Tuesday, June 15, 2010

Malindo..

Hari ni aku rasa nak tulis sesuatu yang serius. AKu pernah menulis topik ini satu ketika dulu dalam salah satu siaran Kosmo. Mengenai hubungan Malaysia dan Indonesia. Tajuk article aku time tu Jangan Biar Berpanjangan. Kiranya nukilan aku mengenai perbalahan antara dua negara serumpun ini yang tak pernah ada penghujungnya. Sebelum ni memang aku tak tahu menahu pasal ni. Tapi bila aku memilih untuk menulis topik ini ekoran kejadian buluh runcing waktu itu, research telah menemukan aku banyak info termasuk kajian yang dilakukan oleh pensyarah-pensyarah tempatan.

Daripada yang aku perolehi untuk bahan tulisan ku, segalanya bermula akibat kebencian Indonesia kepada Malaysia. Kemarahan Indonesia terhadap Malaysia bukanlah perkara baru. Malah, insiden-insiden seperti tunjuk perasaan dan membakar Jalur Gemilang sudahpun berlaku sejak puluhan tahun lalu. Paling terpahat dalam jiwa penduduk Malaysia adalah kempen Ganyang Malaysia yang dilancarkan oleh Presiden Sukarno pada tahun 1963 kerana menuduh Malaysia adalah 'neo kolonialisme' atau penjajahan baru imperialis British

Menurut Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman yang aku interview tuk article itu sebelum era kemerdekaan di kedua-dua negara ini, Malaysia dan Indonesia mempunyai ikatan yang akrab dalam aspek untuk budaya, agama dan bahasa. Pada tahun sebelum kemerdekaan, perjuangan untuk bebas daripada penjajahan Inggeris di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia merupakan perjuangan serumpun yang tidak hanya fokus pada kepentingan satu pihak. Semuanya adalah demi tanah Melayu.

Alkisahnya, Indonesia mencapai kemerdekaan pada 17 Ogos 1947 menerusi revolusi berdarah, manakala Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957 melalui perundingan damai tanpa pertumpahan darah. Indonesia seperti memandang rendah terhadap cara kita mencapai kemerdekaan.

Pernah satu ketika, kemarahan rakyat Indonesia menggelodak akibat tindakan syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas menyerahkan konsesi untuk mencari gali minyak di medan Ambalat dan Ambalat Timur di luar Laut Sulawesi kepada syarikat Shell milik Anglo-Belanda. Bukan itu sahaja, perebutan wilayah Sipadan dan Ligitan yang berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Malaysia apabila Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan pada 2003 bahawa dua pulau itu milik Malaysia turut meninggalkan kesan hitam dan duka dalam kalangan rakyatnya.

Sepanjang aku menulis artikel ini, aku terfikir mengapa rakyat Indonesia sangat membenci Malaysia sedangkan terdapat lebih 1.8 juta rakyat Indonesia mencari rezeki di Malaysia. Dua negara ini saling memerlukan. Walhal dahulunya kita ini adalah satu rumpun dan kepulauan yang memperjuangkan kebebasan yang sama. Selain itu, Indonesia seperti sengaja mencari pasal apabila bertegas mahu mempatenkan batik, rendang dan keris sebagai hak milik mereka dan sesiapa yang ingin menggunakannya perlu meminta kebenaran. Satu daripada perkara itu telahpun berhasil apabila Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) baru-baru ini mengiktiraf bahawa batik merupakan produk yang berasal dari Indonesia. Kita adalah serumpun sudah tentu kita berkongsia budaya, kesenian dan juga segala hal sosial. Bukan itu sahaja, rakyat Indonesia juga mendakwa bahawa Malaysia mencuri seni budaya mereka melalui lagu Negaraku yang didakwa diambil daripada lagu Terang Bulan. Walhal, lagu itu bukan milik kedua-dua negara kerana ia dicipta dan milik ahli muzik Perancis, Pierrr Jean de Beranger (1780-1857). Soalnya, kenapa perlu membantah jika perkara itu bukan seperti yang didakwa.


Satu perkara yang diperakui oleh Ketua Program Lepasan Ijazah Hubungan Antarabangsa, Fakulti Sains Politik dan Sosial, Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia, Prof. Dr. Mohtar Mas'oed yang sempat aku temuramah. Dia cakap semua kemarahan rakyat Indonesia ini berpunca daripada media Indonesia dan mereka mempunyai kebebasan luar biasa sejak tahun 1998. Katanya, media-media Indonesia dipengaruhi oleh kepentingan politik dan memaparkan apa yang rakyat ingin baca. Apabila satu media mencetuskan sesuatu isu, media lain akan turut membawa isu tersebut dengan mencari sesuatu yang berbeza untuk melariskan akhbar.Persaingan menjadikan isu tersebut lebih besar dan mempengaruhi penduduk

Katanya, penduduk Indonesia perlu dididik mengenai Malaysia kerana mereka tidak berapa mengenalinya. Sebenarnya, penduduk Indonesia telah dipupuk dengan perasaan benci sejak tahun 1960-an lagi.Masalah semakin buruk apabila lebih banyak rakyat terutama kelas pertengahan mempunyai akses kepada televisyen dan akhbar. Tapi sebagai pengamal media, aku berani katakan bahawa media Malaysia tidak pernah membesarkan atau memburukkan negara jiran itu. Kita khbarkan segara perihal mengenai apa yang terjadi termasuk kes dera amah. Kita tidak berat sebelah. Pun begitu, penah satu ketika dulu, kedutaan Indonesia ke Malaysia memanggil semua wakil media bagi memperjelaskan isu mengenai tindakan media Malaysia menulis perkara buruk mengenai rakyat mereka. Siap dia buat satu skrap book yang dia letak paper cutting. Padahal benda yang ada dalam paper cutting tu story cam..pendatang haram yang buat pelbagai jenayah, isu terlalu banyak lagu Indon dan macam2 lagi. Adakah itu seperti serangan media terhadap mereka? jika dibandingkan media mereka yang tak habis2 menaikkan isu yang basi.

Entahlah. Aku tengok kerajaan kita pun terlampau berlembut. Ada baiknya bila kita sentiasa berdiplomatik. Dalam kes buluh runcing tu sedang hangat, orang Malaysia tak putus2 hulur bantuan kepada mangsa gempa kat sana. Padahal dorang benci kat kita dan tuduh kita macam2. Kalau korang benci sangat kat Malaysia ni korang jangan masuk sini cari rezeki.. Kerajaan Indonesia patut sekat jer kemasukan rakyat dorang ke Malaysia. Senang cerita tak ada masalah macam ni betul tak.

P/S: Jika ada pembaca yang ingin mengambil artikel atau info yang terdapat di atas harus diingatkan mengenai hak cipta kerana artikel ini 80 peratus menyamai artikel yang ditulis oleh saya sendiri JULIA ISMAIL dalam Rencana Utama bertarikh 25 September 2009. Kalau nak baca versi penuh sila copy link ini  http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0925&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

1 comment:

khadijah aminah md yusoff said...

ala, kalau tny indon2 kat sini dorg pon taknk blk indon dah.. indon kat indon yg tak pnh dtg msia je over.. dengki la tu dia lagi lame merdeka dr msia pon tapi tak maju2 sian... yg penting dija org pertama yg jd follower akak! hahahahahaaaaaaaaa