Matinya seorang pemimpin Islam..

Kebelakangan ni orang asyik bercerita mengenai Muaamar Gaddafi. Surat khabar pun masih tak putus menyiarkan gambar-gambar dan story mengenai arwah yang disifatkan sbg pemimpin kuku besi dan kejam. Blog-blog pun banyak menulis mengenai kisah2 Muamar disebalik apa yang terjadi di Libya. Kebanyakan penulis menyatakan kesedihan mereka mengenai kematian beliau yang disifatkan sebagai satu yang tidak adil bagi seorang pemimpin yang sudah begitu banyak berjasa untuk rakyatnya. Ramai yang menyalahkan campur tangan Amerika dalam apa yang terjadi. Amerika telah dengan jayanya memanipulasi istilah kekejaman yang telah dilakukan oleh Gaddafi. Walau apa sekalipun istilah kekejaman yang disogokkan oleh Amerika tak kan sebagai manusia kita tidak boleh menilai sisi baik beliau dan memberikan dia satu penghormatan. Maksudnya bukan lah penghormatan seperti mana, sekurang2nya berilah dia pengkebumian yang sewajarnya. Dia tetap seorang Islam dan apa yang terjadi kepadanya (dibunuh) bagi aku sudah memadai sebagai satu balasan dendam bagi rakyatnya yg tidak menyokong beliau. Apakah hukum bila mengaibkan si mati sebegitu rupa? Sejujurnya bagi aku, ini la apa yang Amerika mahukan. Mereka mahu semua pemimpin Islam yang berkuasa lebih dari kemampuan mereka dihapuskan. Cuba fikirkan, berapa ramai pemimpin Islam yang mereka buru? Caranya bagaimana? Dengan menanamkan benci kepada rakyat mereka dan membekalkan senjata2 untuk mereka menentang kerajaan. Perlu kah campur tangan negara luar apa bila negara itu sebenarnya berada dalam keadaan yang cemerlang melampaui Amerika terutama dari segi ekonomi? Sini aku nak sertakan beberapa kebaikan Gaddafi yang boleh kita renungkan bersama.


1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

5. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

6. Tidak ada bil elektrik di Libya;

7. Pendidikan adalah percumn;

8. Kemudahan perubatan adalah percuma;

9. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

10. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

11. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

12. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

13. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

14 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

15. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

16. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

17. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

18. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Aku dapat list ni dari salah satu blog yang ada. Sebagai rakyat, apa lagi yang mereka mahukan dari sebuah kerajaan, "Janji masuk syurga???" Apa yang aku tak berapa suka adalah kematian Gaddafi dan kebaikan yang pernah dia lakukan digunakan oleh pembangkang  negara kita untuk memburuk2kan pulak pemimpin negara kita. Persoalan yang mereka ajukan adalah, "Apa yang Malaysia ada". Di sini aku nak sangat bagi tau mereka bahawa ini la yang Amerika mahu. Pecah belah di negara Islam dan jatuhnya pemimpin Islam yang kuat. Dr. Mahathir juga teruk dikecam oleh mereka kerana dia kuat menyatakan pendiriannya menentang negara barat dalam sesetengah isu. Mereka takut kerana pemimpin Islam boleh dengan mudah mengatasi kuasa dan pemikiran mereka. Tahu atau tidak, kejatuhan negara-negara Islam dan peperangan yang berlaku dikebanyakan negara Arab adalah berpunca dari perbalahan rakyat mereka sendiri. Disogok oleh kata-kata Amerika, mereka menentang kerajaan. Keadaan ini menimbulkan situasi yang kononnya negara tersebut tidak aman selain diperbesarkan oleh negara-negara barat. Dari situ mulalah kononnya perlu campur tangan antarabangsa. Tapi sedar atau tidak bahawa campur tangan antarabangsa ini menerukkan lagi keadaan. Dari campur tangan ini mengubah perang saudara menjadi peperangan sebenar yang melibatkan kematian ribuan manusia. Peperangan yang hanya dengan batu dan bom2 kecil buatan sendiri bertukar menjadi perang dengan senjata2 automatik. Cuba kita fikir bagaiman penduduk2 kampung yang tidak mempunyai akses kepada internet tetapi mempunyai akses kepada mesingun automatik. Agak2 siapa yang bekalkan??

Agak2 kekecohan yang berlaku dalam negara kita akan timbulkan tak keinginan antarabangsa untuk campur tanga?. Baru dengan perhimpunan bersih, reputasi keselamatan negara kita telah diragui. Ramai pihak mahu memberi pandangan dan pendapat mengenai negara kita. Kononnya tidak aman. Tapi sejujurnya anda rasa negara kita aman atau tidak? Buat la kecoh lagi...Berhimpun la wagai BERSIH dan HINDRAF. Balinglah batu dan kerusi...Bila PBB dan NATO masuk negara kita, rumah anda yang berlantaikan permaidani empuk dan juga penghawa dingin akan bertukar menjadi khemah plastik yang berdebu. Lebih teruk anda akan bersembunyi di dalam pembetung air seperti Gaddafi...Fikirkan la..

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland