Hidup Melayu!!! Hidup Utusan!!


Ari ni aku datang keje, terkejut aku tengok banyak org2 berkumpul kat tepi jalan. Pastu bila dah nak sampai depan pintu opis nampak polis ramai siap ngan perisai n cota. Baru aku tau yang lepas sembahyang Jumaat nak ada piket. Aku tak nafikan sedikit sebanyak aku rasa teruja gak nak tengok piket2 ni. hehehehe. Tepat dalam kul 3 kumpulan yang berkumpul tu mula berarak. Rupa2nya kumpulan yang berpiket ni merupakan ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Lebih 100 orang gak berkumpul kat depan pejabat Utusan Melayu (M) Bhd., Jalan Chan Sow Lin, Sungai Besi. Tujuan dorang adalah tuk menyerahkan memorandum sokongan terhadap akhbar Utusan Malaysia. Turut hadir kumpulan dari Pemuda Umno.

Sepatutnya Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah mnguar-uarkan nak buat demonstrasi kat Utusan tapi last2 minit kata tak jadi. Katanya ada banyak lagi urusan penting. Oleh tu kedengaran la laungan Hidup Melayu! dari Perkasa dan juga Hidup Utusan! daripada Pemuda Umno. Tetiba aku rasa bersemangat plak dalam perjuangan memartabatkan Melayu.

Siaran akhbar Utusan yang bertajuk "Malaysia Negara Kristian" sebenarnya telah membangkitkan kemarahan ramai masyarakat. Ramai mengatakan ia adalah isu politik. Tapi bagi aku, cuba kita lihat dari sudut kita sebagai satu bangsa iaitu MELAYU. Memang ramai mengatakan ia adalah taktik UMNO dan sebagainya tp aku teringin nak tanya kepada mereka yang marah sangat2 dengan penyiaran isu tu. Kalau yang bukan Melayu tu aku tak kisah sangat sebab memang patut pun tp yang Melayu ni. Aku tak paham kenapa dornag menepelak sampai macam tu skali. Sampai ada yang mengeluarkan kata2 kesat seperti anjing, bodoh, bebal dan macam2 lagi. Itukah Melayu yang kita mau? Itukah perjuangan Melayu yang mereka agungkan. Mungkin aku muda dan aku tidak memahami perjuangan2 negarawan dahulu dalam perjuangan negara. Tapi yang aku tahu, asalnya negara kita adalah negara MELAYU.

Bila keluar isu tu sebenarnya apa yang orang Melayu Malaysia terfikir. Adakah ia satu isu yang menakutkan atau menganggap ia adalah racist, berbaur politik atau akhbar yang tidak matang. Sepatutnya kita mendapat reaksi yang berbeza dan bukannya berasa amarah tdak bertempat. Cuba bayangkan sekiranya isu itu benar, di manakah tempat kita (MELAYU) kelak.

Jika benar agama lain (selain Islam) menjadi agama rasmi, di manakah letaknya masjid2 kita? di manakah tempat anak2 bersekolah agama? apakah yang akan terjadi dengan KAFA? akan ada atau tidak azan 5 waktu tersiar di televisyen, ada atau tidak pengumuman raya, waktu berbuka, boleh atau tidak azan berkumandang di ruang udara dan sebagainya. Walaupun aku terhasil melalui perkahwinan campur Melayu dan Cina bagi moyang aku belah mak aku tapi aku tetap berjiwa Melayu.

Fikir-Fikirla..Jangan la kita menjadi sebahagian daripada Melayu Yang Mudah Lupa...


Sebahagian daripada ahli Perkasa yang hadir memberi sokongan kepada Utusan

Penyerahan memorandum sokongan

Abg polis yang mengawal

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland