Ibu Susuan..

Hari ni aku baca entri salah seorang blogger mengenai seorang ibu muda yang enggan menyusukan anak dia so aku terasa nak tulis sedikit mengenai aku. Aku menyusukan kedua-dua anak aku tak la lama sangat. Masa Addam sampai 3 bulan je tapi masa Rizqy lama sikit and aku stop pun sebab susu dah tak banyak ditambah plak aku terlalu sibuk sampai menggangu rutin mengepam di opis.

Aku bersalin 2 bulan selepas kakak aku. Walaupun anak kami beza dua bulan je tapi Rizqy dan Qaseh berbeza tahun kelahiran. Qaseh tahun 2010 and Rizqy plak tahun 2011. Selepas kakak aku melahirkan Qaseh dia tak dapat menyusukan anak dia sebab she's not producing any milk. Masa aku bersalin mak aku ada suggest suh aku breastfeedkan Qaseh tapi aku ngan kakak aku tak berapa nak ye la anak kami lain jantina takut nanti bercinta plak dah tak leh kawin..hahahaha..bila kami cakap cam tu mak aku bising la ye la tak kan kami tak nak salasilah keluarga berkembang, tapi kalau dah nanti dorang bercinta dah nak kawin lari ke siam bagai..hahahaha..bila pikir2 balik lawak pun ada.

Selepas saja habis pantang Qaseh mula sakit. Cam demam la, jangkitan kuman la, kahak la, and macam2 lagi. Dia selalu masuk spital. Pernah sebulan tu sampai dua kali dia masuk spital. Kakak aku dah habis ikhtiar dah. Dr cakap anak dia imunisasi kurang maybe sebab tak minum susu ibu.

Bila Doktor kata cam tu dia call la aku tanya kalau-kalau aku sudi nak susu kan anak dia. Time tu Qaseh dah 7 bulan and Rizqy plak dalam 4 bulan gitu. Aku kata aku tak kisah asalkan dia pun tak kisah. Aku pernah cuba nak direct feed Qaseh tapi maybe sebab dia tak pernah menetek sebelum ni, dia tak reti. So aku amik semua stok yang aku pump kat opis (tak la banyak mana pun) bagi kat Qaseh. So sejak itu aku dah tak bekalkan EBM tuk Rizqy kat taska sebab aku simpan tuk Qaseh. So hujung minggu dorang akan amik. Alhamdullilah Qaseh nak minum dalam botol. Aku pun time tu dah tak leh produce banyak sangat dah sebab sibuk ngan assigment sampai mengganggu jadual mengepam. Aku just leh produce 5-6 oz je per day tapi jadi la tuk dia buat ubat.

Bila aku cerita kat orang, ramai yang macam tak percaya kerana wujud lagi ke ibu susuan zaman sekarang ni. Tapi itulah kenyataan aku mempunyai anak susuan. Walaupun tak la banyak mana tapi cukup la melebih syarat 3 kali kenyang untuk dia jadi anak susuan aku. Dia minum susu aku setiap hujung minggu tapi ada jugak sekali sekala parent aku hantar bekalan susu ke rumah dorang di Shah Alam. Kuasa tuhan selepas tu Qaseh dah tak pernah sakit lagi and till now dia dah setahun, tak pernah sekali pun dia masuk spital.

Begitu la kuatnya kuasa susu ibu tu. Kepada sesiapa yang membaca, kalau anda boleh dan berkemampuan menyusukan anak anda, berilah semampu yang boleh. Jangan menyesal di kemudian hari. Kita hanya ikhtiar tapi kalau anak tetap sakit walaupun dia minum susu ibu, itu adalah kuasa dan dugaan tuhan.

Ni la Qaseh Qaisara (1 thn)


Muhammad Addams Al-Rizqy (10 bulan)


Comments

akuzle ayu said…
alhamdulillah! entri sis ini menambahkan lagi motivasi sy utk bf ekslusif utk Adik Iffah sy. baru 4 bulan dia. sy kemari 'ekoran' dari komen sis d blog dr. hannan. psl entri yg baby sakit tuhlaa. bergenang air mata sy baca entri beliau tuh. sy mmg 'salute' sis menjadi ibu susuan. bukan org lain pon malahan ank buah sendiri kan? sy mendoakan kesejahteraan sis sekeluarga..amin3!! salam kenalan yea?
juliaismail said…
Salam perkenalan. Terima kasih sudi singgah ke blog saya... Harap2 kita sama2 boleh boleh mendidik ibu2 lain mengenai bertapa pentingnya susu ibu itu..
fatin said…
wah.. jadi julia ada anak susuan.. touching sgt baca ni.. =}
juliaismail said…
Anak kakak Julia. Sebab dia selalu sakit tu yang amik susu julia buat ubat.

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri