Posts

Showing posts from June, 2010

Aku Wartawan..

Pejam celik..pejam celik dah hampir lima tahun aku bergelar seorang wartawan akhbar. Bila orang tanya kerja apa, n aku jawab wartawan..mesti orang akan diam sekejap lepas tu macam2 soalan keluar kat mulut dorang. Seronok tak..mesti tak ada masa..susah..macam2 lagi la..Tapi im enjoying my job so much. Kerja aku sangat menarik dan terlalu dekat dengan jiwa aku. Tension tu biasa la..kerja mana tak tension kan. Bagi orang yang sangat aktif dan suka kerja luar..bidang kewartawanan sangat sesuai dengan aku. I luv writing..mulut bising..banyak soalan..sesuai ngan aku kerja ni..hahahaha. Bagi aku, menjadi wartawan bukan lah sukar seperti yang ramai anggap. Kerja aku tak ada punch card. Jika assignment sebelum pukul 12tgh aku boleh gerak terus dari rumah. Kalau selepas 12 tgh aku perlu masuk ofis dulu. Kemudian selepas assignmnt masuk opis taip story. Mula2 memang susah sebab rasa semua yang org cakap aku nak tulis..tapi lama kelamaan masa interview kita dah tau apa yang hendak ditulis. Dan ak

Malindo..

Image
Hari ni aku rasa nak tulis sesuatu yang serius. AKu pernah menulis topik ini satu ketika dulu dalam salah satu siaran Kosmo. Mengenai hubungan Malaysia dan Indonesia. Tajuk article aku time tu Jangan Biar Berpanjangan. Kiranya nukilan aku mengenai perbalahan antara dua negara serumpun ini yang tak pernah ada penghujungnya. Sebelum ni memang aku tak tahu menahu pasal ni. Tapi bila aku memilih untuk menulis topik ini ekoran kejadian buluh runcing waktu itu, research telah menemukan aku banyak info termasuk kajian yang dilakukan oleh pensyarah-pensyarah tempatan. Daripada yang aku perolehi untuk bahan tulisan ku, segalanya bermula akibat kebencian Indonesia kepada Malaysia. Kemarahan Indonesia terhadap Malaysia bukanlah perkara baru. Malah, insiden-insiden seperti tunjuk perasaan dan membakar Jalur Gemilang sudahpun berlaku sejak puluhan tahun lalu. Paling terpahat dalam jiwa penduduk Malaysia adalah kempen Ganyang Malaysia yang dilancarkan oleh Presiden Sukarno pada tahun 1963 keran

Jangan hidup dalam penafian..

Jangan sesekali kita merasakan bahawa setiap yang terjadi adalah berpunca daripada perbuatan orang yang mungkin berdengki atau iri hati. Pernah atau tidak kita bertanya pada diri sendiri, selama kita hidup ada atau tidak sekali terdetik hasat atau rasa ingin berlumba. Jangan kerana kita terlalu ghairah dengan kejayaan duniawi kita melupakan titik-titik kecil dalam moral kehidupan manusia dan yang paling penting kita menyakiti darah daging sendiri. Banyak kejadian yang terjadi di hapadan mata membuatkan aku lebih menyayangi dan menghargai keluarga aku.Betapa pentingnya ikatan tatkala kita dirundung kesusahan. Tetapi jangan disebabkan ikatan, kita mengelak daripada kenyataan dan kebenaran. Walaupun begitu pahit untuk ditelan, kita harus tahu bahawa sepahit-pahit peria, banyak khasiatnya untuk kita. Maknanya, sepahit mata kebenaran itu, ia mungkin akan mendatangkan kebaikan untuk masa hadapan sekiranya kita menumpukan sepenuh perhatian terhadap satu2 hal. Setinggi mana kejayaan kamu seb

Bangsa Pemusnah Bangsa

Kenapa aku pilih topik ini? Sebabnya tadi masa aku memandu pulang aku teringat perbualan dengan teman-teman sekerja di meja bulat depan opis. Dah berminggu rasanya tp baru hari ni aku terasa nak coretkan sesuatu kat sini. AKu ni memang tak suka sangat topik pasa politik n aku sememangnya bukan politic writer. Tapi perbualan aku dengan mamat India yang kekadang pakai lense warna grey ni buat aku betul2 terfikir. Gurauan mamat ni kekadang menyakitkan ati pastu soalan yang dia tanya kat kita tu kekadang rasa nk lepuk je pala dia. Tapi sebenarnya dia ni terlalu banyak knowledge yang dia gain through many way. Ari tu dia buka topik tentang betapa bencinya kaum India pada Samy Velu. Dia bagi tau atuk dia memang benci sangat kat Samy Vellu. Sebabnya pada tahun 80-90an masa tu Samy memegang satu portfolio penting. Kerajaan telah beri dia berjuta ringgit yang telah diperuntukkan untuk kaum India tapi kata mamat ni, peruntukan itu tak sampai kat yang sepatutnya. Sebaliknya Sami dan konco-konco

kisah seorang manusia

Setelah seminggu bband ada kat mama, baru ari ni aku boleh boleh tulis next topik. Sebenarnya banyak topik aku nak tulis tapi aku mulakan yang ini sebab mungkin ia lebih menarik minat aku. Tahun ini aku berumur 27 tahun. Hmm masih muda jika ingin bercerita mengenai pengalaman. Tetapi bagi yang mngenali aku, terlalu banyak perkara yang telah berlaku dan aku lakukan sblm ini n most of it is wrong. Tp org putih kata past is past. Tp percaya cakap aku, telah banyak kisah yang aku lalui, tempat aku jejaki, rakan yang aku kenali, org yang aku jumpai dan cerita yang aku karangkan. Selama itu aku pelajari banyak perkara mengenai kehidupan. Apbila kita tersesat jalan, sampai bila pun kita pasti akan ingat laluan itu. Kisah ini aku ingin ceritakan sebagai halwa mata sesiapa yang membaca dan juga teladan. Kenapa harus wujud manusia yang melakukan kesilapan di muka bumi ini. Jawapan aku, sebab tuhan ingin insan lain melihat manusia itu sebagai teladan dan manusia itu pula belajar daripada kesila