Eat Your vege!!

Bercerita tentang sayur...pasti ramai yang tak sukakan..tapi itulah cara yang terbaik untuk untuk kita meningkatkan imunisasi badan kita. Sebaiknya amalam makan sayur ini patut diterapkan daripada kecil sebab kebiasaannya bila kita tak besar, memang susah untuk kita tukar habit daripada tak suka makan sayur kepada suka makan sayur.

Mengikut pengalaman aku, sejak kecil bapak aku akan paksa aku ngan adik beradik aku untuk makan sayur..Mungkin sebab kerana terpaksa, sampai besar aku boleh telan sayur..Aku mengaku aku memang suka makan sayur even kalau tak ada lauk lain pun aku boleh makan nasi kalau ada sayur saja.

Untuk menjadikan seseorang itu penggemar sayur, kita kena didik anak2 kita dari mereka kecil untuk mengenali sayur dan kebaikan memakan sayur..ajar mereka and keep saying..eat ur vege..its good for ur health..

Mulakan daripada mereka bayi..campurkan sayur-sayuran dalam makanan mereka..sama ada letak dalam bubur atau buat puree..Cari sayur2an yang pelbagai dan tukar mengikut hari..tak perlulah cari sayur2 fancy sangat..sayur tempatan pun banyak khasiatnya..ikut kesesuaian kemampuan anda..dulu aku cadangkan beri anak brocoli..ada kata susah nak cari la mahal la..kalau gitu tukarkan dengan bayam..murah je kan..tak kan korang boleh beli mcd/kfc..beli tuk anak tak boleh kan..kuar skit tenaga je, cook ur kids food..boleh pelbagai dengan labu, keledek, carot, bayam.

Bila dah besar skit..bila nak suap nasi kat anak tu buat la sup sayur..suap skali green vege..lama2 anak2 faham..mungkin kita tak suka makan sayur tapi jangan bagi anak2 jugak benci makan sayur..

Tapi tuk diri kita..tak terlambat untuk mengubah tabiat..banyakkan makan ulam. Macam kat kelantan ni..boleh kata semua kedai ada ulam..so its lain heaven to me..aku paling suka bendi, terung bakar..pucuk putat, pucuk gajus, ulam raja, jering, kerdas, petai, terung bulat..u name it..hahahaha..kekadang aku rasa cam kambing plak makan daun2 tu semua..

Alhamdullilah, aku jarang sakit..aku jarang demam..tak bleh plak aku tak aku tak sakit kan..aku pun manusia biasa..sakit demam tu perkara biasa..cuma tidak la sekerap setiap bulan..mungkin setahun hanya sekali atau dua kali aku demam.

Comments

nurul iman said…
saya suka sayur, tp budak2 tak suka. dah jd satu hal masak x mkn last2 kita pulak yg x mkn sayur sb masak xlaku.huhu
juliaismail said…
hahahha..ye la kan..rugi plak kalau tak habis..tapi saya slalu masak skit je..cukup tuk sebekas saya dan suami. Anak2 makan sikit je..lagi pun selalunya saya makan sayur sama banyak ngan nasi..

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri