Di sini kita bermula, dengan penuh kemanisan hidup yang belum tentu di mana hempedunya. Namun, kecekalan dan kesabaran pasti membawa bunga indah penuh warna warni..
How to do your eye brow and lashes... hahahaha
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Bila ada anak perempuan..macam ni la kan..hahahahhaa. Penghibur hati. Simpan dalam youtube supaya nanti dia besar dia boleh tengok balik.
Selepas kelahiran anak kedua ni aku memang rajin sikit makan jamu. Masa dalam pantang aku makan jamu Mak Dara tapi aku rasa jamu tu tak sesuai ngan aku. Kebetulan aku kenal ramai orang Indonesia yang tinggal berdekatan dengan kedai aku. Dorang ajar aku makan jamu dari Indon yang murah harganya berbanding jamu Malaysia dan lebih berkesan berbanding jamu yang sedia dalam kapsul. Ramai yang tanya mengenai jamu-jamu yang aku makan and yang aku buat sendiri. So aku akan kongsikan di blog ini supaya lebih ramai mendapat manfaat darinya. Aku akan kongsikan resepi jamu mudah yang aku buat sendiri di rumah. Selalunya aku buat banyak n simpan dalam botol. Setiap pagi and malam akan aku teguk ikut berapa banyak yang suka. Khasiat jamu ni adalah untuk kesihatan wanita . Asalnya jamu ni adalah jamu Kunyit & Asam yang kebiasaan menjadi amalam ramai orang. Cuma aku tambahkan bahan dia ikut keperluan khasiat2 lain. Bahan-bahannya KUNYIT ASAM JAWA GULA MERAH MANJAKANI ...
Kelmarin ada serbuan dibuat oleh polis di kelab malam di Damansara Perdana. Dalam serbuan tu dorang dapat tangkap remaja bawah umur jadi GRO. Baru je habis SPM dah jadi GRO. Mungkin sebab nak duit banyak dengan jalan pintas. Ramai je budak2 baru lepas SPM ni bekerja selalunya di kedai-kedai kecil atau fast food. Tapi yang depa ni canggih skit p keje jadi GRO. Memang kita tak boleh agak sebenarnya budak lepas sekolah nak jadi GRO. kalau nak baca klik sini Tapi dalam pengalaman aku, pelacur remaja ni dah lama sebenarnya wujud dalam masyarakat kita. Masa dulu time rempit-rempit ni popular pun dah ramai dah golongan2 gini. Mulanya sebagai Bohsia. Habuan dorang, abang2 motor ni bawak dorang jalan2..makan..tak pun beli la baju selai dua..Bangga tu kalau budak2 sekolah dapat tonggek belakang abang2 motor ni. tapi geng2 bohsia ni banyak kat kawasan yang pendalaman skit. Kalau kat kawasan bandar2 ni, budak2 sekolah fokus kepada abang-abang yang ada kereta. Ikut la sana-sini. Dap...
20 April. Bersama team Kosmo Hikers kami mendaki Gunung Siku. Bertolak jumaat malam dan Konvoi ke Masjid Loging. Kami berehat, bersiap dan sembahyang. Mulakan pendakian pada pukul 8.30 pg. Sejujurnya trek dia tak la terlalu sukar. Tambahan pula cuaca sejuk so kita tak la rasa penat or dehirated. Pendakian yang sungguh santai. Penuh gelak ketawa dan juga suara2 kekaguman keindahan ciptaan tuhan. Mmg sumpah cantik gila permandangan macam dalam filem lord of the ring gitu. Kami amik masa 3jam setengah nak naik sebab banyak berenti amik gambar..hahaha..masa turun semua sampai dalam masa satu setengah jam je. Kali ni kami xada masak2 beria2..kami bungkus makanan dari bawah makan kat atas. Cuma masak air panas je. Kami sampai bawah dalam pukul 2.30pm..bersiap..makan..g pasar malam CH..pastu sebahagian kami stay di Homestay dan sebahagian lagi balik terus ke destinasi masing2. Berbaloi wei naik. Dtg jauh2 tuk permandangan yg sngt indah.
Comments