Bangsa Pemusnah Bangsa

Kenapa aku pilih topik ini? Sebabnya tadi masa aku memandu pulang aku teringat perbualan dengan teman-teman sekerja di meja bulat depan opis. Dah berminggu rasanya tp baru hari ni aku terasa nak coretkan sesuatu kat sini. AKu ni memang tak suka sangat topik pasa politik n aku sememangnya bukan politic writer. Tapi perbualan aku dengan mamat India yang kekadang pakai lense warna grey ni buat aku betul2 terfikir. Gurauan mamat ni kekadang menyakitkan ati pastu soalan yang dia tanya kat kita tu kekadang rasa nk lepuk je pala dia. Tapi sebenarnya dia ni terlalu banyak knowledge yang dia gain through many way. Ari tu dia buka topik tentang betapa bencinya kaum India pada Samy Velu.

Dia bagi tau atuk dia memang benci sangat kat Samy Vellu. Sebabnya pada tahun 80-90an masa tu Samy memegang satu portfolio penting. Kerajaan telah beri dia berjuta ringgit yang telah diperuntukkan untuk kaum India tapi kata mamat ni, peruntukan itu tak sampai kat yang sepatutnya. Sebaliknya Sami dan konco-konconya memberi peruntukan itu pada golongan India pertengahan yang mungkin untuk tujuan bisnes. Walhal yang memerlukan bantuan adalah golongan rendah yang biasa menghuni estet2 dan juga pendalaman.

Kata mamat ni, golongan India bukan tidak menyokong BN tetapi mereka tidak menyokong Samy Vellu. Sebab itu skang ni kaum India beria2 nak Samy keluar MIC. Kata mamat ni org India tak percaya pada pembangkang. Tengok saja la apa yang jadi dalam kes Kg Buah Pala. Mereka mahu juga peluang2 untuk berniaga seperti yang golongan Melayu yang terlibat dengan Industri kecil sederhana (IKS). Mamat ni kata nak salahkan kerajaan pun tak boleh sebab peruntukan telah dikeluarkan cuma nasib mereka tidak terbela. Peluang tak ada. Dia akui masih ramai orang India yang tinggal di pendalaman tidak berpelajaran dan berfikiran terbuka. Oleh itu mereka mudah dipergunakan.

Satu yang aku tak akan lupa dia kata tak boleh harapkan politician melayu atau cina sebab masing2 mahu bantu bangsa mereka. Susah nak cakap kan. Betul ke Melayu betul tolong Melayu dan Cina membantu kaum mereka?Mungkin daripada 100% hanya 10% je yang ada tujuan macam tu.

Sebenarnya kalau tanya pendapat aku, memang betul pemusnah bangsa adalah bangsanya sendiri.Dalam penilaian aku, perjuangan kita adalah untuk apa sebenarnya?Adakah kita memperjuangkan bangsa atau hanya parti politik?Sedar atau tidak kita bangsa asal tanah Melayu tetapi kita berantakan di antara satu sama lain untuk berebut siapakah yang berkuasa. Untuk apa? Pada siapa kita mahu buktikan?Sepatutnya tiga parti melayu ini bersatu maka kita akan menjadi lebih kuat. Masing2 mahu membuktikan parti manakah yang lebih MELAYU dan menegakkan ajaran Islam. Bagi aku ketiga2 gagal dalam membuktikannya.Dalam BN ada UMNO,MCA dan MIC manakala parti pembangkang juga kini bersatu. Pada pilihan raya lepas masa tu aku bertugas di area Gombak. Ada satu budak muda India naik motor sambil memegang bendera pas ambil melaungkan sesuatu.Apakah itu dan untuk apa?Kita telah merosakkan bangsa kita.Tentang percampuran kaum kita tidak boleh elakkan. Nak atau tidak, bangsa lain memang sudah menjadi sebahagian dari kita berabad yang lalu.Kita harus menerima mereka dalam keadaan bersatu. Maksud bersatu, Melayu tetap Melayu.Kita bersatu sebagai Melayu dan hidup harmoni sebagai 1Malaysia bersama kaum lain

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland