Saturday, December 1, 2012

Jangan Merungut Pada Dunia.. Tips atasi masalah diri/perhubungan

Perkara biasa yang sering menjadi lumrah dunia bagi orang sekeling adalah merungut bila kita ditimpa masalah. Bukan tak boleh merungut..tapi berpada-pada la kan. Masalah dalam kehidupan memang sentiasa adalah yang kita sebagai manusia perlu bijak untuk menguruskan masalah kita supaya tidak menjadi lebih berat. Tuhan menurunkan dugaan untuk menjadikan kita  matang dan ingat kesilapan diri. Aku percaya pada karma. Walaupun ia kepercayaan Hindu, bagi aku, dalam Islam juga kita percaya bahawa kadangkala tuhan menurunkan sedikit musibah sebagai balasan terhadap dosa-dosa kecil.

1. Muhasabah diri
Muhasabah diri sangat penting setiap kali kita ditimpa masalah dan dugaan. Lihat di mana silap kita sehingga diturunkan musibah dan dengan cara itu kita lebih tenang untuk menghadapi cabaran tersebut.

2. Jangan Salahkan Orang lain
Perkara yang paling harus dielakkan adalah menyalahkan orang lain setiap kali masalah timbul. Cari kesilapan diri terutama dalam perhubungan antara manusia mahupun hubungan suami isteri. Jika kita berganduh sesama pasangan, elakkan mancari salah pasangan kerana ia akan mengeruhkan keadaan. Lihat diri kita, adakah kita sudah menjadi yang terbaik untuk si dia. Jangan asyik kata, dia tak bagus untuk kita.

3. Lihat masalah secara positif
Sebagai contoh, sekirannya kita tersepak batu dan kaki kita sakit, selain daripada mengerang, tak kan kita nak salahkan batu itu sedangkan kita yang menyepaknya. Daripada memarahi sekeliling, lebih baik kita ucapkan syukur kerana tuhan hanya bagi kita sakit dihujung jari dan mungkin berdarah sedikit sedangkan ada yang lain, diturunkan dugaan sehingga hilang sebelah kaki. Maknanya, bila kita memikirkan masalah orang lain lebih berat dari kita, kita akan lebih bersemangat untuk mengharungi kehidupan dengan pelbagai dugaan. Bila datangnya dugaan, ucapkan alhamdullilah.

4. Jangan samakan masalah kita dengan orang lain
Kita juga jangan menyamakan masalah individu lain dengan diri kita. Sebagai contoh, aku ada rakan yang bergaduh bersama suaminya dan meminta nasihat daripada seorang lagi rakan yang baru sahaja bercerai ekoran suami yang kaki perempuan. Dia meletakkan masalah dirinya menyamai individu kedua ini yang aku rasa masalah mereka jauh panggang daripada api. Bila kita meletakkan masalah diri kita terlalu berat, maka semakin sukar kita mencari jalan penyelesaian.

5. Jadi pendengar yang baik
Kita cuba mendengar masalah orang lain. Dengan cara ini kita boleh lebih memahami masalah duniawi dan menjadi lebih matang untuk menghadapi segala kemungkinan.

6. Jangan lepas tangan.
Bila kita ada masalah..kita perlu cuba selesaikan masalah dan jangan mengambil konklusi terlalu awal. Jika masalah berhubungan perhubungan suami isteri, jangan terlalu awal untuk mengambil keputusan untuk bercerai..cari jalan penyelesaian. Jangan putus asa kerana pasangan kita adalah milik dan hak kita. Namun jika penceraian adalah jalan yang terbaik, kita harus redha.

7. Belajar untuk memaafkan.
Kita perlu belajar memaafkan individu lain terutama pasangan kita. Kita perlu ingat semua pasangan menghadapi masalah yang sama cuma membezakan bagaimana kita menghadapinya. Jika kita rasa pasangan kita tidak sesuai atau tidak cukup bagus, perlu ingat bahawa kita dipasangkan oleh tuhan ada sebabnya.. Mungkin kita hanya layak untuk dapat pasangan yang begitu. Oleh itu, berbalik kepada tip 1 iaitu Muhasabah Diri.

8. Perbaiki diri.
Bila kita sudah meneliti sedalamnya mengenai diri sendiri dan menjumpai kekurangan diri yang mungkin menjadi penyebab kepada masalah anda, cuba perbaiki diri. Sebagai contoh, sekiranya anda menjadi punca kepada pergaduhan suami isteri kerana anda seorang yang suka menurungut, memaki atau mencari masalah, cuba kurangkan dan ikut kehendak pasangan kita. Sekiranya pasangan kita menyukai suami/isteri yang suka berhias, tidak salah untuk kita mengubah cara dan diri demi menambat kembali hati pasangan.

9. Dekatkan diri dengan tuhan
Tiada cara yang terbaik untuk mencari ketenangan melainkan mendekatkan diri dengan tuhan. Berdoa untuk kesejahteraan adalah digalakkan. Doa disertakan usaha..insyaallah.

10. Buka minda
Yang terakhir..bukalah minda dan cuba mendengar nasihat daripada mereka yang terdekat. Kekadang nasihat rakan-rakan sangat lah berguna. Namun, harus berhati-hati, kerana nasihat rakan2 juga kita akan mencedurng melakukan kesilapan terbesar dalam hidup kita.

1 comment:

Jurutera & Kalkulator said...

Sangat berguna entri ini untuk ilmu kehidupan seharian.