Demam Durian Crepe..



Skang ni merata-rata orang tayang gambar durian crepe..macam-macam warna. Aku punya la teringin nak makan..nak cari kat Kb tak tau siapa yang jual. Kebetulan satu hari tu kawan aku belikan sepaket untuk aku rasa..dapat la makan tiga ketul..ya allah aku rasa..sedap sungguh benda alah tu..Nak makan banyak2 susah nak beli pastu agak pricey la jugakkan. Ada yang jual satu set RM10, ada RM12..RM14 pun ada..

So untuk memenuhi tekak aku yang gila durian ni..aku mengeluarkan skill masak aku..hahahahaha..macam la terer sangat kan..sib baik aku ada mixer yang aku dapat masa kawin dulu. Aku pun cuba la buat..1st attemp memang menjadi cuma kilit dia huduh ski..kali kedua aku buat..aku bawak la opis bagi kengkawan rasa..Pastu si Timin member opis aku mntak aku buat sebab bini dia teringin nak makan..aku pun buat..pastu secara tak langsung sekarang ramai plak order..

Setakat ni aku dah jual 16 set dah durian crepe..menjadi usahawan crepe secara tak sengaja..hahahaha..so tu sebab skang ni aku busy skit..update blog pun jarang2..tapi dun wory..aku asih banyak tips n petua yang belum aku kongsikan..

Walaupun dah banyak resipi durian crepe ni dalam blog2 masakan..saja je aku nak kongsikan juga resipi yang aku adjust mengikut sedap aku je...hahahaha..resipi aku ni paling mudah n tak membebankan.tak yah nak pakai penimbang atau penyukar..cuma kena ada mixer je.


BAHAN2
2 cawan tepung gandum
2 biji telur (kalau telur kecik tambahkan sebiji lagi)
Sekotak santan (200 ml)
Secawan setengah air (ikut kepekatan yang anda mau..kalau pekat sangat tambah skit lagi air)
Setengah sudu kecil garam
1 Sudu Kecil gula
Pewarna

FILLING
Non Dairy Whipping Cream (pukul hingga kembang)
Isi durian (sebiji durian D24 cukup untuk satu batch adunan kulit)

Cara-cara
-Campurkan semua adunan untuk kulit dan blender untuk adunan lebih halus dan tak berketul. Campurkan pewarna mengikut suka nak warna apa.
-Ratakan di atas non stick pan, guna api perlahan. Bila lihat kulit dah boleh ditanggalkan terus angkat. Tak perlu terbalik kan.
-Tunggu hingga sejuk kemudian masukkan krim dan kemudian letakkan isi durian. Balut macam nasi lemak.


Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri