Pas, Umno bersatu?

Aku duk sibuk surf internet pagi2 ahad ni aku terbaca satu berita yang dah lama dah. Tahun 2010 mengenai kenyataan Tan Sri Harussani Zakaria mengenai harapan dia melihat Umno dan Pas bersatu demi perpaduan Umat Islam dan Melayu. Menarik sebab aku pun selalu jugak terfikir kalau dua2 parti ni bersatu maka kuat la bangsa Melayu di negara ini. Memang pendapat masing-masing bercanggah, Pas cara Pas dan Umno cara Umno tapi aku suka kenyataan Tan Sri, iaitu sekiranya umat Islam hanya setakat berbeza pendapat, ia merupakan rahmat kerana perbezaan itu boleh membawa kepada kemajuan.



Bagus kan kalau kedua2 nya bergabung. Kekuatan kedua2 pasti boleh memperkukuhkan kedudukan umat Islam di Malaysia. Umno yang telah lama memerintah negara mempunyai pengalaman dan juga kelebihan dari segi selok belok pemerintahan di samping jaringan dengan negara dunia. Manakala Pas pula boleh membantu membimbing dari segi keagamaan agar setiap urusan berlandaskan agama Islam yang diredhai Allah. Bayangkan hasilnya? Silap hari bulan negara kita akan menjadi negara yang dicemburi dunia kerana kejayaannya walaupun dalam peta dunia, negara kita lebih kecil dari duit lima puluh sen.

Kalau nak baca keseluruham imtipati article tu klik sini


+



Comments

Ahmad Tongkeng said…
maybe in our next life..

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri