Peningkatan Kadar Penceraian Tanda Wanita Semakin Celik

Baru-baru ni aku buat story pasal kadar penceraian di Malaysia. Sbnrnya aku tumpang je story member-member opis yang buat main story. Aku nye tugas tuk call Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahimm mintak dia komen pasal kadar penceraian ni.

Sebelum ni dia pernah buat kenyataan mengenai setiap 15 minit terdapat satu pasangan yang becerai dan angka itu mengejutkan ramai pihak kat Malaysia ini. Ia seperti menggambarkan institusi kekeluargaan malaysia sekarang ni sering memilih penceraian sebagai jalan penyelesaian dan kurangnya nilai-nilai moral dalam keluarga mereka.

Tapi memang sebagai orang yang masih muda (aku baru 28 tahun) aku banyak dengar orang bercerai. Kawin setahun dua dah bercerai. Anak baby lagi pun dah bercerai berai. Yang dah tua bangka pun bercerai. Kadang2 tertanya apa yang mereka fikir sebenarnya/Tapi kita tak boleh salahkan mereka kerana kita tidak berada dalam situasi yang mereka alami.

Ramai yang menganggap masalah keruntuhan institusi keluarga Islam di negara ini semakin menjadi-jadi apabila rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun lalu.


Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin tahun lalu.

Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding 27,891 pasangan yang bercerai sepanjang tahun 2009.

Alhhamdullilah aku dapat komen dari Dr. Mashitah dengan mudah. Tiga kali aku call dia, ketiga2 kali jugak dia angkat sebab sebelum ni dia memang susah nak angkat phn. Bila diajukan soalan mengenai komen dia pasal angka penceraian yang membimbangkan ini, aku tidak mendapat jawapan yang aku sangkakan.

Dia menyuruh aku supaya jangan melihat dari sisi negatif sahaja. Memang melihat pada kadar peningkatan yang amat mendadak dan satu langkah perlu diambil. Namun, katanya, peningkatan ini menunjukkan kesedaran di kalangan wanita mengenai kebebasan daripada cengkaman rumah  tangga yang tidak bahagia.

Katanya, kebanyakan daripada perceraian itu berlaku selepas pasangan terbabit gagal mencapai persefahaman yang sepatutnya wujud di antara suami isteri namun kadang kala penceraian itu menjadi jalan terbaik dalam permasalahan yang mereka hadapi. Ada diantara mereka yang boleh menjadi rakan baik tetapi tidak boleh menjadi suami isteri dan penceraian itu adalah penyelesaian kepada segalanya.

"Wanita sekarang sudah celik dalam menegakkan hak-hak mereka. Jika dulu mereka cenderung untuk bertahan dan memendam rasa demi masa depan anak-anak. Sekarang tidak lagi. Apabila mereka merasakan diri teraniaya dan si suami tidak membantu dalam segala hal, mereka memilih satu jalan yang halal tetapi dibenci oleh Islam," katanya.

Namun, beliau juga memberitahu seelok-eloknya pasangan harus mencari jalan penyelesaian seperti tarbiah, kaunseling dan pendidikan mengenai alam perkahwinan sebelum memilih jalan penceraian.

Tapi betul juga. Menurut mak aku, dulu mana ada undang-undang yang boleh membela isteri yang teraniaya bagi menuntut penceraian seperti fasakh. Dulu dia ada sorang kawan yang suaminya penagih dadah. Dia tak boleh cerai kerana si suami tak mahu melepaskan dia dan tak ada institusi yang boleh membantu. Sekarang ni kita akan undang-undang yang boleh membenarkan isteri memohon cerai dengan syarat-syarat yang munasabah. Aku rasa perkara-perkara seperti ini yang menyumbang kepada peningkatan tersebut.

Lepas Dr. Mashitah kata begitu, baru aku terbuka mata. kita harus membuang stigma mengenai penceraian. Ya..aku tak akui penceraian itu bukanlah satu yang mulia. Tapi cuba kita lihat dari sisi hak asasi seorang wanita. Kalau si suami tidak bertanggungjawab, kaki pukul, kaki pompuran, kaki judi dsb, tak kan wanita tak boleh menuntut hak dan bebas dari penderitaan. Kalau si laki blah dia boleh lain kawin anytime. Tapi wanita, selagi tidak diceraikan secara sah dia tak boleh kawin lagi. Kesian la. Mereka juga berhak mencari cinta hati mereka walaupun itu bukan cinta pertama.

Mungkin juga bagi aku mereka yang kawin awal dan terburu-buru untuk berkahwin kerana mengikut trend rakan-rakan menjadi punca penceraian selain dariapada pengaruh orang ketiga dan juga keluarga. Tapi apa yang penting, cuba mencari cara terbaik untuk menjaga perhubungan menjadi lebih baik adalah yang utama. Jangan kita malu untuk kita mempraktikkan segalal tips2 yang diberikan. Tips ni aku jumpa dalam salah satu page. Mari la kita sama2 hayati dan kalau boleh cuba amalkan.

Petua RumahTangga Bahagia

Oleh Ustadz Asmungi Sidek
(Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor).

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Comments

fatin said…
sebab tu keputusan untuk berkahwin kena di buat betul2.. supaya tidak berlaku perceraian..
juliaismail said…
Ye betul tu. Pemahamam tentang perkahwinan dan rumahtangga tu amat penting.

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland