Monday, January 23, 2012

Kelantan negeri mundur?

Sepanjang hidup aku, baru sekali aku menjejakkan kaki ke Kelantan iaitu pada tahun 2007. Itu pun sebab ada program tourism. Jadi negeri ini memang teramat asing bagi aku. Sebelum sampai sini aku disuap dengan informasi stereotaip seperti Kelantan negeri mundur, tak ada apa2 hiburan, wajib menutup aurat, pulau orang luar dan sebagainya.

Sekarang, aku dapat lihat sendiri dan merasai suasa negeri yang diperintah oleh kerajaan PAS ini. Benarkah apa yang aku dengar sebelum ini? Mungkin zaman dah semakin berubah. Kelantan sekarang bukanlah seperti Kelantan dahulu yang sering diceritakan orang ramai.

Kata-kata yang memberitahu, town akan mati selepas pukul 8 tak la berapa betul sangat. Sebab masih banyak kedai2 makan terutamanya yang dibuka sehingga tengah malam. 24 jam pun ada. Cuma tak la banyak seperti di KL. Tempat untuk melepak memang limited. Tempat hiburan untuk remaja memang tak ada. Tapi kalau boling ada la. Wayang pun tak ada. Bagi aku yang sekarang ni bujang memang mati kutu jugak la. Nak jalan round sorang2 pun ada KB mall je. Lagi pun aku tak berani la jalan sorang2 sebab kebanyakkan jalan di Kelatan dah sunyi. Tak berani plak aku. Kadar jenayah kat Kelatan pun tinggi. Tak pasal2 plak aku nanti jadi bahan berita.

Kalau nak kata negeri Kelantan mundur, munkin dari segi pembangunan, aku boleh kata ia terkebelakang sikit dari negeri2 lain. Tapi kalau nak kata rakyat Kelantan mundur, aku rasa tidak. Mereka di sini sudah selesa dengan kehidupan mereka. Ini la keadaannya 20 tahun yang dulu. Cuma bila orang bandar macam aku masuk kampung memang la jadi jaki sekejap. Orang sini living in an easy life. Pagi kerja petang balik, malam duk umah. Begitu la setiap hari. Perkataan mundur sangat subjektif. Rakyat sini sudah biasa dengan kehidupan mudah. Seperti orang bandar, mereka juga celik teknologi. Tapi cara hidup mereka memperlihatkan seperti mereka mundur walhal tidak. Tak ada yang complicated di sini. Semua mudah

Nak kata sini wajib tutup aurat, entah la. Aku nampak ramai je yang tidak menutup aurat. Cuma bagi aku kita perlu hormat culture di sini. Kita masuk tempat orang kan. Cuma satu je yang menjadi kesukaran bagi aku adalah, orang sini tidak berapa menerima orang luar macam aku. Perbezaan dialek buat aku tak berapa boleh survive di sini. nak dapat story pun ada favour2. Geng media/reporter dari kelantan tak berapa nak bercampur dengan aku. Nevermind..semua tu amik masa kan..

2 comments:

Mijoe said...

salam

kena byk bersabar...namapun cari rezeki kan...

Anonymous said...

org kelantan sgt berpuak2.sgt bangga bila jumpa org kelantan kat mana2 pun.agak annoying ..tp betol lah ta semua mcm tu. yg ok sllunya bila org klntan dah lama merantau negeri org.klu yg baru kluar ceruk hulu..assabiah nak mmpos.pepun aku ta suka org kelantan.haha