Melayu..

Bila kita sebut isu Melayu, ia sangat subjektif. Jika salah diolah ia akan menimbulkan kontroversi dan kadang kala ia menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Banyak juga orang bertelagah mengenai ulasan individu mengenai isu-isu tertentu berkaitan dengan Melayu. Aku orang Melayu. Dilahirkan dalam keluarga yang sungguh harmoni dan tidak mempunyai pandangan negatif mengenai bangsa lain. Ya..itu adalah jawapan aku jika ditanya adakah aku marah apabila orang mengutuk bangsaku sendiri. Apabila orang menghina Melayu, aku merasakan mereka seolah menghina aku dan juga keluargaku. Tapi pernahkah kita sebagai melayu melihat di manakah kelemahan kita yang mungkin ada baiknya kita perbaiki. Kadang kala melayu sendiri mengutuk dan menghina bangsanya sendiri. Tanpa kita sedar, kita sendiri telah merosakkan nama baik bangsa kita yang sepatutnya memenuhi kuota penduduk di Malaysia. Tapi, pasal kuota itu bukan lagi masalah kita di zaman ini. Mungkin silap pemerintah dulu yang mengizinkan kemasukan bangsa lain. Apa yang boleh kita lakukan kini adalah mengekalkan keharmonian yang telah dicipta dengan kehadiran lebih daripada tiga bangsa di negara ini. Bukan sahaja Melayu, Cina dan India, banyak mat saleh juga kini ada yang memiliki kewarganegaraan Malaysia.

Ini mungkin pendapat aku sebagai seorang anak muda yang banyak terdedah dengan isu-isu semasa, politik, kisah hidup masyarakat dan pelbagai. Tapi cuba fikirkan, kenapa bila kita berbicara bersama teman, kita sering menggunakan perkataan `janji melayu' yang merujuk kepada orang melayu yang sering tidak menetapi janji mengikut masa. Perkataan ini kadang2 ada benarnya. Kita selalu kata Melayu Tolong Melayu. Tapi hakikatnya? Aku ingin menceritakan pengalaman aku yang baru ingin menceburkan diri dalam perniagaan. Janjinya ingin membantu katanya dia hanya membantu usahawan melayu untuk berjaya dan tidak menerima usahawan bangsa lain. Tapi, proses perjanjian dan pinjaman kewangan telah dilakukan sejak bulan Februari malah pada penghujung Februari wang telah diserahkan. Kini, sudah hampir bulan Jun, hanya 30 sahaja dapat dilihat. Beginikah jika ingin membantu jika usaha ini membebankan aku dengan pinjaman yang memotong hampir separuh daripada gaji aku. Dari minggu ke minggu jawapannya adalah..mesin sampai minggu depan..

Satu sahaja yang aku belajar dalam dunia yang nyata ini. Pada zaman 20-an ini tidak ada istilah bangsa membantu sesama bangsa. Bukan aku membenci bangsaku sendiri. Manusia kini semakin tamak dan mementingkan diri sendiri. Tidak kira apa bangsa atau agama mereka, jika diberi pilihan bangsa, keluarga atau diri sendiri, sudah tentu pilihan adalah diri sendiri. Keuntungan adalah perkara utama. Tidak kira dalam perniagaan, politik atau apa sahaja bidang yang diceburi. Kepentingan dan keuntungan telah menjangkaui kesetiaan kepada agama, bangsa dan negara.

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland