Bomoh VS Doktor

Tajuk di atas sangat subjektif..Walaupun kita hidup dalam pemodenan, masih ada segelintir daripada kita yang masih memberi kepercayaan sepenuhnya kepada khidmat bomoh dan juga pawang bagi mengubati sebarang penyakit mereka. Ada yang terlalu mempercayai bomoh sampai memudaratkan diri sendiri.

Aku terpanggil untuk berkongsi cerita dan kisah aku apabila terbaca comment seorang blogger mengenai masalahnya yang mempunyai ketumbuhan dalam payu dara dan doktor mencadangkan supaya pembedahan dilakukan. Soalannya adalah, bolehkah dia berubah kampung dan tidak menjalani pembedahan.

Aku pernah menghadapi masalah yang sama sekitar tahun 2005 ketika tu aku baru 23 tahun. Ketumbuhan dalam payudara adalah sesuatu yang biasa dah zaman kini. Tak ada apa yang hendak dimalukan dan yang penting adalah pergi mendapatkan rawatan sebelum ketumbuhan yang biasa tu berubah menjadi kanser.

Ramai yang takut sebab ia melibatkan mahkota kita sebagai wanita. Siapa nak hilang dua gunung tukan tapi daripada hilang nyawa dan terpaksa menganggung kesakitan, baik kita pergi membuat rawatan. Rawatan untuk membuang ketumbuhan tidak lah teruk mana. Tak sakit sangat pun sebenarnya.

Bila aku dapat tahu aku ada ketumbuhan, aku terus pergi check di Pusrawi. Bila dia buat mamogram dapat kesan ia adalah solid lumb dan tidak merbahaya sebab bukan kanser. Doktor cadangkan aku untuk buang tapi kalau tak nak pun ok. Tapi memikirkan dalam sejarah family bapak aku ada yang meninggal breast cancer so aku malas nak tunggu lagi dah. Aku decide untuk buang je ketumbuhan tu. Hanya minor operation yang ambik masa 45 minit je. Dalam masa seminggu luka dah sembuh. Dia potong pakai laser dan tak ada kesan jahitan.

Secara logiknya, ketumbuhan dalam badan kita yang solid perlu dikeluarkan hanya dengan cara manual iaitu menerusi pembedahan. Nak jumpa bomoh pun, bukan boleh hilangkan pun benda dalam badan kita. Aku memang tidak boleh terima mana-mana pihak yang memilih untuk bertemu dengan bomoh selepas dapat tahu mereka menghidapi penyakit kronik terutamanya breast cancer. Kalau sakit kena sampuk hantu ke..kena buatan orang ke tak apa la kan. Kalau yang macam tu datang hospital, doktor pun suh cari ustaz.

Satu ketika dahulu aku pernah menemuramah seorang doktor pakar dan bertanyakan mengenai punca kebanyakan pesakit breast cancer meninggal dunia. Adakah breast cancer tidak boleh diubati dan bagaimana mereka tidak mengesan penyakit itu diperingkat awal.

 Dia memberitahu, ramai antara pesakit menyedari mereka menghidap canser payudara seawal tahap 1 lagi. Tetapi selepas membuat pemeriksaan mereka membuat pilihan untuk berubat kampung dengan harapan cancer tersebut akan hilang dengan sendirinya. Namun, apabila keadaan tidak pulih dan semakin teruk, dia kembali ke hospital dan kebiasaannya ketika itu sudah di tahap 4. Waktu itu, segala jenis perubatan hospital sudah menjadi mustahil dan apa yang mereka boleh lakukan adalah memanjangkan jangka hayat pesakit.

Perkara seperti ini berlaku kerana mereka takut kehilangan payudara mereka dan juga melalui perubatan hospital yang dikatakan akan menambah kesakitan. Menurut doktor tersebut cancer payudara boleh diubati jika ia dikesan pada tahap 1 atau 2. Malah, rawatan untuk cancer tahap satu tidak melibatkan masektomi iaitu membuang payudara.

Aku nak kongsi dua kisah yang terjadi di sekeliling aku yang bersangkut paut dengan entri kali ini.

Kisah Pertama:

Sepasang suami isteri mempunyai seorang anak yang tiba-tiba menjadi lemah dan badan surut sedikit demi sedikit. pada mulanya dia membawa anaknya itu ke bomoh dan diberitahu bahawa ada entiti/jin yang menumpang pada badan anaknya dan memakan anaknya sedikit demi sedikit. Bila keadaan tidak bertambah baik, dia bawak anak dia pergi jumpa doktor dan doktor sahkan anaknya ada canser hati/perut (lupa dah aku pun..hehehe) dalam tahap 1 kalau tak silap. Tapi dia tak percaya cakap doktor dan bawak pulang anaknya dan teruskan dengan perubatan tradisional. Seperti biasa, bomoh kata entiti itu susah untuk dikeluarkan dan semakin kuat. Bila keadaan semakin teruk dan anak dia slealu pengsan, dia bawak kembali ke hospital dan waktu tu dah tahap empat. Buat kimoterapi, sampai gugur rambut2..kesian la bila pikir balik waktu itu. Keluarga ni aku kenal rapat jugak la. Akhirnya anak jiran tu menghembuskan nafas yang terakhir.

Kisah kedua:

Kisah yang ini boleh dijadikan pedoman kerana melibatkan seorang pensyarah bahas yang bergelar Doktor. Apabila mendapat tahu dia ada cancer payudara tahap satu dia ambik keputusan berubat di Indonesia. Dia kata bomoh/perubatan tradisional di Indonesia pakar dalam hal2 gini. Kalau tak silap aku dua tiga kali jugak la dia berulang ke Indonesia untuk berubat. Walaupun ada nampak perubahan (yang aku rasa kesan dari psikologi sahaja yang membawa ke fizikal). Seperti biasa, endingnya sama.

Kisah kedua tu patut dijadikan teladan. Walaupun dia berpendidikan tinggi tetapi masih menolak perubatan moden dan mempercayai sisi spiritual dalam hal-hal begitu. Kita mesti lebih realistik dalam hal2 seperti ini. Kalau nampak ada kelainan padpa payudara anda cepat2 la g jumpa doktor. Benda macam ni hanya doktor ada selusi nya. Bomoh atau ustaz ni hanya boleh menaikkan semangat kita sahaja untuk melawan penyakit. Ubat tetap perlu. Pembedahan juga kadang-kala menjadi jalan yang terbaik untuk selesaikan masalah ini.

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri