Anak tak nak makan?



Aku selalu dengar kawan2 kat opis merungut anak-anak tak nak makan. Dah jenuh dah paksa anak2 makan tapi last2 endup tak berjaya. Dulu aku selalu menyalahkan mak-mak bila anak2 tak nak makan. Aku selalu assume anak2 tak nak makan sebab mak malas. Tapi bila aku jadi mak kepada dua anak baru aku tau macam mana anak2 tak nak makan and betapa risaunya kita sebagai emak.

Pengalaman aku: Masa Addam aku tak ada masalah dengan dia sebab dia sentiasa ada selera makan. Tapi bila dia masuk setahun setengah dia susah sangat nak makan dan terlalu banyak minum susu. Rizqy plak dari baby dia tak berapa nak makan.


Nasihat aku: Bila perkara macam ni jadi (anak-anak kurang makan tp banyak minum susu, Anak memilih makan, anak kurang makan) parent jangan putus asa. Teruskan usaha untuk memastikan anak2 makan dengan apa cara sekali pun. Jadi la kreatif. Walaupun berjaya bagi dia makan sikit, itu sudah mencukupi daripada dia tak makan langsung. Jangan terus kata "malas dah nak  masak. Bukan dia nak makan pun".. Sebab kalau parent ada fikiran macam tu memang anak2 tak kan makan la sampai bila2.

Cadangan aku (melalui pengalaman aku)

1. Suap anak2 makan. Kadang-kadang budak ni suka bila mak/bapak dia suap dia makan. Macam addam bila time aku berjaya suap dia makan time tu la aku pulun suap dia sebanyak mungkin.

2. Pastikan atas meja sentiasa ada makanan. Ini melalui pemerhatian aku melihat Addam. Bila aku suap dia tak nak makan, aku letak pinggan nasi/ mee (addam suka makan mee atau beehon. apa sahaja yang panjang2) atas meja. Dia akan ulang pegi meja and amik sikit pastu makan. Pastu sambung main. Walaupun macam tak ada manner tapi at least dia makan. Bila makanan tu dah lama sangat atas meja tu baru aku buang.

3. Kenali apa makanan kegemaran anak2. Macam aku si abang suka benda panjang macam mee/beehoon/laksa etc. So aku rajin masak benda tu. Si adik plak suka bubur kalau ada ikan and bubur yang berasa (meaning bukan bbur kosong) so aku flavourkan bubur dengan daun sup/daun bawang.

4. Jangan marah bila anak curi makan. Selalunya bila anak2 cubit lauk atas meja atau dalam tudung saji kita marah sebab nanti dia sepah. Bagi budak2 3 thn ke bawah aku rasa dorang rasa trill  bila mencuri ni. Hahaha. Addam suka curi ikan atas meja. Bila nenek dia marah dia lari lintang pukang sambil letak ikan dalam mulut. Pastu senyap2 dia tengok nenek dia ada ke tak, patah balik ke meja curi lagi sambil gelak. Jadi si nenek pun biar je asalkan dia makan juga ikan tu dari tak makan langsung.

5. Ajak tolong masak. Aku tak pernah marah addam kalau dia sebok2 kat dapur. Time aku potong sayur time tu la nak sebok. Aku biar je dia sebok2. Aku potong carrot suh dia angkat letak dalam besen. Pastu aku amik carot letak dalam mulut dia pun ikut. Pastu dia amik carot bawak lari depan TV makan. Ha..bagus la dia nak makan carot tu kan?...




6. Kerapkan jadual  makan. Macam Rizqy dia lain sikit dari abang dia. Portion dia makan sangat sedikit kalau nak banding dengan sepupu dia Qaseh. So aku kerapkan jadual makan dia. Pagi bagi skit, tengah hari bagi skit, petang dan jugak malam.

7. Kurangkan atau kawal susu (untuk budak yang banyak sangat susu). Dulu Addam kuat gila minum susu. Sebulan sampai 8kg susu aku beli. Masa baby ok la sebab susu ngan nasi sama banyak. Bila besar dia banyak susu dari makan. So aku suh mak aku kurangkan susu. Mak aku marah. Bukan maksud aku kurangkan terus cuma tentukan bila nak bagi susu. So aku suh mak aku jangan bagi dia susu waktu tengahari sebelum dia makan. Pastukan dia makan dulu pastu baru susu. Sebabnya nanti susu tu buat dia kenyang n tak nak makan.

8. Jangan paksa anak2 makan ikut kehendak anda. Ini yang selalu jadi. Kita terlalu memaksa anak2 makan. Sampai jerkah2. Tak perlu la begitu sebab dia akan buat anak2 rebel nanti. Tapi bapak aku garang. Dulu dia paksa jugak kitorang makan sayur. Hahahahaha..so sampai besar sayur tu wajib dalam lauk harian. hmm...entah la..hahahaha

9. Biar makan sendiri. Kita letak depan dia dan suruh dia makan sendiri. Memang makan sendiri ni nnti kita yang penat sebab sepah. Tapi mana lebih penting? Sepah atau anak kita sihat?

10. Semai budaya makan di rumah sejak kecil. Itu yang penting sebenarnya. Biar anak2 tahu makan itu satu aktiviti keluarga.

Sekiranya semua yang aku cadangkan ini tidak jugak berjaya, korang boleh cuba cara lain untuk pastikan badan anak2 korang dapat nutrien yang secukupnya iaitu yang menukar susu yang baik. Macam sepupu aku, macam2 cara dia dah buat nak bagi anak2 dia makan tapi anak dia akan buat macam nak muntah setiap kali bagi makan. Aku pernah tengok sendiri. Lawak gak la..hehehehe..So dia bagi anak-anak dia minum pediasure tuk adik and si kakak minum sustegen. Semua atas arahan pakar. Cerdik-cerdik anak2 dia. Macam aku, anak2 aku minum susu murah je sebab dorang dapat nutrien daripada pemakanan. Sebab aku tau nanti aku tak mampu tuk bagi anak2 minum susu harga beratus-ratus so aku pastikan sedaya upaya pemakanan mereka betul. Tapi aku akui memang penat skit la. Kalau kita tak usaha macam mana nak dapat ye dak..selamat mencuba semua...

Comments

nurul iman said…
my kids minum dutchlady! sb jimat! hahaha peace yalls...

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri