Bukit Kutu, Kuala Kubu Baru..my first hiking experience.


PENGENALAN

Bukit Kutu, kedudukannya berada dalam daerah Hulu Selangor iaitu di Kuala Kubu Baru yang terletak berhampiran Kampung Pertak, Selangor.
 Bukit Kutu atau dahulunya dikenali sebagai Trecher's Hill yang terletak pada ketinggian 3456 kaki atau 1090 meter daripada aras laut.
Dahulunya ketika zaman kolonial British puncak Bukit Kutu adalah stesen pemantauan tentera British. Namun ia terbengkalai setelah dibom oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.
Perjalanan atau pendakian untuk sampai ke puncak Bukit Kutu mengambil masa lebih kurang kira-kira empat jam perjalanan yang bermula melalui kawasan perkampungan orang Asli tidak jauh dari Empangan Hulu Selangor
Selain kaya dengan kepelbagaian spesies flora dan fauna, terdapat juga beberapa kesan peninggalan sejarah semasa era pemerintahan British suatu ketika dahulu yang belum diketahui umum. Perjalanan ke Bukit Kutu agak mudah pada permulaannya, tetapi selepas melintasi dua buah jambatan besi, kesukaran yang dilalui hanyalah merentasi bekas laluan balak. Terdapat juga dua buah gua yang dikenali sebagai Gua Air dan Gua Kambing. Bukit kutu ini juga adalah merupakan tempat peranginan bangsawan-bangsawan British suatu ketika dahulu.

JANGAN TERPEDAYA

Jangan lah kita terpedaya dengan namanya 'Bukit Kutu' sebab ketinggian dan tahap kesukaran tu tak la boleh dianggap sebagai 'bukit'. Banyak laluan yang curam dan sempit yang bukan sahaja menguji fizikal, ia jugak menguji minda kita. Yang nyatanya Bukit Kutu ni bukan lah lokasi hiking tuk mereka yang beginner. 

PENGALAMAN HIKING PERTAMA

Bukit Kutu adalah pengalaman hiking aku yang pertama. Memang tak ada persediaan langsung. Dengan pakai running shoe nye..tup2 hujan..masak. Licin gila kasut. Hujan lebat sangat macam-macam fikir dalam otak. Time tu la terfikir, apa la yang aku buat ni. Dah tua-tua macam ni baru la nak benda-benda ni. Tinggal anak dua hari..pastu main lumpur, bersejuk ngan sakit uratnya..hahaha..sumpah time ni dalam hati kata, ni la first and last aku join geng-geng ni hiking. Dah la sampai je bawah kepala air turun and kami semua terkandas, dah bomba datang selamatkan kami. Sejam selepas aku sampai bawah, baru la husband aku sampai. Time ni la baru aku tau, kalau apa2 yang melibatkan endurance sport or running, memang laki aku kalah ngan aku. Sama jugak running. Kalau below 10km, memang dia depan tapi kalau half marathin, memang aku akan reach finishing line dulu.

SEMINGGU SAKIT URAT

Nak dijadikan cerita, seminggu aku sakit urat. Sib baik tak demam. Recovery doesn't went well for me. Nak jalan pun seksa. Nak pergi toilet lagi apa tah lagi. Tapi laki aku punya recovery cepat skit. Aku mana tau yang lepas any sport kita kena buat recovery sendiri macam recovery run. Aku plak g amik cuti dua hari selepas hiking. Aku g rehat tido..memang lagi kejung urat-urat tu. 

BUKAN YANG TERAKHIR

Walaupun time turun tu aku kata aku serik and lepas tu tak nak join dah, tapi ternyata tidak..hahahahaha..Aku g naik bukit and gunung yang lebih tinggi. Aku try obstacle challenge and yang pasti aku try running event, half marathon 21km.. hehehhehehe

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland