Cara membuat tangas..

Tangas ini adalah amalan nenek moyang kita dahulu dan ramai di antara wanita moden kini sudah tidak mengamalkannya. Tapi kebelakangan ini, trend untuk bertangas sudah semakin popular dan terdapat spa-spa di kawasan bandar yang menawarkan khidmat bertangas dengan harga hampir mencecah RM100 untuk rawatan selama15-20 minit itu.

Kat sini aku nak kongsikan cara-cara membuat tangas yang aku belajar dari internet jugak. Caranya sangat mudah dan bahan-bahannya boleh di dapati di pasar raya.

Bahan-bahan rempahnya..

Sory..garam dengan asam jawa tak ada dalam gambar ni
1. Satu sudu kunyit hidup
2. Satu sudu halba
3. Satu sudu garam
4. Satu sudu jintan hitam
5. Manjakani

(semua bahan-bahan ni ditumbuk/dikisar)

6. Perahan limau nipis (sebiji atau dua biji)
7. Perahan asam jawa

Peralatan yang diperlukan

1. Periuk tanah (yang dialas dengan sireh)
2. Batu sungai ( amik yang muat dengan periuk tanah.
3. Kerusi plastik (beli yang berlubang-lubang kecil)
4. Kain batik.


Cara membuatnya..



1. Bahan-bahan kering ditumbuk sehingga halus.


2. Campurkan perahan limau nipis dan juga asam jawa..hasilnya seperti gambar di atas

3. Panaskan batu sungai di atas dapur selama lebih kurang 15 minit.

4. Alaskan periuk tanah dengan helaian daun sireh.

5. Apabila batu sudah benar2 panas, letakkan di dalam periuk tanah.



6. Kemudian curahkan rempah ke atas batu sungai yang panas

7. Letakkan di bawah kerusi plastik yang berlubang kemudian duduk. Pilih kerusi yang rendah seperti kerusi untuk membasuh pakaian.

8. Tutup badan atau paras pingggang hingga ke kaki menggunakan kain batik..Duduk sehingga wap panas berkurang.


Selamat mencuba!!!

* maaf..gambar tak menyeluruh..nanti kalau ada masa aku amik gambar lagi and isikan ruang yang kosong

Comments

TimMie said…
tangas rempah ni untuk apa ye?
klu anak dara boleh buat tak?
juliaismail said…
Anak dara pun boleh juga. Ia mencuci lebihan lendir dan amat bagus dilakukan sejurus selepas habis haid
Unknown said…
kalau nak guna rempah ni utk tangas basah boleh x?
Fetty said…
Jinta hitam tu macam mane
Fetty said…
Jinta hitam tu macam mane

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland