Sunday, August 22, 2010

Kisah Puasa si ibu mengandung...

Hari ni dah masuk hari 12 hari berpuasa. Cepat je rasa masa berlalu dan alhamdullilah setakat ni aku masih gagah berpuasa walau pregnant 4 bulan. Tuhan bagi aku kekuatan tuk berpuasa dalam jadul harian aku yang hectic dengan urusan anak, rumah, kedai dan juga keje. Kat sini aku nak cerita mengenai kisah2 ibu mengandung yang berpuasa yang ada disekeliling aku.


Kandungan aku berusia 2 bulan

Tidak dinafikan ibu mengandung dibolehkan untuk berbuka puasa tetapi janganlah jadikan ia alasan untuk berbuka. Jika seorang ibu memberi alasan tidak mahu berpuasa kerana gusar bayi dalam kandungannya tidak menerima zat yang secukupnya  alasan itu tidak boleh diterima. Ini kerana Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Fatimah Najla Mohd Jaafar memberitahu dalam satu artikel yang aku baca bahawa janin mendapat nutrisi daripada zat yang tersimpan di dalam lemak dan hati.

Masalah biasa yang para ibu adalah gastrik, kembung dan refluxdan. Keadaan ini menyukarkan para ibu untuk berpuasa. Aku pun hairan, masa kehamilan pertama dulu aku ada masalah cam tu. Sebelum puasa pun aku ada kembung n perlu makan. Jika tak aku akan menggigil. Kebiasaannya kalau gigil ni org kaitkan dengan kencing manis tapi aku tak ada kencing manis. Tp kuasa tuhan..bila waktu puasa aku gagah saja.


Kandungan aku berusia 3 bulan lebih yang discan dengan teknologi 4D


Seorang teman aku di opis, si aishah tu dah lapan bulan lebih dah pregnant, dia masih boleh puasa..Yang penting adalah kehendak hati kita dan sekuat mana keinginan kita untuk berpuasa. Tapi jika ada halangan kesihatan jangan la gagahkan pula...Ada seorang teman ni cakap kat Aishah tak faham kenapa orang2 mengandung ni sibuk nak puasa..Apa punya ideologi la..Dia kata dia tak puasa sebab menyusu anak. Tp tak kan sampai sebulan tak puasa. Ramai je org yang menyusu pastu puasa. Kalau diri tak nak puasa tak perlu la perlekehkan org lain yang berpuasa.Kita melakukan ibadah dan setiap orang ada kemampuan masing2. Aku memang akui aku ni seorang yang cekal dan kuat dari segi fizikal. Kalau boleh biarla aku buat hatrik tahun ni menjadi tahun ketiga aku puasa penuh,,huhuhuh..2008 sebab aku kawin dua minggu sebelum puasa pastu aku terus pregannt. 2009 sebb doc salah bagi ubat perancang so aku ada minor bleeding selama 6 bulan selepas deliver addam so consider darah penyakit n boleh puasa. Tahun ni harap jadi tahun ketiga puasa penuh.

Bak kata seorang teman aku yang kini bermastautin di Australia, dia selalunya menjalankan ibadah puasa dengan dedikasinya sebab puasa adalah antara ibadah yang dia buat sepenuhnya..hahahaha...sama la macam aku. So bila ada peluang jangan la biarkan cam tu jer..kalau tinggal sehari tu belum tentu kita dapat ganti.

2 comments:

khadijah aminah md yusoff said...

betol! kak ju sekuat menteri pasola. hehe :P

juliaismail said...

Ye..kamu juga menteri pasola..hahahaha...