Kenapa berhenti mengambil produk, berat badan naik?

Tidak dinafikan penggunaan pelbagai produk untuk membantu anda kurus yang berada di pasaran memberi kesan penurunan yang mendadak dan ramai telah berjaya membuktikan. Aku tak suka menggelarkan produk-produk seperti ini sebagai produk kurus kerana bagi aku ia adalah produk yang membantu anda kurus dan anda tidak akan berjaya menurunkan berat badan dengan hanya consuming the produk itself without any own effort like dieting.

Sebelum ini aku pernah cerita dalam salah satu entri aku yang most of my friend in Kelantan mengambil product Herbal Life. Ada yang seperti mengejek aku dengan kata tak perlu terkinja/bersenam macam aku untuk turunkan berat. Dengan Herbal Life pun boleh turun. Ya aku tak nafikan. Dorang boleh turun sampai 5-10 kg tapi aku ada tanya sampai bila nak ambil produk yang harga mencecah RM500 tu. Dorang kata sampai dapat ideal weight dorang stop la sebab mahal sangat.

Hmm..melalui pengalaman aku, more than 50 percent dari kawan aku yang stop makan herbal life atau any product yang berkaitan akan gain weight balik. Sebabnya?.. mereka bergantung sepenuhnya kepada produk dan tak serapkan amalan healthy diet dalam kehidupan harian mereka. Apabila mereka mengambil product2 tersebut, terutama yang merupakan jenis pengganti makanan, secara automatik mereka akan sentiasa merasa kenyang dan mengurangkan pengambilan makanan. Namun, apabila mereka berhenti mengambil produk tersebut, mereka akan makan seperti biasa mengikut kadar kelaparan yang mereka rasa. Dan akibatnya?..

Ramai yang terlalu obses untuk turun berat dengan cepat dan dengan cara mudah tanpa mengambil kira perkara-perkara yang perlu dipelajari sepanjang proses tersebut. Bagi aku, belajar cara berdiet dengan betul adalah kunci utama untuk turunkan berat badan dan mengekalkan berat sedia ada. Belajar bagaimana mengira kalori defisit dan tahu keperluan kalori badan masing-masing. Pengambilam produk hanya membantu mempercepat proses penurunan dan tidak membantu dalam mengekalkan berat yang diturunkan. Knowledge mengenai diet dan makanan adalah kunci utama dalam membantu anda mengekalkan berat badan yang telah berjaya diturunkan.

Oleh itu, tak salah anda hendak mengambil produk2 tersebut sekiranya anda benar-benar faham mengenai diet, kalori, dan defisit kalori. Ia membantu anda mengekalkan berat jadi tak la badan naik balik malah melebih berat yang berjaya diturunkan.

Nasihat aku :

1. Faham sepenuhnya mengenai produk yang anda hendak ambil. Adakah ia food replacement atau fat burner. Ambik tau fasal fungsi dan bagaimana ia boleh membantu anda menurunkan berat badan.

2. Sesetengah produk ada sales person yang guide anda mengenai diet yang perlu anda ikuti jika mahu produk itu berkesan. Sekali lagi aku nak bagi tau, tak ada produk yang boleh berfungsi sendiri tanpa anda diet atau bersenam atau mengawal pemakanan. Jadi belajar dari situ bagaimana hendak mengawal pemakanan.

3. Jika tidak ada yang guide, bukak internet. Search for information mengenai diet and how to count the calorie.Fahamkan betul2..Tak salah kalau kita membaca dan mempelajari sesuatu. Ambil masa sebab untuk menurunkan berat bukan perkara yang mudah.

3. Pilih kawan yang sama2 mahu menruunkan berat atau mereka yang prihatin dengan kesihatan dan pemakanan. Kawan adalah penting sebab dorang ni yang selalu mempengaruhi kita dalam segala hal.

4. Kalau anda banyak duit..teruskan la makan produk tu. Kalau anda yang takla berduit sangat, aku nasihatkan pilihlah cara manual dan konvensional. Dengan cara ini lebih mudah untuk anda kekalkan berat badan anda. Cari supliment atau sumber asli yang boleh membantu anda untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak. Semua infomation tu ada dalam internet kalau cari. Macam aku pengambilan jamu kunyit aku banyak membantu.






Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland