Monday, November 12, 2012

Adik nampak hantu ke?

Ari ni aku lari topik skit..aku nak bercerita pasal anak aku yang kecik tu..Si Rizqy..Sekarang ni dia dah boleh cakap dan beri banyak reaksi. Umur pun dah nak masuk dua tahun kan. Kisah ni agak mengerikan sikit la.

Mula-mula in laws aku cerita yang dia pergi hulur tangan nak salam kat penjuru rumah yang tak ada orang. Mula-mula dia salam semua yang ada kat kerusi sofa one by one..tapi bila di asampai kat penjuru tu dia hulu jugak tanga. Dia buat dua pusingan. Sebebnya si Rizqy ni dia suka orng tengok n bagi perhatian kat dia..Kalau orang gelak ke lagi la dia nak buat banyak kali..kali kedua pun dia still pergi hulur tangan kat penjuru yang tak ada orang tu.

Kejadian kedua, adik aku cerita, dorang bawak dia pergi rumah mak long aku di kepong. Dia dah mengantuk sangat time tu so dorang bawak dia masuk bilik bibik tuk tidur..Agak gelap jugak la bilik tu. Tetiba dia merengek kata takut..dia kata " akut..atu" pastu tunjuk kat atas almari...adik aku yang dah memang penakut tu terus la bawak dia keluar.

Kejadian ketiga, masa dia datang ke umah aku di kelantan, setiap kali azan subuh dia akan terjaga dan menangis sekuat ati..seperti biasa dia akan kata dia takut..punya takut sampai dia tido atas badan bapak dia..

Kejadian keempat, masa perjalanan nak balik dari Kelantan ke KL..biasa la jalan Kelantan kan sunyi n lampu jalan tak ada..Aku rasa time tu dah sampai kat K. Krai kot. Bapak dia bukak tingkat nak isap rokok. Dia yang duduk kat car seat penumpang hadapan terus merengek..tunjuk tingkap bapak dia susu tutup..dia kata " utup...akut..atu.." terus terdiam sejenak aku ngan wan..apa dia nampak aku tak tau..terus bapak dia campak rokok..tutup tingkap..letak surah yasin tepi car seat dia..

Kejadian kelima ni lagi agak scary..dalam bilik tetamu rumah mak aku..dulu sebelum aku kawin bilik tu aku ngan kakak aku duduk..memang ramai sepupu aku pernah nampak benda dalam tu. AKu tak pernah nampak maybe sebab dia takut kt aku kot..hahahaha..dalam bilik tu ada penjuru yang mak aku letak bantal2 semua..tetiba Rizqy berdiri depan penjuru tu terus mengaum..dah la time tu aku, adam ngan dia je dalam bilik. Lampu pun tutup..pasang lampu tido je. Pastu dia tunjuk kat aku ' tu..tu" seram gak aku. Bila bapak dia balik dia tunjuk plak kat bapak dia..tapi dia tak mengaum..bapak dia plak layan cakap.."adik nampak apa tu..kawan ek..kawan baik kan..tak kacau adik" si rizqy ni pun angguk kata "ha".. Aku nak la test betul ke dia nampak apa2..aku kata "dah la dik..bye kawan"..dia pun angkat tangan ngan mata-mata skali dia kata " bye..bye.."

Memang orang kata budak2 kecik boleh nampak benda yang kita tak boleh nampak. Tapi masa Adam dulu tak ada la sampai macam ni..paling2 dia menangis je. Yang ni bila dah verbal ni..seram plak aku..

2 comments:

SUHANA SHUKOR said...

adik sy masa kecik dulu pon boleh nampak jugak..malam tu tahlil arwah atok..kitorang tgh kumpul ramai2 dpn tangga..skali adik tgk kat tangga & jerit atok sambil senyum2 siap bye2 skali..apalagi cabut lari la masing2

orked violet said...

usy, seram gk ni..better jgn bg rizqy tgk cite seram2..takot Lagi ter-infLuence..tp org kate bLe da besa nnti xnmpk da kan??