RM1.45 juta untuk reduce jenayah di kawasan mewah??!!
Hari ini aku pergi satu assigment pelancaran Program Perintis Bandar Selamat kat TTDI. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan, Datuk Seri Chor Chee Heung hadir. Tak ada apa yang istimewa sebenarnya dengan assignmnt ni sebenarnya. Cuma nak lancarkan beberapa papan tanda dan beberapa ciri2 keselamatan kat situ. Program ni bagus sebab aku rasa memang ia mampu tuk mengurangkan kejadian jenayah melalui persekitaran yang sesuai contoh dengan pemasangan CCTV, papan tanda nombor telefon balai-balai, pencahayaan dan mengurangkan kawasan-kawasan sepi yang menjadi tempat tumpuan jenayah. Cuma yang aku tak berapa nak suka n tak setuju, kerajaan keluarkan bajet 1.45 juta untuk mengurangkan kadar jenayah kat kawasan yang aku rasa sangat kurang kadar jenayahnya iaitu 62 kes samun dan 185 kes kecurian dari Januari hingga September. Kenapa tak buat kat kawasan yang jenayahnya tinggi. Memang ni pilot project tapi aku rasa RM1.45 juta itu sepatutnya dilaburkan kat kawasan2 hot spot yang kadar jenayahnya tinggi. Kes samun 62 kes tuk 9 bulan tu. Ada setengah tempat jumlah tu tuk sebulan. Tak tau la kenapa dorang pilih TTDI. Padahal tempat tu tempat orang kaya-kaya. Dah la crime kes pun kurang. Pastu most of penduduk kat situ semua kaya-kaya and ada sistem keselamatan sendiri. Why not p tolong orang yang tak mampu and critical area. Hmm..entah la..mungkin dorang ada alasan sendiri..
Comments