Anak anugerah tuhan....

Baru-baru ini aku mendengar pengakuan seorang teman yang baru menggugurkan anak ekoran masih tidak bersedia untuk menerima anak kedua. Anak pertama baru mencecah satu tahun dan alasannya dia melahirkan anak pertama melalui pembedahan oleh itu dia tak boleh mengandung dalam masa terdekat.

Ceritanya kepada aku, dia telah membaca satu artikel dalam majalah bahawa durasi paling selamat untuk mengandung sekiranya dibedah untuk kelahiran pertama adalah dua tahun.Tapi sejujurnya, aku selalu dengar doc bagi masa setahun paling kurang untuk mengandung jika dibedah. Dan setahu aku tidak pula pernah aku dengar org meninggal kerana terlalu awal mengandung. Mak cik aku mengandung selepas 3 atau 4 bulan selepas kelahiran anak pertama yang lahir melalui pembedahan. Selamat jer..Kawan aku kat opis tu pun hidup je sampai skrg. Mungkin peratus kematian terlalu sedikit.

 Bagi aku ajal maut tu kat tangan tuhan kan. Kalau tuhan kata kita nak mati tertelan kuih koci pun boleh mati. Kenapa jika tak nak baby kedua tu, planning lah awal2. Bila dah lekat baru nak buang. Aku sangat membantah apa yang dia buat cuma aku tak der hak sebab itu pilihan dia. Dan mungkin dia rasa itu jalan terbaik.Tp kenapa perlu buang? Itu kan rezeki tuhan bagi..aku tak pernah dengar kat mesia ni ada budak mati sebab mak bapak tak mampu bagi makan. Tuhan akan bagi rezeki tu tak kira macam mana sekali pun.

 Budak tu kan hasil dari benih cinta suami isteri yang sah..Islam plak tu..kenapa la nak tambah dosa..aku sebenarnya sedih sangat n tak sangka dia boleh buat cam tu and seolah membngga dengan apa yang dia buat.Kalau aku dengar dari org lain mungkin feeling dia lain, tp ni sebab dia sendiri citer kat aku cam sedih pun ada. Mayb sebab aku pregnant skang n dah ada anak, naluri ibu tu kuat.

 Dia kata mak dia bising nanti sebab masa dlm pantang tu mak dia dah warning..Tp bagi aku semua mak warning cam tu betul tak..Mak-mak akan suh kita planning baik2 supaya tak jadi macam org dulu2 yang berderet anak sebab tak planning.Skang dunia dah canggih mcm2 cara ada. Mak aku pun warning cam tu gak. Kata jangan dekatkan sangat jarak anak2. Tapi bila benda dah ada tak kan itu adalah option dia. Macam mana pun emak kita akan tumpang gembira. Macam mak aku. Dua anak dia pregnant serentak beza dua bulan je. K yong deliver bulan 12 aku plak bulan 2 thn depan Tapi kalau nak diikutkan beza anak dia yg pertama ngan kedua dah dua tahun macam aku. Apa salahnya betul tak. Entah la aku pun tak tahu apa dia pkkan.

Kalau budak2 yang tak kawin mengandung aku boleh jugak terima kalau dorang pegi gugurkan anak mungkin sebb takut dengan masyrakat sekeling dan sebagainya. ye la anak haram kan. (walaupun sah2 berdosa) Tp betul2 aku tak paham kenapa anak yang halal ni kena di buang jugak..tak pk ker kalau satu hari nanti kalau dia nak anak lg tuhan tak nak bagi dah.

Itu adalah hak dia. Apa yang aku tulis ni adalah luahan rasa hati aku yang memang sangat tersentuh dan sedih dengan tindakan dia. Jika ada yang terasa hati aku mintak maaf..

Comments

fatin said…
salam ziarah,

setuju sgt dgn n3 nih..

anak itu anugerah allah..
naper nak dibuang kan?
sedang dpt anugerah dari manusia..award2 tuh kemain suke simpan kan..

just my opinion.. ;)

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland