata dorang tak tahu pasal kemiskinan dan kesusahan bangsa sendiri..Mereka juga layak untuk mendapat perhatian seperti penduduk Gaza terima. Cuma mereka bukan cedera dibedil peluru, mereka menjadi mangsa kemiskinan duniawi.

Mungkin ramai yang berada atau berjaya dengan usaha mereka akan mengatakan, kalau dah susah pergila kerja.usaha la sendiri, aku pun bukan senang sekelip mata, kena usaha keras juga. Ya..betul aku tak nafikan tapi kena ingat, kadang-kadang kita berjaya senang sebab dikurniakan peluang untuk melangkah. Tak semua dapat peluang macam tu. Mungkin mereka mewarisi kemiskinan ibu bapa dan tidak mampu menyambung pelajaran. Rata-rata yang aku jumpa, semuanya bekerja, dari cari botol, kertas, kotak, ada yang jual buah..ada yang bawak beca..tapi berapa sangat mereka dapat dari usaha mereka dan penat lelah itu. Jadi renungkan la..

Saturday, December 1, 2012

Jangan Merungut Pada Dunia.. Tips atasi masalah diri/perhubungan

Perkara biasa yang sering menjadi lumrah dunia bagi orang sekeling adalah merungut bila kita ditimpa masalah. Bukan tak boleh merungut..tapi berpada-pada la kan. Masalah dalam kehidupan memang sentiasa adalah yang kita sebagai manusia perlu bijak untuk menguruskan masalah kita supaya tidak menjadi lebih berat. Tuhan menurunkan dugaan untuk menjadikan kita  matang dan ingat kesilapan diri. Aku percaya pada karma. Walaupun ia kepercayaan Hindu, bagi aku, dalam Islam juga kita percaya bahawa kadangkala tuhan menurunkan sedikit musibah sebagai balasan terhadap dosa-dosa kecil.

1. Muhasabah diri
Muhasabah diri sangat penting setiap kali kita ditimpa masalah dan dugaan. Lihat di mana silap kita sehingga diturunkan musibah dan dengan cara itu kita lebih tenang untuk menghadapi cabaran tersebut.

2. Jangan Salahkan Orang lain
Perkara yang paling harus dielakkan adalah menyalahkan orang lain setiap kali masalah timbul. Cari kesilapan diri terutama dalam perhubungan antara manusia mahupun hubungan suami isteri. Jika kita berganduh sesama pasangan, elakkan mancari salah pasangan kerana ia akan mengeruhkan keadaan. Lihat diri kita, adakah kita sudah menjadi yang terbaik untuk si dia. Jangan asyik kata, dia tak bagus untuk kita.

3. Lihat masalah secara positif
Sebagai contoh, sekirannya kita tersepak batu dan kaki kita sakit, selain daripada mengerang, tak kan kita nak salahkan batu itu sedangkan kita yang menyepaknya. Daripada memarahi sekeliling, lebih baik kita ucapkan syukur kerana tuhan hanya bagi kita sakit dihujung jari dan mungkin berdarah sedikit sedangkan ada yang lain, diturunkan dugaan sehingga hilang sebelah kaki. Maknanya, bila kita memikirkan masalah orang lain lebih berat dari kita, kita akan lebih bersemangat untuk mengharungi kehidupan dengan pelbagai dugaan. Bila datangnya dugaan, ucapkan alhamdullilah.

4. Jangan samakan masalah kita dengan orang lain
Kita juga jangan menyamakan masalah individu lain dengan diri kita. Sebagai contoh, aku ada rakan yang bergaduh bersama suaminya dan meminta nasihat daripada seorang lagi rakan yang baru sahaja bercerai ekoran suami yang kaki perempuan. Dia meletakkan masalah dirinya menyamai individu kedua ini yang aku rasa masalah mereka jauh panggang daripada api. Bila kita meletakkan masalah diri kita terlalu berat, maka semakin sukar kita mencari jalan penyelesaian.

5. Jadi pendengar yang baik
Kita cuba mendengar masalah orang lain. Dengan cara ini kita boleh lebih memahami masalah duniawi dan menjadi lebih matang untuk menghadapi segala kemungkinan.

6. Jangan lepas tangan.
Bila kita ada masalah..kita perlu cuba selesaikan masalah dan jangan mengambil konklusi terlalu awal. Jika masalah berhubungan perhubungan suami isteri, jangan terlalu awal untuk mengambil keputusan untuk bercerai..cari jalan penyelesaian. Jangan putus asa kerana pasangan kita adalah milik dan hak kita. Namun jika penceraian adalah jalan yang terbaik, kita harus redha.

7. Belajar untuk memaafkan.
Kita perlu belajar memaafkan individu lain terutama pasangan kita. Kita perlu ingat semua pasangan menghadapi masalah yang sama cuma membezakan bagaimana kita menghadapinya. Jika kita rasa pasangan kita tidak sesuai atau tidak cukup bagus, perlu ingat bahawa kita dipasangkan oleh tuhan ada sebabnya.. Mungkin kita hanya layak untuk dapat pasangan yang begitu. Oleh itu, berbalik kepada tip 1 iaitu Muhasabah Diri.

8. Perbaiki diri.
Bila kita sudah meneliti sedalamnya mengenai diri sendiri dan menjumpai kekurangan diri yang mungkin menjadi penyebab kepada masalah anda, cuba perbaiki diri. Sebagai contoh, sekiranya anda menjadi punca kepada pergaduhan suami isteri kerana anda seorang yang suka menurungut, memaki atau mencari masalah, cuba kurangkan dan ikut kehendak pasangan kita. Sekiranya pasangan kita menyukai suami/isteri yang suka berhias, tidak salah untuk kita mengubah cara dan diri demi menambat kembali hati pasangan.

9. Dekatkan diri dengan tuhan
Tiada cara yang terbaik untuk mencari ketenangan melainkan mendekatkan diri dengan tuhan. Berdoa untuk kesejahteraan adalah digalakkan. Doa disertakan usaha..insyaallah.

10. Buka minda
Yang terakhir..bukalah minda dan cuba mendengar nasihat daripada mereka yang terdekat. Kekadang nasihat rakan-rakan sangat lah berguna. Namun, harus berhati-hati, kerana nasihat rakan2 juga kita akan mencedurng melakukan kesilapan terbesar dalam hidup kita.