Twincity Half Marathon 2019..My first HM!!

Ok, hari ni cerita pasal my first Half Marathon (HM). Twincity Half Marathon 2019, 20 December 2019. Lama dah kejadiannya tapi now baru nak cerita..hahahaha. Sejujurnya aku ni bukan la runner pun. Tak pernah berlari pun seumur hidup apatah nak masuk long distance running ni. Tapi disebabkan kawan-kawan, aku terjebak.

Aku Bukan Runner

Macam aku cakap, aku bukan runner. Bukanlah seorang yang sangat lasak pun. Lasak acah-acah je. Tapi masa sekolah dulu kalau nak diikutkan, aku ni memang la sport girl yang pencapaiannya agak tinggi jugak lah. Tapi sukan aku ni sukan feeling lebih..hahaha. Aku gymnast masa sekolah rendah and dipilih utk menjadi salah seorang peserta dalam program Tunas Komanwel 1998 di bawah negeri Selangor. Kira tinggi la tu kan. Dalam sekolah aku time tu SK Methodist, aku sorang je terpilih. Training dia jangan cakap la kan sebab training dia standard national team punya training. Pernah la jugak wakil sekolah main hoki masa sekolah menengah tapi sekolah aku memanjang kalah tak pernah menang..hahahahaha. So, kalau nak kata lari ni..memang tak la pernah.

First Run 3km.

Aku start nak aktif balik lepas bersalin anak ketiga tu, si Camelia 2016. Ye la kan time tu bersabung nyawa and sebahagian organ hilang kan (lost my uterus). So nak cari benda tuk mengisi kesedihan hati tu aku start la buat benda-benda ni. First run aku 2017, 3km, Ya Allah masa tu rasa nak mampus menghabiskan 3km tu. Tapi bila dapat medal jadi seronok plak.

Obstacle Run

Bila dah seronok tu, aku join pulak kawan-kawan sama kerja dulu di akhbar Kosmo!. Depa ni rajin join obstacle run. First aku join Warrior Challenge 10km. Hazab wei..10 km..hahahaha..tapi alhamdullilah habis la jugak. So selepas tu banyak jugak la aku join dorang, Spartan, Northface paling paing jauh pun 10km je la.

Hiking

Lepas tu aku start hiking plak. Sama la ngan geng-geng Kosmo!. Dari satu bukit ke satu bukit pastu upgrade ke gunung. Masa aku dah sign in nak hiking gunung Datuk, Negeri Sembilan la yang aku dapat invitation percuma..hahahaha..21km ganti sorang rakan yang tak boleh run. Yang bestnya tarikh dia sehari selepas turun Gunung Datuk..Yes..aku yang gila ni terima la cabaran tu,,hahaha

Twincity Half Marathon 2019

Sejujurnya time ni aku tak tau nak expect apa. Aku terima je sebab time ni aku tak keje sebab baru VSS dari Kosmo!. Turun Gunung Datuk, sempatla rehat satu malam, seawal kul 3am aku dah bangun. Aku bangun tido je kaki aku krem wei. Penangan Gunung Datuk. Aku gagah jugak la. Aku sampai-sampai time tu ngam-ngam time nak flag off. Aku tak stretching langsung. Aku boleh lari-lari anak 1km je..pastu tu paha aku krem...hahahahha..aku berjalan je sampai km ke 10 baru kaki krem aku tu hilang sebab aku letak ais. Lari jalan..lari..jalan..akhirnya aku sampai. Aku tengok jam kat finishing line 3 jam 45 minit.. wei..15 minit sebelum cut off time. Masa dapat medal and finisher t aku rasa bangga gila. Tapi yang malangnya, aku nak berjalan balik ke kereta tu hazab gila. Nak langkah naik divider jalan tu..ya allah,.hahahaha.

Tapi overall aku selesaikan within cut of time. Bangga jugak la utk orang tak pernah berlari.





Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland